2 bulan kemudian
Puluhan helaian kertas di atas meja kerjanya diteliti satu persatu. Semua reka bentuk dan corak yang hampir sama membuatkan dia keliru untuk memilih yang mana satu.
Ini semua kerja nenek yang meletakkan dia di tempat penyunting idea grafik. Kini, dia di sini menghadap puluhan idea yang dicetuskan oleh mereka di bahagian pereka grafik.
Dia juga yang minta kepada nenek untuk diberikan jawatan yang biasa sahaja. Tidak sangka pula sungguh biasa jawatan yang nenek sediakan. Helaian demi helaian kertas yang dicetak berwarna dia perhatikan. Runsing minda untuk memilih.
Setelah memilih dia perlu menyunting.
Rasanya, dia belajar jurusan perniagaan di London. Entah macam mana boleh tersangkut dalam bidang kerja seni reka. Hampir sebulan bekerja di syarikat perniagaan milik datuk dan nenek. Hampir sebulan jugalah dia berasa sangat terasing daripada kehidupan kebiasaan dia.
Hidupnya berubah 360 darjah. Jika dahulu, dia ada masa untuk berhibur. Ada masa untuk berbual lama-lama dengan Syahir melalui panggilan telefon. Namun, kini semua berubah.
Setiap pagi dia akan bersarapan masakan umi. Kemudian, masuk ke pejabat sehinggalah tengah hari. Waktu makan tengah hari pun dia tidak keluar makan kerana dia berjimat dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. Waktu kerja akan berakhir pukul 5.30 petang lalu dia akan bergegas menunaikan solat Asar sebelum terus memecut pulang ke rumah.
Waktu malam adalah waktu rehat.
Ahlam Hulawi sudah pun melangkaui beberapa titik kehidupan garis masa hidupnya. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Sepanjang tempoh itu, dia tidak lagi menghubungi pihak di sana.
Segala ruang waktu yang dia ada akan dimanfaatkan dengan perkara lain supaya si dia tidak mengisi ruang fikiran lagi. Ahli keluarganya juga faham dan mereka menghormati keputusannya untuk melupuskan si dia dari kotak memori mindanya.
Sehelai kertas bercorakkan tulisan khat nasakh diteliti penuh khusyuk. Tulisan khat ini menarik perhatiannya kerana reka bentuk tulisannya yang terletak elok dan kemas. Cuma, tugas dia sekarang ialah dia perlu memperhalusi lagi corak latar belakang khat ini yang seakan mengganggu.
Telefon pintar yang terletak di dalam poket seluar tiba-tiba melagukan nada dering meminta untuk diangkat. Ahlam meletakkan kembali pensel dan pemadam di tangan. Tangan kanan menyeluk keluar telefon di dalam poket.
Harraz is calling...
Ahlam tersenyum senget. Akhirnya lelaki ini menghubunginya juga. Sejak kebelakangan ini, Harraz sangat sibuk menguruskan isterinya yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka. Ahlam belum berkesempatan untuk bertemu dengan bayi lelaki Harraz dan Maisarah lagi. Kekangan kerja membataskan niatnya untuk menziarahi mereka sekeluarga.
Butang hijau diarah ke tepi. Telefon dilekapkan ke telinga. Dengan sabar, dia menunggu butir bicara Harraz yang bakal keluar.
"Assalamualaikum Mad."
Ahlam tergelak kecil.
"Waalaikumussalam."
Meski sudah beberapa tahun berlalu, panggilan di pertemuan pertama mereka masih lagi kekal hingga hari ini.
"Nak ajak kau ke majlis akikah anak aku."
"Bila?"
"Aku rasa aku free. Nanti aku datang. Tak sabar nak jumpa anak kau," balas Ahlam teruja.
"Hmm itulah aku pun tak sabar nak tengok anak kau."
Ahlam tersentak tiba-tiba. Inilah sebab dia tidak selalu menghubungi Harraz kerana akhirnya isu ini juga yang bakal Harraz utarakan.
"Harraz. Aku malas," ujarnya senada.
"Kan aku pun malas nak tengok dua orang monyet yang saling suka sama suka tapi tak mahu mengaku," perli Harraz sarkastik.
Walaupun perumpaan monyet digunakan, namun Ahlam cukup faham akan maksud Harraz. Dia cuma mahu lupakan tetapi semua orang mahu ingin dia wujudkan semula segala memori yang telah dia cuba buang.
(&)
"Ok bye umi. Sayang umi."
Kedua-dua belah pipi perempuan yang hampir mencecah separuh usia itu dia kucup penuh kasih. Dia terus melangkah menaiki tangga untuk menuju ke biliknya di tingkat atas.
Butang kemeja biru gelap yang membaluti tubuhnya ditanggal satu persatu meninggalkan sehelai t-shirt pagoda putih yang terletak elok di atas tubuh tegapnya.
Kemeja itu kemudiannya diletakkan di dalam bakul kotor di hadapan bilik air di dalam bilik tidurnya. Terus dia bergegas ke meja kerja di hujung bilik. Ada beberapa perkara berkenaan dengan syarikat yang perlu dia uruskan maka dia perlu laksanakan ia segera sebelum bersiap-siap untuk solat Maghrib.
Komputer riba dikeluarkan daripada briefcase berwarna coklat gelapnya. Aplikasi microsoft excel dibuka untuk membelek-belek tugas yang baru nenek serahkan kepadanya petang tadi.
Nampaknya kali ini dia perlu menguruskan laporan kawangan projek dua bulan lepas. Sungguh, nenek tidak main-main untuk mengajar Ahlam menguruskan syarikat kecil keluarga mereka.
Jika dulu penyunting idea kini dia bertukar menjadi akauntan syarikat buat seketika.
Buntu seketika Ahlam di hadapan komputer ribanya. Jika ini adalah projek dua bulan lepas, ini bermakna dia masih belum berada di Malaysia sewaktu projek ini dimulakan.
Menurut kata datuk, Ahlam sudah didedahkan dengan projek ini sejak awal lagi cuma Ahlam yang perlu mengingatinya kembali.
Ahlam mengurut pelipisnya. Otaknya ligat berfikir dari manakah dia pernah mengetahui mengenai projek ini.
Dua bulan lepas dia masih lagi berada di London. Ini bermakna, projek ini pun didedahkan kepadanya sewaktu dia berada di London lagi.
Ahlam bingkas bangun dan menghampiri bawah katil. Sebuah kotak besar berwarna krim ditarik keluar. Penutup kotak itu dibuka lalu dia pun memulakan misinya untuk menggeledah kotak London tersebut.
Kotak ini merupakan kotak di mana semua bahan-bahan yang ada di dalam rumah sewanya di London diletakkan. Oleh itu, laporan projek itu berkemungkinan berada di dalam kotak ini.
Sedang asyik dia menggeledah, jari kelingkingnya tiba-tiba terhiris dengan bucu sebuah kotak hadiah. Kotak hadiah itu dia angkat keluar dan diletakkan ke tepi.
Automatik hatinya berasa sarat dan berat. Darah yang terhasil di hujung jari terus tidak terasa. Penangan kotak itu lagi mewujudkan impak yang besar terhadap dirinya sekarang.
Kotak itu pun dia buka walaupun dia tahu pada akhirnya dia akan sakit.
Cincin emas ringkas bertatahkan batu permata beserta satu set minyak wangi perempuan yang dia pernah beli dua bulan lalu menjadi tatapan mata. Dia tersenyum kelat sebelum air matanya gugur jua.
Sepatutnya, kotak hadiah ini sudah berada di tangan pemiliknya yang sepatutnya. Sudah ditakdirkan oleh Tuhan, maka kotak ini masih lagi berada dengannya dan akan sentiasa berada dengannya.
Si kerang di atas tanah
Mahu menggapai si bintang di langit sana
Makin lama makin mencuba
Makin terasa sakit akhirnya
Si kerang mahu ke sana
Si bintang mengalukannya
Namun akhirnya,
Semua pun tahu
Bintang dan kerang bukan serasi bersamaAhlam menyeka air matanya cepat-cepat. Dia malu dengan diri sendiri. Dia malu untuk mendapatkan seseorang yang sangat sempurna untuk dirinya yang hina.
Orang kata bila kita melepaskan,
Itu bukan tandanya benci
Kerana hakikatnya melepaskan adalah kerana terlalu mencintai———
UPCOMING CHAPTER:
"Aku terlambat sebulan dua puluh hari daripada tarikh yang sepatutnya aku boleh jadi sebahagian daripada hidup orang yang aku cinta."Hello! Selamat Hari Malaysia ❤
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Fiksi RemajaDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...