Pemandangan di hadapannya membuatkan air matanya mengalir tanpa henti. Ayah kata budak lelaki mana boleh menangis.
Cuba cakap siapa yang mampu untuk tahan tangisan daripada tengok umi yang dia sayang didera tanpa belas. Jangan salah faham. Bukan ayah yang dera umi tapi opah mama yang dera umi.
Siapa opah mama ? Opah mama lah mak kepada ayah. Ibu mertua kepada umi. Sejak dia lahir, opah mama tak pernah suka umi malah sebelum kelahiran dia pun opah mama tak pernah suka umi. Apa yang dia mampu buat ? Kalau dia cuba halang opah mama pukul umi, nanti opah mama ugut untuk halau dia keluar bumi.
Dia cuma budak lelaki berumur 12 tahun. Maka, walaupun opah mama ugut benda mengarut pun dia tetap percaya meskipun karut.
Dia? Ahlam Hulawi
Mesti kau orang semua puji nama dia comel kan. Umi pun selalu puji dia. Kata umi Ahlam membawa maksud Impian. Hulawi pula membawa maksud yang manis/menarik.
Impian yang manis/menarik.
Disebabkan itu, ayah dan umi pesan supaya Ahlam membesar sebagai lelaki yang sentiasa mempunyai impian yang manis dan menarik supaya apa yang Ahlam kecapi ialah perkara yang manis-manis sahaja.
Ok semua berbalik kepada situasi tadi. Ayah tidak pernah tahu pun bahawa umi didera oleh opah mama. Sebab apa? Sebab opah mama cuba dera umi semasa ayah tiada.
Ayah mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Ayah Ahlam membina empayar yang gemilang dengan rekod prestasi yang cemerlang. Ayah Ahlam, Encik Adiel membangunkan perniagaan cenderamata. Mungkin berdasarkan maksud namanya juga Adiel yang membawa maksud perhiasan.
Encik Adiel menghasilkan cenderamata jenamanya sendiri. Berkat kebijaksanaan Encik Adiel, perniagaannya berkembang dengan baik di 8 buah negeri di Malaysia. Sebuah kedai cenderamata yang kondusif dan mempunyai tema yang menarik dibina di pusat pelancongan utama di Malaysia.
Dapat dilihat kedai cenderamatanya di sepanjang pantai di Pulau Pangkor, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Merdeka, Pantai Bisikan Kayu dan macam macam lagilah. Penat pula Ahlam nak senaraikan satu-satu.
Jelas di sini, Encik Adiel ini seorang yang sangat berjaya. Setiap cenderamata yang dihasilkan mempunyai nilai dan bermutu tinggi. Ala-ala jenama typo yang menjadi kegilaan remaja sekarang.
Oleh kerana itu, ayah Ahlam selalu tiada di rumah. Seminggu paling banyak pun 5 hari masa ayah Ahlam di rumah. Selebihnya ayah Ahlam akan pergi melawat kawasan dan menguruskan pertemuan dengan rakan niaganya.
Kesempatan inilah yang opah mama gunakan untuk dera umi. Jangan tanya kenapa Encik Adiel tak perasan lebam atau luka di tubuh isterinya ya sebab opah mama selalunya menggunakan penderaan mental!
Ahlam pun tak faham kenapa opah mama benci umi. Sedangkan umi ialah menantu paling baik yang Ahlam pernah jumpa. Umi tidak pernah pun mengadu pada ayah tentang perbuatan opah mama.
Umi juga berbesar hati menerima kehadiran opah mama di rumah kami walaupun semua anak menantu opah mama tidak sudi menumpangkannya. Kenapa opah mama tidak sedar akan hakikat itu lagi?
Bila Ahlam dan adik-adik tanya pada umi kenapa opah mama benci umi. Umi takkan jawab. Umi kata tak baik kita benci opah mama sebab opah mama tu mak kepada ayah. Syurga ayah.
Ahlam rasa mungkin sebab umi bukan berasal daripada keturunan Melayu. Umi Ahlam orang Arab tau. Umi lahir di tanah Arab dan membesar di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di Selangor. Ayah umi, Datuk dan mak umi, nenek memilih Malaysia untuk membesarkan umi dan adik-beradik umi yang lain kerana kata mereka ekonomi di Malaysia boleh tahan maju.
Apa-apa pun, Ahlam memang tak tahu sebab spesifik kebencian opah mama pada umi. Rindu pula datuk dan nenek. Mereka sedang sibuk menguruskan syarikat mereka di Malaysia. Syarikat mereka cuma syarikat kecil-kecil sahaja. Menghasilkan perhiasan rumah yang berasaskan tulisan khat.
"Dah basuh ke belum pinggan aku?!"
Tengok tu. Opah mama mesti ada je topik dia nak marah umi. Padahal umi memang basuh je semua pinggan dalam rumah ni tak pernah tinggal walaupun satu. Umi mengangguk lemah. Kasihannya umi.
Dek kerana jeritan kuasa tinggi opah mama tadi, adik kecil Ahlam yang tidur tadi sudah pun bangun lalu menangis. Kelam kabut umi pujuk dia supaya tidur balik. Ahnaf Haidar. Adiknya itu baru berumur 4 tahun tapi masih lagi manja.
Ahlam ada seorang adik lagi. Arfa Humairah. Kini dia berusia 9 tahun. Dia tiada di rumah. Waktu-waktu macam ni Arfa akan ke rumah jiran sebelah untuk main anak patung barbie bersama anak perempuan Cik Anum. Orang tengah nak menangis dekat sini dia pula boleh pergi main anak patung. Ok Arfa.
Opah mama menjeling mama. Bibirnya bergerak seakan mahu katakan sesuatu.
"Asyik menangis je anak, tak pandai jaga anak"
Ya ayat yang sama. Ayat itu juga yang opah mama cakap sewaktu Arfa menangis sewaktu kecil-kecil dulu. Agaknya masa Ahlam menangis waktu kecil pun opah mama cakap benda yang sama. Betapa tabahnya hati umi dan betapa kentalnya jiwa umi menghadap perangai opah mama sejak bergelar isteri kepada ayah.
Ya Allah, semoga satu hari nanti kau lembutkan hati opah mama untuk terima umi dan adik beradik kami seadanya.
———
Upcoming chapter :"Haih bangunlah, kau perempuan tak elok macamtu"
[Tap ⭐]
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...