Aeri memasuki rumah sambil melihat telefon bimbit. Aeri sebenarnya sudah kemaruk dengan wattpad sebab tu asyik berkepit dengan phone je.
Berkerut mukanya membaca buku dan tidak melepaskan pandangan pada telefon. Bunyi televisyen yang hidup itu pon tidak disedarinya.
Aeri menutup pintu. Baru dia perasan. Aik? Aku tak tutup lampu ke bila keluar tadi?
"Dah balik dah aeri?" aeri terkejut. Suara felix yang dalam itu memeranjatkan aeri. Aeri memandang ke arah felix. Senyuman di mulut kian terukir.
"Felix! Sejak bila sampai? Kenapa tak bagitau riri awal-awal!" aeri berlari ke arah felix. Badan jejaka itu dipeluk untuk melepaskan rindu. Felix membalas pelukannya.
Dengan sebelah tangan sahaja.
Aeri tidak perasan akan tingkah laku felix itu.
Tiba-tiba suara gadis kecil memecahkan suasana mereka
"mama!" aeri melepaskan pelukan. Gadis kecil di hadapan di pandang pelik. Kemudian dia memandang felix dgn pandangan 'siapa budak ni?'
"irene. Dia kata dia anak awak" balas felix ringkas
"ehhhh???!!" felix menghelakan nafas apabila melihat reaksi aeri. Surat tadi diberikan pada isterinya.
Aeri tanpa berkata apa-apa terus membaca surat itu. Kepalanya pening setelah membaca. Terlanjue? Bila? Dengan siapa? Aku tak pernah bercinta setahu aku. Ni anak siapa? J.one?
Felix kembali duduk di sofa, diikuti oleh aeri dan irene.
Sebaik sahaj irene hendak duduk, dirinya ditahan oleh aeri.
"irene, nama keluarga irene apa?" soal aeri lembut. Mana tahu irene ni hanya anak kecil yang sesat dan tersalah arah.
"irene tak tahu. Appa tak pernah cakap" berkerut muka aeri.
"nama appa apa?" aeri bersoal siasat dengan irene
"yang irene tahu, nama appa mula dari huruf J" ahh sudah. Tak membantu betul info yang diberikan oleh irene.
Aeri menghembuskan nafas dengan berat. Irene duduk di sofa yang satu lagi memandangkan sofa yang aeri dan felix duduk sudah penuh.
Aeri memandang feli. Felix memberikan tumpuan pada permukaan skrin tv. Langsung tidak melihat isterinya. Majuk sudah abang lix ni.
Baru sahaja aeri nak berkata, felix sudah mencelah.
"ada sesuatu ke awakbelum cerita dekat saya?" felix menyoal. Dia marah dan geram dengan aeri. Jika betullah surat itu benar. Dia marah kerana aeri meninggalkan irene begitu sahaja dan dia geram kerana aeri tidak pernah memberitahu perkara ini pada dirinya.
"tak ade felix. Saya dah ceritakan kisah silam saya semua pada awak. Saya tak pernah bercinta pun sebelum ni." felix menghembuskan nafas buat entah ke berapa kali. Sejak irene muncul sudah banyak kali dia mengeluh.
"kita buat ujian dna nak?" aeri rancang. Felix memandang ke arah aeri.
Dia memandang ke arah tv semula lalu mengangguk.
Aeri hanya tersenyum kecil. Irene yang sedang bermain hujung lengan baju itu dilihat.
Anak siapa awak ni irene?
♡♡♡
Aeri termenung di meja cafe hospital. Dia baru sahaja selesai menghantar sampel air liur dia dan irene pada makmal forensik di sini. Dia hanya perlu menunggu 24 jam sahaja lagi.
Harap semuanya berjalan lancar. Kata aeri di dlm hati.
"aeri okay tak ni?" soal seungmin. Hyunjin yang berada di sebelah seungmin pun risau akan aeri. Makanan di hadapan aeri hanya dibuat main. Tiada langsung tanda-tanda dia menyuapkan makanan itu di dalam mulut.
Aeri tidak menjawab persoalan seungmin. Dia masih lagi termenung.
"aeri, kau dah bagitau felix yang kau mengandung?" kini hyunjin pula bertanya.
Dengan soalan itu, aeri memandang hyunjin lalu menggeleng.
"hey, kenapa ni?" yuna yang berada di sebelah aeri mula berbicara.
"semalam, ada budak kecik nama irene datang rumah aku. Dia kata aku mak dia." aeri menghembuskan nafas dan terus bercerita.
"aku dah hantar dna aku dan dia dkt dahyun. Aku harap dia bukan anak aku"
"sejak budak tu muncul, felix tak layan aku. Dia layan irene je. A-aku tak sempat nak bagitau yg aku mengandung. Dan aku rasa ni bukan masanya"
Rakan-rakan aeri yang berada di meja itu berpandangan sesama mereka. Mata sudah terbeliak.
Aeri yang tertunduk itu dilihat. Secara perlahan air matanya jatuh ke makanan. Dia sedang mengaul nasi itu dan tidak menghiraukan air mata yang jatuh membasahi pipi.
Yuna segera memeluk aeri. Rasa kasihan pada aeri membuak-buak.
Hyunjin dan seungmin hanya mampu melihat aeri dengan pandangan yang sayu.
Ya tuhan, siapa saja mahu merosakkan hidup sahabat ku?
Sudahla, dia cukup menderita pada zaman silam.(。’▽’。)♡
Sape excited nk skolah? HAHAHAHA
![](https://img.wattpad.com/cover/224373589-288-k540961.jpg)
YOU ARE READING
SU | My Queen | Lee Felix
FanfictionMengisahkan tentang min aeri yang merupakan sahabat ketika kecil lee felix yang terpaksa berkahwin dengan jejaka itu. Tetapi pelbagai rahsia akan terbongkar selepas 2 tahun mereka berdua berjaya membina rumah tangga yang utuh. "aku akan jaga kau dan...