Sudah sebulan sejak kejadian mendukacitakan di hospital itu berlaku. Hidup Malika kembali normal seperti biasa.
Normal seperti biasa.
Di sini, dia menyapu halaman rumahnya. Selepas ini dia perlu ikut ibu ke rumah jiran sebelah. Ada kenduri katanya.
Maisarah.
Gadis itu sudah lama dia tidak dengar khabar beritanya. Percaya atau tidak ibu dan ayah juga tidak bercakap mahu pun bertanya tentang dia.Malika tidak pasti dan tidak tahu. Sama ada orang tuanya rasa bersalah atau dipersalahkan di atas semua kejadian yang berlaku. Hati orang tua susah untuk kita selami.
Harraz dan Ahlam.
Dua jejaka itu sudah hilang daripada radar. Hari terakhir mereka berjumpa adalah hari terakhir Maisarah di wad. Selepas itu, jejaka berdua itu lesap seperti debu.Umi Sarah.
Malika tersenyum. Wanita cantik itu tidak lepas daripada menghubungi dia. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Banyak topik yang mereka ceritakan bersama. Bermula daripada topik kesihatan Encik Adiel hinggalah tips untuk mengelakkan kuali daripada berkarat.Ibu dan ayah.
Dua orang ini pun jarang berbual dengannya. Ada kalanya mereka seperti mengelak daripada bertembung dengan dia. Ada kalanya mereka seperti tidak sabar untuk melihat keputusan SPM yang bakal keluar tidak lama lagi dan mereka juga sepertinya tidak sabar melepaskan Malika sambung belajar dan berdikari.Biasalah hidup. Tidak semuanya indah.
(&)
Segala tudung yang dia pernah ada dikeluarkan daripada almari. Sudah hampir bertahun lamanya tudung-tudung ini terperuk dalam almari.
Kini. Dia cuba dan akan terus mencuba. Menutup tubuhnya demi Tuhan yang dia cintai.
Dia tolak semua urusan ajnabi ke tepi. Tutup aurat itu bukan hanya semata-mata untuk bakal suami seperti yang dikatakan rata-ratanya oleh semua orang. Tutup aurat itu adalah bukti patuhnya kita pada Ilahi.
Kotak di bawah katil sudah dia buang pergi. Tidak berguna lagi kotak itu di sini. Si empunya kotak pun sudah berbahagia dengan kehidupan sendiri.
Dia memilih tudung bawal berwarna krim cair. Dipadankan dengan kemeja labuh berwarna putih. Nasib baik seluar dia berwarna hitam. Kalau tidak sudah kelihatan serba putih dia pada hari ini.
Hari ini dia mahu mempunyai me-time sendiri. Dia mahu pergi membeli barang keperluan. Berjalan di taman permainan. Makan di restoran yang diidamkan.
Ya. Semuanya sendiri dan menyendiri.
(&)
Dia berjalan melintasi deretan kedai di pusat membeli-belah ini. Tujuannya ingin membeli barang keperluan sebelum mula bekerja di negeri orang kelak.
Baru sahaja dia berazam untuk bersama dengan Ahlam pada hari keputusan SPM diumumkan. Namun, dia telah mendapat panggilan bekerja sebagai peguam di firma guaman yang dia idamkan.
Rezeki tuhan.
Setelah berjalan tanpa arah tuju, dia ambil langkah ke arah Guardian. Bolehlah dia membeli pencuci muka dan sebarang keperluan lain yang dia perlukan.
Setelah siap memilih barang mandian, dia beralih ke arah kaunter. Dia berdiri di belakang seorang gadis yang boleh dikatakan serba putih?
Wow.
Tidak sempat dia lihat wajah gerangan gadis serba putih itu kerana gadis serba putih itu cepat-cepat mengalihkan wajah setelah selesai membayar.
Menjadi seorang Harraz Nawal. Tiada guna barang mandian lengkap tetapi perfume tidak ada. Dia cepat-cepat melangkah ke arah kedai yang menjual pelbagai jenis minyak wangi lelaki dan wanita.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...