Suasana di antara 4 orang remaja itu sangat tegang. Sesiapa yang berjalan di sebelah meja yang diduduki mereka pasti akan rasa aura ketegangan yang membara di tengah-tengah ruang itu.
Pelayan kedai mamak yang tadinya mahu mengambil pesanan di meja itu membatalkan niatnya. Kawannya yang perasan akan hal itu bertanya apa yang telah terjadi.
"Saya rasa mereka sedang gaduh kes sailang-sailang awek lah tak mau kacau."
Kawannya tadi mengangguk kejap. Pandangannya dihalakan ke arah meja segi empat tepat yang diduduki 4 orang remaja itu. Ok memang seram.
Malika tak merenung sesiapa. Pandangan matanya menunduk memandang meja. Jarinya diramas antara satu sama lain. Tadi dia ada cuba menghayunkan kakinya untuk menghilangkan gemuruh. Tapi akhirnya tersepak kaki Ahlam yang duduk di hadapannya pula.
Taubat mak. Taknak main kaki dah.
Maisarah masih lagi merenung Harraz di depannya. Lelaki itu pula sibuk memerhatikan segenap ruang premis kedai mamak ini. Dia sempat mengira berapa biji lampu kalimantang yang ada di kedai mamak ini. Adalah dalam 20 biji.
Dia pun gemuruh sebenarnya. Maisarah sangatlah seperti singa lapar. Ditambah dengan rambut perangnya yang dari tadi ditiupkan angin. Kesian Malika. Sejak tadi rambut Maisarah yang ditiup angin melibas muka dia.
Namun dia cuba tahan.
'Hmm sebab tu lah kena pakai tudung kalau tak pakai pun ikat lah rambut hmmm'
Harraz mampu menuturkan monolog itu dalam hatinya sahaja. Kalau diluah di mulut rasanya sekali dengan periuk belanga di dapur kedai mamak ini akan melayang.
Mungkin.
"Cepatlah. Cakap"
Harraz serta Ahlam tiba-tiba tergelak dengan pertanyaan Maisarah. Kenapa dia suruh mereka cakap?
Seriuslah. Padahal tadi dia yang nak marah sangat. Perempuan memang macam ni ke? Emosi tunggang terbalik seiring dengan minda.
BAMM!
meja kedai makan itu dihentaknya kuat. Malika mengurut dada. Nasib baik tiada sakit jantung kalau tidak sudah lama goal
Terhenti terus tawa Harraz dan Ahlam yang memecah sunyi tadi. Kini di antara mereka wujud sekali lagi suasana senyap sepi muram seperti kubur.
Pelayan kedai mamak tadi yang pada mulanya sudah melangkah berani kini mencicit lari untuk berpatah balik. Terkejut dia ketika Maisarah menghentak meja. Rakan seperjuangannya yang lain di kaunter hanya mampu ketawa.
Harraz menarik nafas panjang.
"Ok Maisarah. Sebenarnya apa tujuan kau ni. Kau nak kebenaran tentang apa," tutur Harraz serius. Dia sudah malas mahu membazir masa di sekeliling orang yang bisu.
"Now tell me. Apa dalam fikiran lelaki itu sebenarnya? Sampai Malika yang cukup tertutup ni pun dia nak kerjakan."
Ahlam dan Malika hanya memerhati.
"Kami tak tahu Maisarah. Kami tak tahu apa yang ada di dalam minda lelaki itu. Apa yang difikirnya. Sungguh kami tak tahu."
Maisarah tersenyum sinis.
"Huh kelakar. Memang lelaki yang gatal tapi masyarakat sibuk suruh perempuan labuhkan tudung. Tutup aurat. Nonsense."
Pernyataan yang keluar daripada mulut Maisarah membuatkan Harraz rasa marah. Sangat-sangat marah.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...