"Woop lama baru sampai"
"Kancil aku kena langgar Mad takleh buat apa," jawabnya pasrah.
Mad membulatkan mata. Terkejut dengan kenyataan bahawa sebiji kancil kesayangan 'Harraz Nawal' dilanggar? Tidak tahukah pelanggar itu bahawa kancil itu adalah ibarat nyawa seorang Harraz.
"Habistu macam mana? Mintak ganti rugi tak? prihatin si Mad bertanya.
"Mintak tapi nantilah. Nombor dia aku ambik dah. Aku nak tengok ayah dulu"
"Oh jom masuk"
Dua orang pemuda tadi pun berjalan beriringan ke arah wad yang menempatkan ayah mereka. Sejurus pintu wad terbuka, terlihat seorang lelaki yang hampir mencecah usia 50 tahun yang terlantar tidak berdaya. Wayar sambung menyambung memenuhi tubuhnya.
Di sisinya ada seorang isteri yang siang dan malam tidak pernah lekang daripada tempat duduknya. Tabahnya wanita itu demi suami yang dicintai. Kolam air matanya sudah kering untuk menangis lagi. Cukup sekadar di sini. Biarlah sisa air mata itu menampung kekuatan dan ketabahannya pula.
Harraz menghampiri penjuru katil. Tiada perubahan yang dapat dilihat pada diri ayah. Masih lagi terlantar tidak bermaya. Wayar yang bersambung juga tidak berkurang malah bertambah.
Strok yang dihidapnya sudah melumpuhkan seluruh badan. Mata dilarikan pada sepasang mata Mad. Lelaki itu nampak tenang. Tidak seperti awal-awal dahulu. Nampaknya, dia pun makin menerima takdir yang menimpa keluarganya.
Setelah menghabiskan hampir setengah jam di wad ayah, mereka pun meminta diri untuk ke kafe hospital.
Harraz memesan bihun sup manakala Mad cuma tersandar di kerusi. Sudah makan katanya. Harraz makan dengan berselera sambil diperhati oleh Mad di depannya.
"Pahal pandang aku makan?"
"Kau tenang gila. Kancil kau baru kena langgar weh," Mad cuba meluahkan isi hatinya. Pelik kenapa Harraz tidak kusut seperti kebiasannya.
Pernah satu hari, seekor burung melepaskan hajatnya di cermin depan kancil kepunyaan Harraz. Dua hari dua malam jugalah Harraz membebel pada seekor burung yang tidak bersalah.
Sekarang ini, manusia yang terang-terang bersalah pula yang dia boleh buat rilek? Siapa yang langgar kereta dia ni sebenarnya. Dah tu bila orang tanya boleh senyap pula tu.
"Kau tahu ke siapa yang langgar kereta kau? Siapa nama?"
"Maisarah."
Sepatah nama yang disebut oleh Harraz membuatkan Mad terkedu. Betapa pilih kasihnya seorang Harraz. Dengan seekor burung yang tidak berakal dia mengamuk tapi dengan seorang wanita yang cukup berakal dia boleh senyum?
Semudah itu?
"Kau nak ambik result SPM lagi sebulan ni. Ada kawan tak?"
Mad terdiam sekejap. Hampir lupa mengenai keputusan peperiksaan yang ditunggu-tunggu.
"Nak ajak umi aku tapi umi macam busy je jaga ayah weh. Taknak berenggang," ada nada merajuk di hujung ayat dia.
Harraz tergelak kecil. Jejaka di hadapan ini sudah semakin matang. Dia bukan lagi remaja lemah dan lembik seperti di awal pertemuan mereka. Kini dia lebih matang tetapi kuat merajuk.
Harraz tersenyum pula kali ini. Dia kagum dengan Mad. Rakan sebaya Mad ketika ini sedang enak berpeleseran di kota. Mencari kerja atau hiburan dunia.
Tidak bagi Mad.
Dia di hospital ini sudah hampir setengah tahun. Sejak sebelum bermulanya peperiksaan SPM hinggalah sekarang. Masa dia cuma dihabiskan buat ayah dan umi tercinta.
Petikan jari di hadapan Harraz mematikan lamunannya. Melihat muka Mad di dunia realiti membuatkan dia tersedar bahawa dia sudah lama berenang di alam fantasi.
"Lama lagi nak berangan?" tanya Mad sarkastik.
Harraz cuma menayangkan barisan giginya yang putih. Dia menggarukan kepala. Takkanlah nak cakap dengan Mad yang dia sedang fikirkan tentang Mad? Nanti dicop kunyit pula. Tidak.
(&)
"Mati weh macam mana ni. Macam mana kalau kereta tu ganti ruginya mahal?"
"Dah tu kenapa kau langgar?"
Bantal di sofa itu laju sahaja melayang kepada gadis bermulut tidak manis tersebut. Orang bertanya boleh pula dia jawab macamtu. Padahal tadi mereka berdua yang bersalah. Masing-masing teruja tengok tempat parkir tu kosong.
tingg... tinggg...
"Weh Malika mati weh ni dia ke yang call!" telefon itu tidak diambil terus apabila melihat nombor yang tidak dikenali yang dipaparkan.
Tubuh adiknya dijadikan sasaran. Ditolak kedepan kebelakang menandakan bahawa dia benar-benar takut.
Malika menahan urat-urat kepalanya yang sudah mula berpusing bagaikan roller coaster yang berkarat.
Cepat-cepat telefon itu diangkat tanpa arahan. Maisarah melopongkan mulutnya. Mulutnya digerakkan penuh semangat.
'Cakap salah nombor'
Malika hadiahkan senyum sinis. Seusai memberikan salam, Malika pun menyuruh si pemanggil memperkenalkan diri. Butang loudspeaker pun ditekan. Biar Maisarah dengar jelas sikit tentang kesalahannya.
"Kami dari pihak TM Malaysia. Di sini terdapat beberapa tunggakan..."
Malika dan Maisarah sama-sama tercengang. Cepat-cepat panggilan itu dimatikan.
"Kak, kau tak bayar wifi ke?." Malika buat muka terkejut.
"Hahaha lupa weh. Takpe nasib baik bukan dia yang——"
ting... ting...
Mereka tergamam. Nombor yang tidak dikenali itu dipandang penuh seram. Perlahan-lahan Maisarah menjawab panggilan tersebut walaupun dia sebenarnya takut.
"Assalamualaikum. Maisarah kan? Ni Harraz yang tadi tu"
Lima belas minit berlalu. Malika hairan. Tadi bukan main takut lagi si Maisarah dengan panggilan telefon itu tapi sekarang lagaknya seperti pasangan hangat bercinta. Pelik.
Panggilan pun dimatikan dengan muka Maisarah yang berseri-seri bagaikan baru menang permainan jutaria. Baru sahaja Malika ingin membuka mulut, gadis itu sudah membuka langkah seribu ke biliknya.
Malika terpaku duduknya di sofa empuk di ruang tamu rumah kakaknya ini. Teringat pula panggilan daripada TM tadi. Biasanya pihak TM akan membuat panggilan ke rumah jika penama betul-betul lambat bayar.
Maisarah tiada duit? Malika dihimpit rasa sedih. Maisarah. Memang dari luaran kau nampak dia kuat dan jenis selamba badak dia je nak buat apa.
Well tapi siapa sangka kan hidup dia sebenarnya? Merana.
Pernah dulu ibu melarang Maisarah yang tidak putus-putus mengirimkan wang buat dana perubatan ayah. Walaupun begitu, Maisarah tidak pernah ambil peduli. Setiap bulan, pasti ada sahaja duit yang menderu masuk dalam akaun ibu.
"Kenapa takut miskin kalau kita sebenarnya hamba pada yang maha kaya?"
Setiap kali dilarang, setiap kali itulah ayat itu dikeluarkan. Bagi Maisarah biarlah banyak mana duit dia keluar pun, itu tetap tidak menjamin dosa-dosa dia pada ibu dan ayah akan terampun.
Sungguh, dia sangat berdosa.
———
UPCOMING CHAPTER:
"Oh ya? Mad? Mad Asli? Mad Badal? Mad Aridh lissukun?"Jeng jeng. Siapa Mad?
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Novela JuvenilDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...