Bingkai gambar itu membuatkan dia termenung sendiri. Sudah lama disimpan dalam laci kerana nak melihatnya memerlukan kekuatan insani. Sejauh mana pun dia cuba untuk lupa tapi akhirnya akan kembali teringat juga.
Bahtera perkahwinan di antara Adam dan Hawa itu sudah terbina 17 tahun lamanya jika mereka masih bersama. Namun kerana dendam di dalam hati Hawa, mereka berpisah akhirnya. Satu persatu wajah-wajah bukti cinta mereka diusap penuh dengan rasa cinta. Tipulah kalau dia tidak mahu bertemu sedangkan di hati sudah menggebu rindu.
"Awak, nak kahwin dengan saya tak Sarah?"
"Apa awak ni Adiel, kita baru je kenal"
"Jadi yang halal untuk saya. Bila saya dah pilih maksudnya saya dah yakin. Jadi ibu pada anak-anak saya. Kita kejar syurga sama-sama."
Dadanya berombak laju. Air matanya menitis menyembah bumi tanpa segan silu. Rindu pada wanita yang pernah bertakhta di hati sebagai ratu. Rindu pada anak-anak yang takkan terganti walaupun satu.
Sepanjang perkahwinannya dengan Sarah, dia bahagia. Dia semakin kenal erti cinta. Tidak pernah sekali pun hatinya kenal erti duka dan sengsara. Perginya Sarah membuatkan dia lelah dalam resah.
Permintaan emak sebentar tadi membuatkan akalnya hilang sendiri. Kahwin? Dia akui. Di usia ini dia memerlukan peneman di sisi untuk menemani setiap waktu yang berbaki. Dia pernah berjanji, Ahlam Hulawi bersama-sama adik-adiknya akan menjadi peneman buat Sarah dan dirinya bila mereka tua nanti.
Sekarang, dia rasa kesal sendiri. Dia jauhkan diri daripada anak-anak syurga yang dicintai sepenuh hati. Sampai sekarang, mak tak pernah tunjukkan bukti yang dia menghadapi seksaan daripada Sarah, sang isteri.
Mulalah dia rasa kesal. Dia tidak dapat berfikir waras. Mak adalah syurganya manakala Sarah ialah cintanya. Pada akhirnya, syurga itu jugalah penyelamatnya sehingga akhirnya Sarah dilepaskan tanpa sebarang tanya.
(&)
"Dan di dalam pertuduhan mengatakan bahawa anda pernah memukul mangsa di asrama menggunakan sebatang kayu."
"Kalau begitu di mana buktinya?". Dia cuba bertanya dengan berani. Lelaki; mangsa yang duduk bertentangan dengannya di meja mesyuarat itu terus melipat lengan bajunya hingga ke siku. Terlihatlah kesan-kesan lebam bagaikan dipukul kayu. Ahlam resah. Dia gelisah kerana segalanya yang terzahir adalah masalah. Masalah yang kebenarannya bukan dia yang salah.
"Awak tahu tak ini boleh jadi kes polis, Ahlam?". Pengerusi mesyuarat tadi menyoal tegas. Kes buli seperti ini adalah serius. Akar pergaduhan ini pula hanyalah kerana marahnya si abang apabila adik perempuannya diminati. Memang budak sekarang ini memang pelik-pelik sahaja akal fikirannya.
Ahlam senyap. Tiada akal untuk membalas kata. Rasa serabut menyelubungi jiwa. Wajah umi terbayang di depan mata tiba-tiba. Rasa bersalah walaupun dia tak salah tiba-tiba menerpa.
Perbicaraan yang berjalan satu jam lamanya tidak memberikan kesan apa pun pada Ahlam. Dia sedang fikir alasan apa yang patut diberi pada umi yang sentiasa menanti. Perlahan-lahan dia meraup wajahnya. Lemas dalam fikirannya sejak kejadian itu.
Semua ini hanyalah bermotifkan dendam. Semuanya sudah dirancang rapi sehingga budak Aqil yang gempal ini juga seperti sedang diperhati. Membaca dari gerak geri, Aqil seperti terpaksa. Meskipun mulutnya lancar menuturkan bicara dari awal perbicaraan hinggalah akhirnya.
"Baik. Perbicaraan kedua akan dibuat bersama dua orang saksi lagi. Semua boleh bersurai."
Ahlam terdiam. Saksi?
Bagaimana ada saksi sedangkan dia tidak buat apa-apa pun pada Aqil.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SCAR [C]
Teen FictionDihukum di atas kesalahan orang lain itu sakit bukan? "Ke.. kenapa ka-kau nak pindah?" "Taknak cakap banyak. Tapi cukuplah kalau kau sedar yang semua manusia ni tak sempurna termasuk kau dan aku. Apa hak kita untuk menghukum manusia lain disebabkan...