Setelah membeli beberapa paket roti di kedai serbaneka hospital, mereka pun menuju ke arah lif yang disediakan.
Banyak sebenarnya persoalan yang berlegar dalam minda namun Malika tolak tepi semua persoalan itu dahulu. Antaranya..
Harraz bukan abang Ahlam yang sebenar kan?
Dan kenapa Harraz panggil Ahlam itu Mad?
Juga kenapa Harraz dan Ahlam memanggil lelaki yang sakit itu ayah?
Mereka ini adik beradik tiri kah?
Malika menepis semua persoalan yang semakin menemui jawapan merepek. Di dalam lif, dia berdiri di belakang Harraz dan Ahlam yang berdiri bersebelahan.
Terasa seperti orang kerdil. Ketinggiannya hanya paras bahu Harraz dan juga paras dada Ahlam. Pendek sangat kah seorang insan seperti dia ini?
Butang tingkat 15 ditekan oleh Harraz. Tingginya. Malika berpaut pada penghadang lif. Dia gayat sebenarnya.
Dia cuba menahan rasa mual yang hadir. Setelah beberapa ketika, akhirnya pintu lif tersebut pun terbuka.
Terdapat banyak deretan wad di sebelah kiri dan kanan mereka. Malika rasa teruja melangkah di ruangan ini.
Wad di sini semuanya ialah wad peribadi yang memerlukan kos yang tinggi. Kaya juga budak Ahlam ini.
Akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah pintu wad di sebelah kanan mereka. Malika mengerling sekilas tanda yang tertampal di muka pintu wad tersebut.
Adiel bin Akram
Wah bilik pesakit pun ada nama. Dia bertambah teruja. Ahlam menolak daun pintu dan melangkah masuk. Sempat juga dia memberi salam. Langkahnya kemudian diikuti oleh Harraz dan Malika.
Seorang wanita cantik yang tidak terlalu berumur sedang duduk di atas kerusi di sebelah katil pesakit. Malika terpaku dengan kecantikan wanita itu.
Ahlam tunduk dan menyalami mesra wanita cantik itu. Dahi dan kedua-dua belah pipi wanita itu juga dikucupnya manakala Harraz hanya berdiri membatu di dinding wad.
Setelah melihat Harraz yang tiada tanda-tanda pun untuk menyalami wanita itu, Malika pun melangkah ke depan.
Tangan wanita itu disalam dan dicium penuh tertib. Tangan pun lembut.
"Assalamualaikum mak... eh err aunty? hehe." Malika tersenyum simpul. Dah kenapa gagap pula ni.
Wanita itu tertawa kecil.
"Ini ke Malika?" tanya wanita itu
lagi."Ya. Aunty kenal saya ke?" tanya Malika tanpa berdalih. Teruja pula dia apabila wanita itu mengenalinya.
"Takyah aunty-aunty sangat lah panggil je umi. Umi Sarah. Umi ni umi Ahlam," ucap wanita itu penuh dengan aura keibuan.
Malika tergamam seribu satu bahasa. Jadi, wanita ini ialah ibu Ahlam.
Ahlam di belakang hanya tersenyum senget. Malika tidak pernah jumpa umi tetapi gadis itu pernah jumpa ayah.
Mungkin muka ayah yang pucat dan tidak bermaya yang sedang terlantar di katil itu membuatkan Malika tidak mengenalinya lagi.
"Dah makan?" soal Umi Sarah.
Malika hanya menggeleng. Belum makan. Pergi kedai mamak pagi tadi pun bergaduh sahaja.
"Ahlam, Harraz pergi beli makanan dulu. Biar Malika tinggal sini dulu."
Gulp.
Malika tiba-tiba berdebar. Ahlam dan Harraz akur dengan arahan Umi Sarah. Mereka pun terus berlalu keluar dari wad persendirian itu.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...