08 SPOTCHECK!

276 58 0
                                    

Perhimpunan pada pagi itu digemparkan dengan kes kecurian. Satu persatu kes disiplin berlaku membuatkan semua murid rasa celaru. Siapakah gerangan yang sanggup mencetuskan suasana haru-biru di sebuah institusi yang elit di mata tamu?

Malika menahan kelopak matanya daripada layu. Kantuknya masih bersisa disebabkan misi merungkai masalah Ahlam bersama gadis-gadis berbisa. Ayu di sebelah Malika menahan tawanya daripada meletus. Kepala Malika daripada tadi terlentok-lentok. Ke depan ke belakang. Dan akhirnya

PAP!

Tepat ke atas bahu Ayu kepalanya mendarat. Ayu menggelengkan kepalanya. Ya Allah budak ni. Dengan tudung lipat macam mak joyahnya boleh pulak dia tidur masa pengetua berucap.

Arfa menahan gelak di belakang. Tadi dia pun mengantuk sebenarnya. Sejurus melihat kakak di hadapannya terlentok-lentok kepalanya Arfa jadi segar. Lama juga dia gelakkan 'kakak' itu sebelum dia tersedar bahawa 'kakak' itu ialah Malika. Terpadam terus senyumannya. Alahai kesiannya Kak Malika. Penat sangat menjalankan misi sampai jatuh pada bahu kawan sendiri.

Dari jauh Arfa melihat, mata jejaka kesayangan umi tenung Kak Malika bagai nak tembus. Dari jauh pun jadi. Orang dilamun cinta lah katakan. Eh kejap, cinta ke?

(&)

"Abang abang!". Bersungguh gadis itu berlari ke arah jejaka berkemeja biru yang jauh 50 meter lagi. Langkah demi langkah dia menjerit namun jejaka itu masih tidak dengar. Sampai sahaja di tubuh belakang jejaka itu, bahunya ditepuk kuat!

"Ha berangan berangan sampai Arfa panggil tak sedar!". Arfa mula cekak pinggang. Ahlam menggosok bahu kanannya. Sesungguhnya tangan Arfa yang sentiasa menjaringkan bola itu boleh tahan berbisa.

"Arfa ada panggil abang ke?"

Arfa julingkan matanya ke atas. Hampir beribu kali kita panggil dia, dia boleh pula tanya kita?

"Arfa nak tanya ni, kes abang tu apa cerita?"

Ahlam jungkitkan bahu.

"Cikgu kata nak call parents tapi bila abang tanya umi, umi kata takde pun cikgu telefon umi."

Arfa berfikir sejenak sebelum matanya dibulatkan persis tayar lori.

"Abang!" Ahlam menekup kedua telinganya. Menjerit pun janganlah tepi telinga orang duhai adikku sayang.

"Macam mana kalau cikgu telefon ayah?" sejurus nama itu keluar daripada mulut Arfa, mereka kedua-duanya kaku. Membisu. Sunyi. Sepi. Sehinggakan ubat pensel 0.5 jatuh di lantai pun boleh bergema. Langit pun seperti mahu mendung. Awan pun mulai murung. Tiada lagi siulan burung-burung...

PAP!

Ahlam tepuk bahu Arfa pula. Arfa terus berdiri tegak bagai kena sampuk. Sedar bahawa dirinya dipermainkan dia terus menampar-nampar bahu Ahlam yang seronok ketawa tak ingat dunia.

"Abang, Arfa tanya betul-betul ni!"

"Biarlah Arfa. Biar ayah tahu. Biar ayah rasa celaru sikit lepas dia tinggal kita." Ahlam hembus nafas. Hatinya sedikit gusar. Kembali teringatkan pesan umi, dia mula tenang.

"Oh Arfa nak tanya, apa sebab abang kena tuduh buli budak si Aqil tu?" Arfa sengaja bertanya. Sebenarnya dia tahu dah pun tetapi abangnya taknak pun tanya dekat dia. Sedangkan dia ini adalah orang yang agak penting di dalam kes entah pape ini.

"Oh. Katanya sebab budak tu suka kau." Arfa naikkan keningnya berkali-kali. Ahlam pula jadi pelik dengan adiknya sendiri. Arfa sambung main kening nak tunggu Ahlam tanya perkara yang sepatutnya dia tanya. Hampa. Ahlam memang sangat lurus bendul pada pandangan Arfa ketika ini.

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now