01 TIGA JANAN

667 87 6
                                    

Ahlam betulkan tali leher dia yang dah hampir senget. Baju kemeja lengan panjang berwarna beige dikemaskan elok di tubuhnya. Sebatang pen sentiasa diselitkan di poket atas sebelah kiri kemejanya. Itu sudah seperti identiti Ahlam di sekolah ini. Lagi pula, Ahlam suka menulis maka sebatang pen ini memang teman karibnya ke mana-mana sahaja.

Ahlam sudah membesar. Sudah hampir remaja. Keputusan UPSR Ahlam yang cemerlang akhirnya menempatkan dia di MRSM Pengkalan Chepa. Kini Ahlam sudah pun berada di tingkatan dua. Jarak maktab dengan rumahnya sangatlah jauh dan Ahlam akui dia sangatlah rindu dengan semua ahli keluarganya kecuali opah mama.

Sebut pasal opah mama, em ya opah mama masih lagi tinggal bersama keluarganya. Walaupun Ahlam berada jauh dari rumahnya namun segala laporan tetap akan sampai kepadanya. Kalau tidak melalui panggilan ia akan dikirimkan melalui e-mel dan juga surat.

Semua itu akan dilaporkan kepadanya oleh adik-adiknya. Arfa dan Ahnaf. Adik-adiknya makin membesar. Makin memahami segala yang berlaku di rumah.

Ahlam tersenyum sendiri mengenangkan perkara itu. Harini hari Rabu. Jadi, dia perlu bersedia kerana surat daripada Arfa dan Ahnaf akan sampai pada petang ini. Panggilan telefon biasanya akan dibuat semasa hujung minggu sahaja. Dek kerana jadual yang padat, Ahlam terpaksa.

Ahlam melangkah keluar dari blok aspura. Dia sangatlah menepati masa. Berkat ajaran umi dan ayah. Dia diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan presiden kelas sejak tingkatan 1 lagi.

Ahlam.
Cubalah kau orang semua tanya pada pelajar MRSM Pengkalan Chepa. Siapa Ahlam Hulawi.

"Dia junior saya yang comel"
"Dia classmate saya"
"Dia calon badan wakil pelajar"
"Dia putih"
"Muka dia macam orang Arab!"

Terima kasih semua. Ahlam Hulawi dah lali dengan pujian. Sejak sekolah rendah lagi. Nampaknya, anak ayah dan umi ini memang menjadi perhatian orang ramai. Setiap pujian yang datang haza min fadhli rabbi sahaja yang Ahlam mampu jawab.

"Ahlam, Teacher Shahira nak jumpa kau dekat bilik guru."

Ahlam yang sedang sibuk dengan latihan Matematik itu mengangkat kepala. Wajah Fahrin Arshad menghiasi pandangan mata. Ahlam anggukkan sahaja kepala. Buku matematik ditutup, alat tulis dikemas dan akhir sekali langkah diatur ke bilik guru. Adalah tu Teacher Shahira nak berpesan. Harini semua cikgu ada mesyuarat selepas rehat. Jadi semua cikgu sedang bersungguh-sungguh meninggalkan kerja untuk anak-anak murid mereka supaya mereka tidak bising.

Sedang Ahlam berjalan dengan gayanya. Entah berapa ratus helai kertas jatuh di hadapannya. Ok semua ini bukan salah Ahlam. Ahlam cuma berjalan. Terlihat seorang gadis membongkokkan badan dan mengutip kertas-kertas di hadapan Ahlam.

Ahlam pula rasa tak senang. Tudung perempuan itu tidak labuh dan tidaklah singkat. Perempuan itu juga rasanya tingkatan dua juga sepertinya. Jadi, biasalah budak tingkatan dua pakai tudung comot-comot kan. Tudung yang dipakai gadis itu nampak macam nak tertanggal pula bila dia terbongkok sebegitu rupa.

"Haih bangunlah, kau perempuan tak elok macamtu."

Akhirnya Ahlam bersuara malas. Ahlam pula mengutip kertas-kertas itu. Setelah selesai, Ahlam menyerahkan kertas-kertas itu kepada perempuan tersebut.

"Terima kasih ya Ahlam."

Ucap perempuan itu sebelum pergi meninggalkan Ahlam yang terpinga-pinga. Popular sangat kah Ahlam sampai perempuan tu tahu nama dia? Ahlam sempat lihat wajah perempuan itu tadi. Perempuan itu terkenal dengan gelaran princess silent kerana dia sangatlah pendiam.

Akhirnya Ahlam tersedar sesuatu. Ya Ahlam pakai nametag. Jadi duhai Ahlam sila berhenti daripada perasan bahawa diri itu popular. Budak perempuan pendiam macam tu tak mungkin kenal Ahlam. Ahlam tergeleng-tergeleng sendirian. Sebelum satu suara mengejutkannya.

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now