Suasana majlis pada hari itu sangat meriah. Ruang tamu rumah teres sederhana besar itu dibanjiri dengan ramai manusia yang datangnya dari serata negeri. Kedatangan mereka adalah bertujuan untuk meraikan kelahiran si kecil yang sedang lena tidur di pangkuan ibu saudaranya.
Maisarah sibuk kehulu dan kehilir bagi memastikan majlis akikah untuk anaknya itu berjalan lancar. Harraz juga setia mengikuti isterinya kemana sahaja. Terpaksa dia mengabaikan sebentar tetamu yang hadir. Maka dengan itu, si kecil mereka diserahkan kepada Malika untuk dijaga.
Malika masih lagi tidak boleh mengangkat barang-barang yang terlalu berat kerana dikhuatiri kesan sampingan kemalangan dua tahun lalu akan hadir kembali.
"Auuu cakk!"
"Cakk!"
"Adikkk cakk!"
Terkekeh-kekeh si kecil itu ketawa. Malika pula semakin bersemangat untuk mengagah si kecil itu. Respon positif anak kecil itu membuatkan Malika terasa bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang penghibur.
"Comelnya Nufail ni! Geramm." Pipi labuh milik Nufail dicubit manja oleh Malika. Tidak dinafikan bahawa cahaya mata Harraz dan Maisarah ini sangat elok rupanya. Matanya yang agak sepet dan warna matanya yang cantik mengikut ayahnya. Manakala rambut lurus dan hidung mancung diwarisi daripada ibunya.
"Kalau Aunty ada anak nanti, Nufail kawan dengan dia tau"
Setelah kehabisan idea untuk bersembang dengan Nufail akhirnya topik itu pun bolehlah. Nufail pula tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Malika namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman yang menampakkan barisan gusinya yang kosong.
Setelah penat bersandar di dinding sambil meriba Nufail, akhirnya Malika mengambil keputusan untuk berdiri. Nufail didukung elok di bahunya. Bayi kecil itu terus melentokkan kepalanya di bahu Malika sambil ibu jari tangan kanannya disumbat ke dalam mulut. Malika tertawa kecil dengan telatah Nufail. Kecil-kecil lagi sudah mengada-ngada seperti ibunya. Malika tertawa sendirian. Ini kalau Maisarah dengar boleh mencetuskan pergaduhan tarik-tarik rambut.
Nufail dibawa ke halaman belakang rumah. Pokok-pokok hijau yang ditanam oleh Maisarah di belakang rumah menjadi santapan mata mereka. Malika membetulkan tudungnya yang sedikit terbang dek kerana angin yang bertiup kuat. Bunyi yang terhasil dari dahan dahan pokok menyedarkan dua orang manusia itu.
Malika berpaling untuk melihat pokok hijau yang sedikit bergoyang itu. Nufail yang tersedar akan bunyi itu turut berpaling. Tiba-tiba keluar seorang lelaki di antara celahan pokok-pokok hijau tersebut. Nufail tersenyum girang kepada lelaki yang sedang memegang serumpun serai di dalam genggaman. Mungkin baru diambil dari belakang rumah barangkali.
Di saat Nufail sibuk tersenyum girang, Malika sudah terpaku bagaikan tugu negara. Pandangannya tidak lepas daripada memerhatikan seorang lagi lelaki yang berdiri di belakang Harraz. Namun reaksi lelaki itu tidak menggambarkan apa-apa. Pelukan Malika pada tubuh Nufail semakin melonggar.
Lelaki itu berpaling ke arahnya dan tersenyum. Senyuman itu bukan untuknya. Senyuman itu adalah untuk...
"Nufail?"
Nufail menoleh apabila namanya dipanggil. Seakan ada magnet yang menarik, tangannya diawang-awangkan untuk mendekati lelaki itu. Lelaki itu juga melangkah mendekati Nufail. Tangan kecil Nufail disambut cermat.
"Comelnyaaa!"
Dia memuji sambil bibir sibuk mencium anak kecil itu di serata wajah. Harraz hanya tergelak kecil. Nufail sangat akrab dengan lelaki itu. Padahal mereka baru sahaja berkenalan sedetik yang lalu. Malika masih lagi termenung di antara dua orang jejaka dan seorang bayi kecil tersebut. Serupa macam tunggul.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Roman pour AdolescentsDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...