EPILOG

504 57 3
                                    

3 tahun kemudian..

Jam di dinding dikerling beberapa kali. Waktunya semakin hampir namun dia masih lagi comot-comot sebegini. Dengan pantas dia mengemaskan segala perkakas dapur yang bersepah serupa bagai hendak pergi berperang. Tepung di merata-rata tempat dilap dengan kain basah supaya hilang kesannya.

Besen-besen dan mangkuk yang digunakan semua dibasuh dengan cepat. Krim yang tidak digunakan dan bancuhan tepung lebihan dia simpan di dalam peti sejuk.

Selesai semua benda di dapur, dia terus melangkah menuju ke bilik tidur. Bathrobe dicapai dan dia terus berkejar masuk ke bilik air. Ini kalau Ahlam nampak dia berlari masuk bilik air, pasti telinganya akan dipiat.

Dia membiarkan dirinya berada di bawah pancuran air. Rambutnya disyampu dengan syampu kegemarannya yang berbau strawberi. Rambut kegemaran Ahlam.

Ihiks. Gedik ya kau Malika.

Selesai membersihkan diri, dia pun mencicit keluar daripada bilik air. Jam dinding tiada pula di dalam bilik ini. Dia tidak dapat mengagak sekarang jam sudah menunjukkan pukul berapa jadi dia perlu berkejar.

Rambut dikeringkan menggunakan pengering rambut yang memang berada di dalam bilik tidur mereka. Seterusnya, dia bergegas ke arah almari baju. Dia buka almari itu seluas-luasnya. Satu gaun berwarna merah hati paras bawah lutut dia keluarkan. Depan suami sendiri seksi sikit tak apa kan?

Selesai mendandan dirinya dia terus menghadap cermin pula. Bibir dioleskan sedikit dengan pelembap bibir.

Perfecto.

Bunyi loceng rumah kedengaran. Malika tidak tunggu lama lagi dia terus keluar untuk menyambut kepulangan suami tercinta.

Sebelum buka pintu, dia mengintai di tingkap untuk memastikan bahawa gerangan yang tiba itu adalah gerangan yang betul. Nasib baik betul.

Pintu dibuka. Terlopong Ahlam melihat isterinya pada malam ini. Dengan gaun tidak berlengan paras lutut itu. Dia menelan air liurnya berkali-kali.

Malika pula buat tak tahu sahaja. Tangan Ahlam dicapai lalu dikucup lembut seperti biasa. Ahlam terpandang bahagian dapur yang sudah terhias cantik dengan tema merah putih. Makin berkerut dahinya.

"Hari ini hari jadi saya ke? Kenapa saya tak ingat," soal Ahlam lagi.

Malika tersenyum-senyum menahan tawa. Suami siapalah yang comel sangat ini.

"Bukan. Bukan hari jadi awak tapi awak kena celebrate juga."

Ahlam hanya hadiahkannya senyum. Briefcase di tangannya terus dicapai oleh Malika dan diletakkan di atas sofa terlebih dahulu. Nasib baik dia sudah mengerjakan solat maghrib di pejabat terlebih dahulu jadi bolehlah dia melayan idea pelik Malika malam ini.

Pinggang Malika dipaut lembut dari belakang. Kepalanya dilabuhkan di bahu kanan milik sang isteri. Bau rambut Malika dihidu. Wangi. Bau strawberi. Malika pun sedap seperti strawberi. Eh?

"Dah. Kalau macam ini gagal lah plan saya nanti." Ujar Malika lalu ketawa.

"Jom tidur." Ahlam sudah berpura-pura tidur di bahu Malika. Sengaja. Malika pula sedari tadi menahan geli apabila deru nafas Ahlam menampar-nampar bahagian lehernya yang terdedah.

"Awak..gelii.." Malika sudah menolak kepala Ahlam ketepi. Tertawa besar Ahlam dibuatnya. Terus dahi isterinya dicium lembut.

Malika hanya tersenyum sipu. Malu lah pula.

Lengan kekar Ahlam dipaut lalu dia membawa Ahlam ke dapur. Mereka berdiri betul-betul di hadapan kek red velvet yang Malika hasilkan sendiri tadi.

Ahlam membaca tulisan di atas kek tersebut.

"Happiness in the box!"

Tidak tahu dan tidak faham akan maksud ayat itu membuatkan Ahlam semakin tidak sabar untuk mengetahui perkara yang perlu dibuat selepasnya.

"Jom kita potong kek untuk jiran-jiran!"

Ahlam mengerutkan dahinya. Tujuan kek ini dibuat hanyalah untuk diberikan untuk jiran dan bukan untuknya.

"Awak potonglah cepat. Sedekah kan amalan mulia." Malika menghulurkan pisau ke arah Ahlam. Raut wajahnya tidak dapat disorokkan lagi. Merajuk.

Suami yang suka kek red velvet tetapi si isteri sibuk mahu beri kepada jiran-jiran pula.

Malika hanya menahan tawanya yang hendak keluar. Wajah Ahlam sahaja yang tidak menggambarkan kegembiraan namun tangannya pantas sahaja memotong kek itu.

Semua kek yang dipotong semuanya tidak cukup sifat dek kerana ada satu kotak putih kecil di dalam kek itu yang mengganggu.

"Kotak apa ini?" Ahlam bertanya.

Malika pun mengerutkan dahinya berkali-kali. Berlakon.

"Entah. Apa bendalah kedai kek buat macam ini." Malika mengutuk diri sendiri kerana kek itu dia yang buat sendiri.

"Cuba awak bukak." Malika memberikan cadangan kepada Ahlam.

Ahlam tidak menunggu lama. Dia terus membuka kotak putih tadi untuk mengetahui isinya.

Ada beberapa keping kertas berukuran saiz gambar polaroid di dalamnya. Kertas yang berada di atas sekali bertulis 'hello daddy :)'

Ahlam semakin tidak faham. Diselak lagi kertas itu dan terpampanglah satu gambar ultrasound scan. Bibirnya terkunci. Air matanya mula bertakung. Dia menoleh ke arah Malika yang berdiri di sebelahnya.

"Sayang.."

Malika menoleh ke arah Ahlam. Melihat suaminya yang hendak menangis membuatkan dia juga rasa hendak menangis.

"Sayang..awak mengandung?"

Malika menganggukkan kepalanya untuk menjawab soalan itu. Terus tubuh kecilnya dipeluk Ahlam. Dahi dan bahagian tepi kepalanya dikucup berkali-kali oleh Ahlam.

"Terima kasih sayang." Ada getaran pada nada suara Ahlam.

Sudah banyak perkara yang mereka tempuhi hingga ke saat ini. Tiga tahun yang sangat mencabar. Tiga tahun yang dipenuhi dengan cemuhan sanak saudara yang sibuk memerli mereka yang belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Ahlam dan Malika memang pasangan yang saling melengkapi. Di saat jatuh bangun mereka sentiasa bersama. Tidak pernah Ahlam salahkan Malika setiap kali soal zuriat dibangkitkan malah mereka bersama-sama berusaha mencari punca dan memperbaiki diri masing-masing sebelum mereka bergelar ibu dan bapa satu hari nanti.

Ahlam sangat bersyukur dengan anugerah ini. Di saat Tuhan mengambil umi untuk menghadapnya, Tuhan menggantikan kehadiran umi dengan Malika. Kini, Tuhan menghadiahkan bayi di dalam kandungan Malika pula untuknya.

Peristiwa lalu membuatkan Ahlam semakin menghargai apa yang ada di dalam hidupnya. Mengingati arwah umi membuatkan rasa sayu menerpa hatinya.

Arwah umi bertahun-tahun menahan sakit barah payudara tanpa diketahui oleh sesiapa pun kecuali ayah. Kata ayah, umi tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Umi tidak mahu niat Ahlam untuk melanjutkan pelajarannya terbantut disebabkan sakit umi.

"Awak.." Malika menegur Ahlam yang termenung jauh.

"Kalau umi ada mesti dia happy," ujar Ahlam.

Malika mengangguk mengiyakan. Dia juga rindu dengan arwah umi. Umi wanita yang kuat. Dia juga mahu jadi kuat seperti umi.

"Eh awak!" Terkejut Malika apabila tubuhnya dicempung secara tiba-tiba.

"Sorry sayang tapi suami awak tak mandi lagi."

Ahlam membuat muka nakalnya. Malika pula sudah seperti cacing kepanasan di dalam dukungan Ahlam tapi lama kelamaan dia diam juga.

Seronok juga kena dukung.

"Awak, kek saya!" Malika menunjuk ke arah keknya yang masih lagi berada di atas meja dapur.

"Do I care?"


Tuhan, terima kasih kerana kau sudi pinjamkan kebahagiaan ini.









🐣; Eh, seriuslah dah tamat ?

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now