London, 3 tahun kemudian
Kata orang,
Semakin dewasa semakin kau kenal erti dunia
Semakin lama semakin kau tahu kehilangan itu derita.
Semakin jauh semakin kau sedar yang dekat itu bahagia.
Semakin lupa semakin kau jauh dari yang selalu adaBegitu juga dengan dia.
Apabila jauh dia ingin dekat. Dia mahu merasai bahagianya nikmat. Tapi, kerana peristiwa lalu dia tidak berani untuk mendekat.
"Berangan!"
Petikan jari di hadapannya beserta dengan sergahan pendek itu menyedarkan dia ke alam nyata. Dia menoleh ke sebelah. Syahir.
Setelah peristiwa hitam yang berlaku tiga tahun lalu, kini dia merantau ke negara orang dengan niat yang baru. Syahir menjadi penasihat setia. Tidak sangka perkenalan singkatnya semasa program di ibu kota dulu berkekalan sehingga sekarang.
"Bila nak balik Malaysia?"
"Weh menghalau ke?" Syahir mencebik. Syahir berada di kota London kerana ingin menghadiri majlis graduasi kakaknya yang berlangsung dua hari yang lalu. Disebabkan keluarganya ingin menetap dan melancong lebih lama di sini maka dia mengambil masa untuk menemui Ahlam.
"Selalunya kalau skype kata nak jumpa aku. Sekarang ni halau pulak," Syahir seakan-akan berjauh hati.
"Maneada. Aku tanya je," Ahlam tergelak. Sensitif kalah ibu-ibu mengandung si Syahir ini.
Mempunyai sahabat yang berasal dari tanah air yang sama membuatkan rindunya terubat pada keluarga di Malaysia. Kebiasaannya, dia akan berkawan dengan Radhi. Seorang pemuda dari indonesia yang sama jurusan dengannya. Hari ini Radhi berjalan-jalan dengan kekasih hati maka tinggallah Ahlam sendiri. Nasib baik ada Syahir yang sudi menemani.
"Kau. Tak teringin nak balik?" Syahir bertanya.
Ahlam senyap. Sudah dua tahun berlalu dan dia tidak pernah menjejakkan kaki langsung ke bumi Malaysia. Sewaktu dia mengambil keputusan untuk ke London pun dia tidak beritahu kepada keluarganya.
Dia hanya bertemu dengan nenek dan datuk untuk meminta mereka menampung pembiayaan pelajaran dia di London. Dia bernasib baik kerana datuk dan nenek bersetuju akan hal itu dengan syarat dia harus mengambil alih syarikat perniagaan nenek dan datuk setelah tamat belajar nanti.
Ahlam pun bersetuju dengan syarat tersebut. Kini, dia sedang merangka strategi untuk memajukan syarikat kecil itu berdasarkan ilmu perniagaan yang dia pelajari di sini.
Lagi 6 bulan berbaki dan dia bakal menamatkan sesi pembelajarannya. Ini bermakna dia bakal pulang ke Malaysia. Kusut dia memikirkan reaksi umi dan ayah apabila melihat dia nanti.
Mesti umi kecewa dengan kesilapan yang dibuat dua tahun lalu.
"Aku tak tahulah. Syahir." Ahlam mengeluh. Selama dua tahun juga umi tidak menghubungi dia. Dia tidak kesah kerana setiap berita dan maklumat tentang keluarganya akan dimaklumkan oleh datuk dan nenek.
Dia hanyalah pemuda yang berusia 21 tahun. Dia juga mahukan hiburan dan keseronokan yang remaja lain perlukan. Dia cuba halang diri daripada nafsu yang melonjak tinggi. Dia pernah terjatuh sekali di dalam lubang kegelapan dan dia berazam untuk tidak jatuh lagi ke dalam lubang yang sama.
(&)
"Abang. Ambilkan sayang bantal tu," ujar Maisarah kepada Harraz.
Harraz yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya ke atas sofa terhenti. Dia memandang Maisarah yang sedang duduk di atas sofa. Maisarah tidak boleh bergerak terlalu banyak buat masa sekarang. Kandungannya sudah memasuki usia 5 bulan.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Ficção AdolescenteDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...