"Abang, Arfa pesan suruh abang pergi kelas dia lepas Asar."
Ahlam mengangguk malas. Tak pernah pula Arfa menggunakan orang tengah untuk berjumpa dengan dia tapi dia akurkan sahaja. Kasut hitam pvc yang masih berkilat di sarung. Dia melangkah meninggalkan surau untuk menuju ke blok akademik yang menempatkan kelas Arfa.
Arfa pun kenapa nak jumpa waktu lepas Asar?
Kenapa nak jumpa di kelas?
Kenapa tak jumpa sahaja di pondok kecil?
Ahlam tepis semua rasa ragu. Mungkin dia banyak sangat berfikir sehari dua ini. Sedar daripada lamunan yang panjang dia telah pun sampai di depan kelas Arfa. Sayup-sayup dia terdengar bunyi esakan seseorang. Ahlam rasa ragu-ragu.
Jangan-jangan...
Itu hantu...Dia berjalan perlahan untuk mengintai ke dalam kelas 101 itu. Terlihat seorang budak lelaki yang berbadan gempal sedang menangis di bawah sebuah meja di dalam kelas tersebut. Terhinjut-hinjut bahu budak itu menangis. Ahlam pula rasa sayu. Mesti budak ini dibuli lalu dia sedih dan dia pun menangis tak berlagu.
Biasalah budak tingkatan satu.
Walaupun Ahlam beku, dia tetap tidak mahu mengagungkan hatinya yang batu dengan memujuk budak lelaki bertubuh gempal tadi. Tepat-tepat kakinya melangkah masuk, pintu depan dan belakang kelas itu pun tertutup sendiri.
Ahlam senyum sendiri. Mungkin Allah mahu hadiahkan sunyi sebagai privasi diri.
"Kenapa kau menangis?"
Budak bertubuh gempal itu tidak menjawab. Lama. Sudah masuk kali ketiga Ahlam bertanya namun masih tiada lagi tanda-tanda si dia mahu bercerita. Ahlam biarkan dia.
Timbul rasa pelik di benak hati. Mana Arfa? Sudah hampir dua puluh minit dia menunggu namun bayangan gadis itu masih tiada. Baru sahaja, Ahlam berura-ura mahu keluar dari kelas itu, pintu kelas itu dirempuh kasar dari luar.
Kelihatan Ustaz Kazim, guru disiplin MRSM pengkalan Chepa bersama dua orang ahli Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) tercungap-cungap di muka pintu kelas. Muka mereka jelas terkedu manakala Ahlam masih lagi termangu-mangu.
"Apa yang awak dah buat Ahlam?"
Pertanyaan yang lembut di dalam tegas. Ahlam pula jawab malas-malas. Tidak semena-mena wajahnya dilempang hingga kebas.
Terkebil-kebil Ahlam cuba memahami situasi. Dua orang LDP tadi masih teguh berdiri. Ustaz Kazim berjalan menghampiri papan putih kelas membuatkan mata Ahlam turut mengekori. Terhenti detak jantungnya apabila melihat papan putih yang sudah tidak putih lagi. Berserakan tulisan berunsurkan hinaan yang Ahlam sendiri pun tidak mampu faham.
"BUDAK GEMUK"
"SEDAR DIRI KALAU NAK MINAT ADIK AKU"
"KAU HODOH"
"ARFA TAK LAYAK UNTUK KAU"
"GEMOK GEDEMPOL TAK SEDAR DIRI"
"PERGI MATI"
"PERUT DAHLAH BOROI BANYAK ISI"Dan macam-macam lagi.
(&)
"Kenapa awak buat macamtu Ahlam?"
" Ya Allah, Ustaz saya bersumpah dengan nama Allah saya tak buat, saya tak buli dia."
"Jangan mainkan nama Allah, Ahlam." Ustaz Kazim menambah. Ahlam dah rasa bagai nak menghantukkan kepalanya ke dinding. Mujur sahaja bilik guru pada petang itu sudah kosong. Dua orang ahli LDP tadi pun sudah menghilangkan diri. Akhirnya, Ahlam menghadap ustaz singa ini sendiri.
Pelbagai hujah sudah Ahlam beri namun kepercayaan guru ini masih lagi tidak dapat diraih.
"Masalahnya sekarang Ahlam, budak tu sendiri yang kata awak pukul dia sejak dari dekat asrama lagi. "
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...