23 HOSPITAL

247 49 2
                                    

Setiap kali Ahlam mahu bercakap, Malika mengelak. Pujukan Ahlam tidak meresap langsung ke dalam hati Malika. Harraz yang memujuk dia pada akhirnya. Dia pun bersetuju untuk menumpang kereta kancil Harraz.

Mereka bertiga terus menuju ke majlis penutupan Program Semarak Tabur Budi Ibu Kota. Malika sedikit kecewa kerana dia tidak dapat sertai aktiviti akhir program ini.

Ahlam dan Harraz pun sama. Suka-suki hati Maisarah sahaja mahu menunjuk emosi. Padahal mereka di sini cuba meluangkan masa untuk biar dia tenangkan diri.

Malika beristighfar dalam hati. Dia sedar yang dia tidak sepatutnya berkata buruk tentang kakak.

Tamat sahaja majlis, Malika terus meluru ke arah Niana. Gadis itu dipeluk erat seperti tidak mahu lepas. Baru beberapa hari bersama keakraban mereka sudah dapat dirasa.

Sempat mereka bertukar nombor dan media sosial yang lain supaya tidak lost contact pada kemudian hari.

Setelah bersalam-salaman bersama peserta-peserta lain, Malika pun menjijit beg bajunya dan menghampiri kereta kancil Harraz.

Ada Ahlam di tepi kereta bersama seorang rakan dia. Apa nama dia? Oh Syahir.

Malika hanya menunggu di tepi kereta itu. Sesekali dia ada juga mengerling dua orang pakcik bawang itu. Harraz pula masih bersama beberapa orang badan organisasi yang lain.

Akhirnya, dua orang pakcik bawang itu pun selesai membuat majlis perpisahan di tepi kereta. Ahlam menghampiri Malika.

"Mengintai eh?" terselit nada gurauan dalam pertanyaannya.

Malika menjulingkan mata ke atas. Malas nak bercakap. Ahlam pula dah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Malika, kita pergi hospital dulu baru hantar kau balik rumah kau boleh?"

"Ha kenapa nak pergi hospital?" Soalan Ahlam dibalas juga dengan soalan.

"Aku dah janji dengan umi aku tapi kalau kau tak boleh tak—"

"Eh boleh boleh." Cepat-cepat Malika memintas kata-katanya. Ahlam hanya mengukir senyum nipis. Beberapa minit kemudian, Harraz pun muncul bersama beg pakaian yang digalas di belakang tubuhnya.

"Mad, drive boleh? Aku penat," pinta Harraz. Ahlam hanya mengangguk setuju. Terus dia mengambil tempat duduk pemandu manakala Harraz masuk ke tempat duduk penumpang di sebelahnya.

Malika duduk di tempat duduk penumpang belakang bersendirian. Setelah berkira-kira mahu duduk di sebelah kiri atau pun kanan, akhirnya dia memilih untuk duduk di tengah-tengah. Diapiti oleh dua jejaka tampan!

Err tarik balik. Disebabkan dia merajuk dengan Ahlam maka Ahlam tak tampan.

"Malika, Ada 300 ringgit?" tiba-tiba Ahlam bertanya. Malika pula membuat muka terpinga-pinga.

Ahlam nak pinjam duit dia ke? Dah kenapa kereta tidak dipandu keluar dari kawasan perkarangan hotel ni lagi.

"Kau nak pinjam ke?" soal Malika polos.

"Takdelah. Saja nak inform saman tak pakai tali pinggang adalah dalam RM300. Takdelah mahal sangat kan?"

Malika mengetap giginya. Geram. Harraz di tempat duduk penumpang hadapan sudah menggelengkan kepala berkali-kali.

Malika terus menarik tali pinggang dan dipakai ke tubuhnya. Ahlam hanya melihat pantulan wajah Malika daripada cermin pandang belakang. Masam betul muka. Hahahaha.

Sepanjang perjalanan Harraz dan Ahlam asyik berbual bersama. Isi perbualan mereka satu pun Malika tidak faham. Mereka ada sebut tentang syarikat, kursus perniagaan dan macam-macam lagi.

ONCE UPON A SCAR [C]Where stories live. Discover now