026

235 40 2
                                        

Sorry ye readers semuaa.. ㅠㅠㅠㅠ

"dengar cerita jugak, kau pernah jadi pelacur" sambung puan lee.

Aeri memberhentikan pergerakannya. 'kenapa? Kenapa aku dilabel pelacur? Apa salah aku sampai dituduh macam ni?'

"m-mana mummy tau semua ni?" soal aeri

"eh aku tau la, anak aku kan jadi semua benda aku tau pasal dia. Kau tu je bini tak guna. Menyesal aku setuju dengan amanah encik min" puan lee bangun dari kerusi dan mengambil beg tangannya.

Aeri masih berdiam diri di sinki itu. Secara tiba-tiba puan lee menarik rambut aeri dan membawa dia ke meja makan.

Puan lee menumbuk perut aeri sehingga aeri sukar untuk bernafas. Air mata berjurai di pipi. Rasa sakit yang tidak dapat di gambarkan mengalir di seluruh badan.

"DAN AKU PUN TAHU ADA CUCU AKU DALAM NI" kata puan lee sambil memukul aeri.

Wanita berumur itu mengambil rambut aeri sekali lagi

"dan cucu aku tak patut dilahirkan dari rahim perempuan kotor macam kau ni" bisik puan lee di telinga aeri.

Puan lee melepaskan genggaman rambut aeri lalu kebelakang beberapa langkah. Muka beliau jelas menunjukkan betapa dia jijik akan min aeri. Dia segera keluar dari rumah itu dengan tiada sikit pun rasa bersalah atas perbuatannya.

Aeri tercunggap mendapatkan oksigen. Udara disekitar terasa sempit untuk di hirup. Akhirnya aeri pengsan akibat kesukaran bernafas dan tanpa disedari terdapat darah mengalir di celah kelengkang aeri.

♡♡♡

Felix berada di sebuah cafe sedang menunggu hyunjin. Hyunjin kata dia otw. Hmm otw sangat. Janji korea je lebih.

Felix berfikir tentang masalah rumah tangganya. Pening kepala memikirkan hal itu sehingga berkerut-kerut dahi felix. Keluhan demi keluhan dilepaskan.

"tuan felix?" satu suara halus menegur felix. Dia mengalihkan pandangan pada suara itu.

"ohh ryujin" ryujin menunduk sedikit sebagai tanda hormat apabila namanya di sebut.

"tuan okey ke? Dari tadi macam ada masalah je. Kalau ada masalah, tuan boleh cerita dekat saya. Mana tahu saya boleh tolong?" felix memandang ryujin

'patut ke aku bagitau dia? Dia pekerja je. Tapi dia perempuan. Mana tahu dia boleh bagi pendapat kan'

"hmm duduk lah" felix menunjukkan kerusi di hadapannya.

Felix menceritakan seluruh perkara tentang aeri dan dia. Dari mereka berkawan masa kecil sehingga pagi tadi. Dan ye hyunjin masih tak sampai lagi ye gais.

"j-jap tuan, min aeri?" soal ryujin

"yep, min aeri, isteri saya" muka ryujin menjadi cuak.

"kenapa?" felix curiga.

"saya mungkin kenal dia... Sebab saya kenal orang nama min aeri. Tuan boleh tunjuk gambar dia tak?" felix menggangkat keningnya sebelah. Dia menunjukkan wallpaper telefonnya iaitu gambar aeri.

Muka ryujin jadi pucat.

"t-tuan, saya satu sekolah dengan dia masa sekolah menengah.." perlahan sahaja ryujin berkata. Hanya mereka berdua dapat dengar.

"dia selalu buli saya"

(。’▽’。)♡

Sape yang patut di kesiankan
sape yang patut di marahkan?

Pendapat korang?

No proofread

SU | My Queen | Lee Felix Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang