10 READY GO!

279 61 1
                                    

Sudah tiga hari berlalu, perjumpaan gadis luar biasa masih berlangsung seperti biasa tanpa sesiapa pun tahu. Maklumat dan bukti yang dikumpul semua difailkan kemas. Mereka pun tidak berapa pasti yang usaha ini bakal dipandang atau tidak tetapi sekurangnya mereka mencuba.

Hey, I was doing just fine before I met you
I drink too much and that's an issue
But I'm okay
Hey, you tell your friends it was nice to meet them
But I hope I never see again

Celik mata mereka bertiga apabila mendengar muzik yang bergema ke segenap ruang bilik yang didiami. Terangguk-angguk kepala mereka ke kiri dan ke kanan menghayati setiap bait lirik.

I know it breaks your heart,
Move to the city in a broke down car
And four years, no calls
Now you're lookin' pretty in a hotel bar
And I-I-I can't stop
No I-I-I can't stop

Terus Arfa mencapai kertas di tangan Malika. Digulungkan kertas itu sebelum menekap bahagian hadapannya ke mulut. Malika dan Saffiyah memandang pelik. Sebelum chorus lagu kembali bergema.

So baby pull me closer
In the backseat of your rover
That I know you can't afford
Bite the tattoo on your shoulder

Pull the sheets right off the corner
Of the mattress that you stole
From your roommate back in boulder
We ain't ever getting older

Tergeleng-geleng Malika melihat telatah Arfa. Saffiyah yang dari tadi mengantuk pun sudah segar bugar melihat konsert mini Arfa.

"Haha lagu ni macam kak Malika lahh" ,Saffiyah tiba-tiba bersuara.

"Eh, kenapa pulak?". Malika mengerutkan dahi. Arfa pun tertanya-tanya.

"Yelah, nanti Ahlam tu pindah. Lama korang tak jumpa tiba-tiba jumpa Kak Malika dah cantikk!"

Gulp. Malika tersentak tapi dia biarkan rasa itu berlalu. Walaupun hati kecilnya berkeras untuk mengiyakan kata Saffiyah itu ,dia cuba tahan. Dia yakin masih ada jalan untuk selamatkan Ahlam. Ahlam tidak seteruk itu untuk mendapat balasan yang tidak masuk akal.

Lagi satu. Dia dan Ahlam bukannya pasangan kekasih yang perlu mereka risaukan. Jika perpisahan terjadi antara mereka pun perpisahan itu tidak patut ditangisi. Merindui ajnabi yang tidak halal itu tidak sepatutnya terjadi bukan?

(&)

Dan dia termangu sendiri dalam bilik ini. Kebanyakan barang-barangnya sudah dibungkus rapi. Lagi dua hari sebelum hari perbicaraan mengenai kesalahan yang tidak pernah pun dia lakukan. Dia yakin dan pasti pada akhirnya tempatnya bukan di sini. Bukan di sekolah elit berprestasi tinggi.

Mungkin ada peluang untuk dia merayu. Tapi siapa sahaja yang bakal mempercayai alasannya yang gemersik bagaikan bayu?

Sudah putus doa dan harapan yang dia mahu panjatkan. Lagi dua hari? Dia bergerak sendiri mencari bukti pun dia tetap tidak dapat dia temui. Berkali-kali dia cuba mencari Syafiq. Namun anak itu, siang dan malam menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Mungkin dia sudah lama merancang untuk menyingkirkan seorang Ahlam Hulawi. Yang pastinya melalui cara yang licik dan keji.

Oh, jahat sungguh ya manusia hari ini?

Apakah benar aku ini hidup di bumi?

Bumi yang penuh tipu daya dan caci maki?

Berakhir dengan mimpi ngeri yang bakal meranapkan diri?

Ahlam tersenyum sendiri. Kadang dia rasa dia gila. Dia dilahirkan di atas dasar cinta di antara dua insan. Namun kini dia hanyalah bagaikan kucing kurap yang mengharapkan belas kasihan.

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now