039

226 35 19
                                    

"hyunjin..." hyunjin mencari-cari arah suara itu. Di sekelilingnya terdapat tasik dan tumbuhan yang cantik. Dia merasakan dirinya berada di sebuah taman.

"jin..." hyunjin berpusing kebelakang. Terdapat seorang pemuda yang berwajah tupai di hadapannya.

"Peter?!" hyunjin menggoncang bahu pemuda itu.

"berapa kali aku nak cakap! Panggil aku jisung!" pemuda itu menolak badan hyunjin.

"eh tapi kenapa muka kau lain eh? Kau nampak macam pucat je? And kau sekarang duduk mana? Tak dengar khabar pun." jisung memandang pergelangan tangannya. Soalan hyunjin itu dibiarkan tergantung.

"aeri hilang lagi kan?" jisung membalas soalan hyunjin dengan soalan.

"macam mana kau tahu?" hyunjin terkejut dengan soalan jisung.

"heyy tgoklah ni sapaaa! Ni han jisung lahh!" hyunjin membuat muka menyampah

"aku tau dia dekat mana" terbeliak mata hyunjin mendengar kata-kata jisung.

"wooo kau datang entah dari mana tetiba tau aeri kat mana. Kau ni ada guna ilmu hitam ke ape ehh?!" jisung tergelak dengan penyataan hyunjin. Tetapi tawanya hanya seketika.

"bawah tanah, Kilang Kayu Hamin, Seoul" jisung kata sambil memandang tepat mata hyunjin.

"a-apa?" Hyunjin terkedu apabila jisung secara tiba-tiba mendekati mukanya.

"cari bukti. Blog sekolah, irene, yuna, ryujin, seungmin, kelab mixtape#5, kemalangan ayah felix, pemandu lori, mafia. Kalau kau nak felix dan aeri selamat, sediakan bantuan yang ramai dan pastikan kau cepat. Ingat.. Jangan percaya sesiapa" jisung berbisik pada telinga hyunjin.

Jisung kebelakang dan tersenyum pada hyunjin.

"jangan cari aku tau" senyuman jisung masih tidak jatuh dari bibir. Tangannya mencapai tangan hyunjin.

"k-kenap-"

"aku dah takde hyunjin..." hyunjin menyegetkan kepalanya tanda keliru dengan jawapan jisung.

Jisung tersenyum kecil. "aku dah putuskan untuk keluar daripada neraka mak bapak aku" jisung mengangkat lengannya dan ditunjukkan kepada hyunjin.

Hyunjin memegang lengan sahabatnya.

Air matanya jatuh satu persatu di atas lengan jisung. Parut yang terdapat pada tangan jisung jelas menyatakan betapa peritnya hidup yang jisung lalui.

Hyunjin jatuh ke tanah. Air matanya tidak dapat berhenti.

"jin.."  jisung menggosok belakang hyunjin.

"a-aku tak dapat jumpa kau buat kali terakhir. Aku tak dapat berada dengan kau masa kau tengah bergelut dengan seksaan mak bapak kau. Aku tak ada masa kau menangis. Aku tak ada  disamping kau masa kau takut nak jumpa mak bapak kau. Aku tak balas jasa-jasa kau. Aku tak ada.. Aku... Aku seorang sahabat yang paling kejam sung! Aku hwang hyunjin! Marahlah aku sung!  Pukul aku!" hyunjin menggoncang tubuh jisung sekuat hatinya. Tangisannya masih teresak-esak

Ppak!

Hyunjin terkedu. Pipinya dipegang. Dia melihat kearah han jisung. Air mata jisung mengalir deras. Melihat keadaan jisung, air mata hyunjin turut gugur. Jisung memegang kolar baju hyunjin.

"sapa kata kau tak ada dengan aku?! Engkau! Engkaulah yang sanggup dengar luahan aku! Engkau yang tolong aku lari daripada neraka mak bapak aku walaupun sekejap! Balas jasa? Tch. Aku taknak la kau balas jasa aku! Aku dah anggap kau macam abang aku! Engkau orang yang paling aku hargai! Engkaulah cahaya hidup aku! Engkau sebab aku bertahan! Engkau... Engkau hyunjin...."  kata-kata han jisung tidak dapat disambung kerana tangisannya. Dia memeluk hyunjin sekuat hati.

"engkau sahabat aku dunia akhirat"

"i'm sorry"

Hyunjin terbangun dari tidurnya. Matanya terbeliak. Dia memegang pipinya. Telapak tangan yang basah itu ditenung.

Dia mengenggamkan tangannya. Air matanya jatuh perlahan-lahan tanpa dia sedar. Senyuman terukir dibibirnya.

"Han Jisung"





















Don't cry sam.



(。’▽’。)♡

Nak sad ending ke happy ending?

SU | My Queen | Lee Felix Where stories live. Discover now