KLIA, Seminggu kemudian
Kakinya daripada tadi sibuk menguis lantai di lapangan terbang KLIA. Dadanya dihambat debar yang maha dahsyat. Setelah dileteri dan diceramah oleh Pak Ustaz Syahir minggu lepas , dia pun mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.
Setelah mengambil bagasi dia berkira-kira untuk menentukan destinasi dirinya selepas ini. Hotel atau pun rumah umi dan ayah ?
Jam di pergelangan tangan kanan dikerling sekilas. Jam pun sudah menghampiri jam 10 malam. Ada baiknya dia singgah di hotel yang berhampiran sebelum ke rumah keluarganya. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Perak mengambil masa yang agak lama. Dia sempat menelefon nenek untuk memaklumkan ketibaannya di Malaysia.
Suara nenek tadi pun usah diceritanya. Bergetar dan semestinya tubir matanya mulai hangat apabila mengetahui cucu yang membawa diri kini ingin kembali walaupun seketika. Ahlam terpaksa menangguhkan sesi pembelajarannya selama seminggu. Sempat dia berpesan kepada Radhi supaya merakam segala lecture dan kirimkan kepada dia melalui telegram.
Sesungguhnya, memiliki kawan yang baik itu juga adalah satu nikmat.
Ahlam berlari-lari anak mendapatkan teksi kerana dia takut dia akan terlepas. Lagipula malam sudah hampir larut namun suasana di lapangan terbang itu masih lagi hingar-bingar dengan ketibaan pelancong dan juga warga tempatan dari pelbagai negara.
"PakCik, boleh hantar saya dekat mana-mana hotel bajet dekat Kuala Lumpur ni?"
Hotel bajet sahajalah pilihan yang dia ada. Bukannya dia datang dengan orang lain pun. Dia datang pun seorang diri dan tujuannya untuk menginap di hotel hanyalah untuk berehat seketika. Sempatlah juga dia menukarkan wang di kaunter yang ada di KLIA tadi.
Pakcik teksi itu hanya mengangguk seraya mengukir senyum manis terhadap Ahlam. Ahlam menyandarkan kepalanya ke kerusi teksi itu sambil mata melilau ke luar tingkap untuk menghayati pemandangan ibu kota itu pada waktu malam.
Teringat semasa dia dan adik-adiknya tinggal di Kuala Lumpur dahulu setelah umi dan ayah bercerai. Kini, mereka sudah pun kembali ke Perak setelah ayah sudah sedar dari koma.
Dia tidak sempat pun bertemu dengan ayah ketika ayah sedar dari tidur lamanya. Rupa-rupanya ayah sudah sedarkan diri pada hari yang sama dia memperoleh keputusan SPM nya.
Masa tidak dapat diundurkan semula walaupun kita berusaha untuk mengubah jam dari pelbagai segi teknologi dunia. Semasa itu dia masih lagi mentah. Imannya masih di paras dasar laut yang paling dalam. Dapat keputusan SPM yang tidak memberangsangkan pun dia boleh menyalahkan takdir Tuhan.
Berminggu lamanya dia memberontak dengan umi. Kononnya sebab umi yang terlalu sibuk dengan kerja memaksa dia untuk menjaga ayah di hospital walaupun dia perlu menghadiri kelas tambahan. Kononnya kerana ayah dan umi bergaduh dia perlu korbankan pelajaran.
Pelik. Padahal dia adalah seorang anak yang sangat taat dan patuh kepada kedua-dua orang tuanya. Nak disimpulkan di sini, bila Allah menguji tiada siapa pun hamba-Nya yang mampu elak. Nak dikatakan kalau ditakdirkan hati kita berpaling daripada Tuhan itu pun kita tak mampu sedar.
(&)
Malika meneliti mesej yang diberikan oleh Maisarah. Matanya rasa berpinar.
Maisarah <3
Ini list untuk kenduri. Tick dekat mana yang dah ready
+ JEMPUTAN MAJLIS
+ BAJU DAN KASUT DAN TUDUNG
+ GOODIES UNTUK BUDAK KECIL
+ HAND SANITIZER (COVID-19)
+ PENEMBAK SUHU
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...