33 KENDURI II

246 48 7
                                    

"Umi tengoklah anak umi tu taknak keluar bilik." Arfa memuncungkan bibir. Puas dia memujuk Ahlam untuk temankan dia beli baju baru untuk pulang ke asrama minggu hadapan tetapi Ahlam tetap tidak mahu mengikutnya.

"Umi pun tak tahulah nak kata apa," kata umi pula. Umi juga puas memujuk Ahlam untuk belikan hadiah Malika. Ajakan umi ditolak mentah-mentah oleh Ahlam.

Akhirnya, Arfa akan ke pasar raya bersama Ahnaf dan Encik Adiel bagi membeli barang keperluannya di asrama. Baru sahaja hendak bermanja dengan si abang tetapi apakan daya. Tuhan lebih mengetahui isi hatinya.

Kepergian suami dan anak-anaknya dihantar olehnya di perkarangan rumah. Encik Adiel yang beri cadangan supaya umi tinggal di rumah bersama Ahlam maka lebih mudahlah untuk umi selami hati anak teruna mereka seorang itu.

Pintu bilik dikuak dari luar. Ahlam berada di meja belajar sedang siapkan beberapa tugasan universitinya. Umi memandang Ahlam dengan perasaan sayu. Sekejap sahaja anak itu sudah membesar walaupun tiga tahun yang lepas anak itu membesar tanpanya.

Umi menarik sebuah kerusi yang berdekatan. Dia duduk di sebelah Ahlam yang sedang tekun menaip di komputer ribanya. Entah apa yang dibuatnya.

"Anak umi..."

Ahlam menghentikan segala kerjanya. Dengar suara umi seperti itu tak sampai hati pula dia nak abaikan umi.

"Hmm. Ya umi?"

Umi memandang Ahlam. Kekura tangan Ahlam diusap perlahan.

"Umi tahu. Ahlam dah besar. Dah pandai berdikari. Umi ni tak layak pun nak campur urusan Ahlam.."

Ahlam menghalakan jari telunjuknya ke arah mulut umi mengisyaratkan uminya untuk diam.

"Umi syurga Ahlam tau umi. Apa pulak umi tak layak nak sibuk pasal Ahlam."

Umi tersenyum kelat mendengar ayat Ahlam. Ahlam memang dari dulu lagi pandai mengayat. Nasib baik belum ada lagi anak dara orang yang dia dah berjaya ayat.

"Ahlam ada masalah? Ceritalah dengan umi."

Umi cuba memancing Ahlam untuk bercerita. Ahlam hanya diam sebelum dia menghela nafas yang berat. Sangat berat.

"Entahlah umi."

Umi setia memandang Ahlam. Jika Ahlam tidak mahu bercerita dia pun tidak berniat untuk memaksa.

Ahlam rasa yang dia perlu suarakan hasrat hatinya kepada umi. Mungkin dengan cara itu dia tidak lagi akan dibelenggu dengan satu rasa yang sangat menyentakkan hati.

"Ahlam suka Malika."

Umi senyum.

"Dah tu kenapa?" Umi cuba bertarik tali.

"Sejak tingkatan dua."

Umi senyum lagi. Makin lebar senyuman umi. Rasa macam nak terbang pergi rumah Malika untuk hantar rombongan meminang sekarang juga!

"Tapi Malika dah nak kahwin hujung minggu ni," sayu sahaja intonasi suara Ahlam.

Umi mula membuat muka pelik.

"Bila masa Malika nak kahwin? Umi tak tahu pun?"

"Kenduri hujung minggu ni." Ahlam bernada sayu.

Umi tahan gelak dia dari keluar. Ahlam pula malas nak layan umi. Dia tahu umi nak gelakkan dia. Salahkah dia suka Malika? Serempit-rempit dia pun Malika tidak pernah pudar dari hati dia.

"Nak oi. Kenduri Malika yang umi maksudkan tu kenduri kesyukuran tang mana pula jadi kenduri kahwin pula adoi lah anak."

Umi menepuk dahinya. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali. Ahlam masih lagi membuat muka tidak faham.

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now