Klak
Bunyi pintu besi terbuka itu menyebabkan min aeri terbangun. Pandangan yang kabur semakin pulih dan dia dapat melihat sesesorang di bucu katil.
Lelaki itu memakai topeng tupai, ianya menyukarkan aeri untuk mengetahui identiti lelaki itu.
Aeri memeriksa keadaan sekeliling. Gelap. Hanya cahaya dari tingkap kecil sahaja untuk menerangi bilik itu. Dia juga baru perasan bahawa dia tidak berada di hospital dan tangannya digari pada tiang katil.
"kau ni sape?" soal aeri pada lelaki bertopeng itu.
Lelaki bertopeng itu mengeluarkan perakam suara. Kedengaran suara yang telah diedit keluar dari perakam itu.
"hai min aeri, mesti kau tak ingat siapa j.one kan? Mestilah sebab aku dah suruh orang hilangkan ingatan kau masa kau lari dari rumah. Tak percaya? Cuba kau ceritakan secara detail sebelum kau sambung belajar apa jadi? Kau kerja ape? Kau jumpa siapa? Kau tak ingat kan?"
Aeri cuba menyatakan kerja sambilannya. Lidahnya kelu. Memori yang hanya dia ingat hanyalah hari pertama dia berada di seoul universiti. Kenangan sebelum itu dia hanya ingat dia berusaha keras dan bekerja. Tetapi dia kerja apa?
Lelaki bertopeng itu menekan butang pada perakam itu lagi.
"haduh kenapa lah kau boleh mengandung ni? Tak bagus lah untuk bisnes aku. Nasib orang tua tu dah gugurkan kau, tak perlulah aku tunggu 9 bulan untuk dapatkan kau." suara itu berhenti seketika.
"bisnes?" aeri menyoal.
"kalau kau tertanya ape bisnes aku, untuk maklumat kau, aku ni pembekal. Pembekal segala jenis lah, senjata, dadah, perempuan, organ dan sebagainya. Ala, kalau orang biasa panggil black market. Aku adalah ketuanya. Kau boleh katakan aku ni ketua mafia"
Aeri semakin keliru. Balck market? Mafia?
"dalam masa seminggu kau kene duduk sini untuk bagi kau pulih dulu, kalau ikutkan nak je aku jual kau sekarang tapi customer aku nak kau pulih dulu, aku tak leh nak kata apa"
Kenapa? Persoalan itu sahaja yang berada di minda aeri.
Kenapa dia perlu dijual? Apa salah dia?
"tapi kenapa? Ape yang aku dah buat?"
Lelaki bertopeng itu menekan perakam itu sekali lagi.
"oh kalau kau tanya kenapa? Ini semua sebab bapak kau! Masa hari kemalangan tu berlaku dia bawak lari dadah bapak . Bapak kau datang melutut nak pinjam duit. Jadi bapak aku offer, kalau dia bawak dadah ni hantar dekat incheon dia tak perlu bayar bunga untuk pinjaman. Tapi ape yang bapak kau buat? Dia letak dadah tu semua dekat lori tu."
Aeri diamkan diri. Pada masa kemalangan itu aeri pengsan akibat menangis terlalu kuat dan darah yang keluar mengalir dari lehernya.
"lepas je dapat tahu bapak kau terlibat dalam kemalangan tu dan polis jumpa dadah bapak aku. Bapak aku terus cari dia sebab jumlah dia dah behutang adalah 10 juta. Tapi tak jumpa. Jadi bapak aku pun target mak kau untuk bayar hutang tu."
"kitaorang paksa dia bekerja sebagai pelacur untuk bayar balik hutang tu. Dan pada hari mak kau meninggal sebab AIDS bapak aku dapat tahu orang tua min tu ada anak perempuan. Memandangkan hutang keluarga kau belum langsai lagi bapak aku nak kau sambung bayar hutang ni."
"sekarang aku dah ambik alih bisnes ni, giliran aku pulak untuk uruskan keluarga min."
"gudluck, semoga kau dapat langsaikan hutang bapak kau ye, jangan nakal-nakal baby! Hehehe"
Aeri berasa kosong. Nak menangis? Sudahlah. Tiada guna dia habiskan air matanya sebab ayahnya. Dia sudah lali dengan semua ini.
The old aeri is back
(。’▽’。)♡
Author tak de idea ni 😂
YOU ARE READING
SU | My Queen | Lee Felix
FanfictionMengisahkan tentang min aeri yang merupakan sahabat ketika kecil lee felix yang terpaksa berkahwin dengan jejaka itu. Tetapi pelbagai rahsia akan terbongkar selepas 2 tahun mereka berdua berjaya membina rumah tangga yang utuh. "aku akan jaga kau dan...