041

218 43 12
                                    

Jam menunjukkan 7:30. Lino memandu dengan laju ke Kilang Kayu Hamin. Maklumat yang dia baru dapat sebentar tadi amat mengejutkan. Dia harus memberitahu tuannya, Bangchan dengan segera. Sejak dari tadi dia cuba untuk menghubungi telefon tuannya, tetapi panggilannya tidak diangkat. Ini membuatkan hati lino bertambah risau.

Setibanya di tempat parkir, dia segera memberhentikan keretanya dan berlari mendapatkan tuannya. Akan tetapi lino sudah terlambat. Di dalam bilik itu hanya terdapat tuan dan rakannya sudah terbaring di atas lantai. Manakala tebusan mereka berjaya melarikan diri.

Lino melihat keadaan itu dengan riak yang terkejut. Dia menumbuk pintu bilik itu dengan kuat sehingga terdapat kesan tumbukan pada pintu itu. Tangannya kelihat calar sedikit akibat tumbukan itu.

"lambat! Lambat sangat lino!" dia memarahi dirinya sendiri atas segala yang berlaku.

Rambutnya ditolak kebelakang. Dia mencapai telefon dan meminta irang bawahannya untuk menghantar bangchan dan rakannya ke hospital peribadi.


Maaf, tuan. Saya terlambat.

♡♡♡

Hyunjin mengambil kunci kereta milik changbin. Changbin yang sudah bersedia di dalam kereta hanya menunggu hyunjin memakai kasutnya. Hyunjin beritahu changbin bahawa aeri dan felix mungkin berada di Kilang Kayu Hamin. Apabila changbin bertanya dari mana hyunjin mengetahui semua itu, hyunjin akan senyap dan tisak berkata apa-apa.

Changbin hanya menuruti segala tindakan hyunjin kerana pada saat ini, kita perlu cuba segala idea walaupun idea itu keluar daripada otak hyunjin yang kecik.

Mereka bertolak pada pukul 10 pagi. Hyunjin tidak menghubungi polis kerana tiada bukti yang kukuh bahawa mereka berada di kilang itu.

Mereka berdua datang kesitu untuk mencari bukti dan memastikan bahawa aeri dan felix berada di situ.

Mereka menuju ke bilik bawah tanah dengan berhati-hati. Changbin merasakan sesuatu yang aneh.

"weyh, asal senyap sangat dekat sini?" changbin bertanya.

Hyunjin menelan air liurnya. Dia membiarkan pertanyaan changbin itu berlalu bagai angin. Hyunjin terus menapak turun hingga ke pintu yang pertama.

Kosong.

Kedua.

Kosong.

Ketiga.

Kosong.

Terakhir.

Sedang hyunjin hendak memulas tombol pintu terakhir, telefonnya berdering.

Terpapar nama felix di nama pemanggil.

Changbin melihat telefon hyunjin kemudian melihat muka hyunjin. Mereka memaparkan riak wajah yang sama. Terkedu.

Tanpa berlengah masa hyunjin mengangkat panggil itu dan membuka pembesar suara.

"hello?" hyunjin memulakan bicara.

"oi hyunjin. Kau dekat mana?"

"felix!? Kau betul felix?! Weyh kau pergi mana selama ni?!!!" hyunjin menjerit pada telefon itu.

"aku akan cerita. Jom jumpa dekat cafe biasa" cadang felix.

"okey" hyunjin meletakkan panggilan.

"aku tak ikut kau, asalkan boss aku dah balik sudah." changbin berlalu pergi ke keretanya.

Habis, jisung bagitau aku semua ni untuk apa?

Hyunjin memandang banggunan kilang itu untuk kali terakhir.

♡♡♡

Lino berada di sisi katil bangchan. Dia memandang  keluar tingkap untuk melapangkan fikiran dan dadanya.

Dia terdengar esakan kecil dari katil tuannya. Bangchan yang baru sedar itu cuba untuk duduk tetapi di halang oleh lino. Bangchan hanya menuruti sahaja.

"tuan" lino berkata.

Bangchan memandang lino sebagai tanda untuk lino terus bercakap.

"saya dapat maklumat rahsia pasal aeri"

"ape dia?" bangchan menghirup air mineral yang berada di tepi katilnya.

"aeri..." lino teragak-agak untuk memberi tahu maklumat ini kerana bangchan baru sahaja sedar dari pengsan.

Bangchan memandang lino dengan pelik.

Lino menghembus nafas dan berkata.

"aeri ialah assasin..."

Mata bangchan terbeliak.

"bawah group mafia BigHit" sambung lino.

(。’▽’。)♡

Hahahaha plot twist 😂

Btw, author menang update lambat mcm seminggu satu chap sbb phone author rosak. Author mintak maaf sangat ii 😭

SU | My Queen | Lee Felix Where stories live. Discover now