Kejohanan Olahraga menjelang tiba. Setiap guru penasihat rumah sukan sibuk dengan tugasan masing-masing. Tidak ketinggalan juga murid-murid yang telah dibahagikan tugas untuk dijalankan.
Dia duduk termenung di tepi padang. Dia tak begitu teruja pun dengan kejohanan olahraga. Cahaya matahari yang menyimbah segenap alam membuatkan mata bundarnya terkelip-kelip.
"Malika, ada kerja ke?"
Dia menoleh melihat gerangan itu. Dia cuma tersengih dan menggelengkan kepala perlahan. Memang tiada kerja pun. Dia baru tingkatan dua. Kakak senior pun tak tahu nak bagi kerja apa.Maka di sinilah dia. Di stor sukan sambil menyusun lembing-lembing yang ada. Bukan hanya menyusun malah mengemas seluruh stor sukan atas arahan Cikgu Afrah tadi.
Malika memandang rak yang paling atas. Di atas itu ada pita pengukur untuk mengira jarak bagi acara rejam lembing nanti. Cikgu Afrah amanahkan dia untuk lap semua pita pengukur itu.
Malika yang tidak tinggi memandang kotak yang memuatkan belasan pita pengukur itu. Dalam hatinya sekarang dia berharap akan wujudnya seorang abang senior untuk menjadi hero dalam cerita fantasi di siang harinya.
Tiga minit menunggu namun tiada kedatangan mana-mana hero pun. Malika pun mula merancang strategi. Kalau tiada hero, dia perlulah berdikari kerana heroin yang tersakiti sepertinya tidak boleh terlihat lemah dan lesi.
Sebuah bangku berwarna coklat dicapai. Kasut sukannya ditanggal. Aksi bahaya. Aksi seorang Malika berlagak tinggi tetapi kelihatan seperti monyet yang ingin memanjat pokok pisang.
Bismillah, jom mula.
Kotak itu dicapai. Alhamdulillah dapat. Namun begitu, seorang Malika tidak dapat menafikan bahawa kotak itu sangatlah berat. Terkial-kial kakinya cuba menjejak lantai dengan beban berat dalam pelukannya. Akhirnya, Malika putus asa. Kotak itu dicampak sahaja ke bawah.
BAMM!
Kuat pula bunyi kotak terjatuh. Cepat-cepat Malika turun daripada kerusi. Setiap pita pengukur disusun kembali ke dalam kotak tersebut. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.
Sangatlah cliché,
Malika mengharapkan seorang hero senior yang muncul tetapi sebatang tubuh yang berdiri di hadapannya itu adalah sebaliknya.
Ahlam Hulawi.
Bermula hari itu dan detik itu. Seorang Ahlam dan seorang Malika menjadi sahabat. Bersaksikan beberapa biji bola jaring, bola sepak, bulu tangkis, raket badminton, bola ping pong dan sebagainya yang ada di dalam segenap ruang stor sukan itu.
Tiada siapa yang tahu apa perkara sebenar yang terjadi. Hanya kedua-dua manusia ciptaan Tuhan itu sahaja yang saling mengetahui.
+++
Arfa mendengus geram. Sudah cubaan kali ke seratus satu dia cuba bongkarkan penderaan opah mama kepada ayah namun semua itu tetap tidak berhasil. Arfa sengaja call ayah untuk pulang ke rumah hari ini. Alasannya kerana paip bocor dan rumah pun hampir banjir.
Niatnya cuma mahu ayah saksikan opah mama yang sedang seronok buli umi dengan menaburkan makanan kucing ke atas lantai dapur. Mungkin kerana niat baik Arfa disaluti dengan penipuannya itu tidak diizinkan Tuhan, makanya ayah pulang ke rumah tanpa sempat menyaksikan apa-apa pun bentuk penindasan.
Sempat pula opah mama berlakon seakan-akan kucing kami yang degil tidak mahu makan makanan yang diberikan lalu bertaburan lah makanan-makanan itu di atas lantai.
Di akhir kisahnya, Arfa jugalah yang dimarahi ayah kerana membuat ayah susah hati dan terpaksa membatalkan semua janji temu ayah pada hari itu. Baiklah semua, Arfa redha. Sudahlah, Ahnaf pun tidak membantu. Adiknya itu hanya mengangkat bahu sahaja bila ayah tanya apa-apa soalan.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Dla nastolatkówDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...