5 minggu berlalu dan beomgyu sudah keluar dari hospital. Lagipun, kecederaan dia taklah teruk sangat. Omma pulak masih terlantar di hospital.. masih lemah. Sudah 5 minggu juga aku ambil cuti untuk menjaga omma. Minggu ini giliran oppa pula yang menjaga omma. Aku pun masih perlu ke sekolah. Uniform sekolah yang sudah 5 minggu tak terusik itu aku keluarkan lalu sarungkan di badan. Langkah kaki aku atur ke meja makan. Sunyi saja meja makan hari ini. Tiada teguran dari omma, appa dan oppa lagi... apron aku capai. Peti sejuk aku lihat. Ada sebekas kimchi dan beberapa daging, seaweed dan jeruk. Sarapan style simple korea aku pilih. Kimchi aku ambil sedikit lalu memotongnya. Jeruk juga aku kotak. Daging aku panggang hingga coklat keemasan. Nasi yang aku masak tadi di kaut ke dalam mangkuk bersaiz kecil. Seaweed juga aku patah patahkan kepada beberapa keping. Selesai sarapan, beg sekolah dan kunci rumah aku ambil lalu menuju ke pintu. Kasut disarungkan ke kaki. Pintu dikunci. Langkah diatur ke arah sekolah sambil mendengar lagu melalui airpod.
------------------------------
"Hai min-ah.." kata hanmin, seorang lelaki sekelas aku. Kami sekarang berada di bilik loker pelajar.
"Mmm.." jawab aku. Bukan sombong atau apa, cuma terlalu rimas dia selali menegur dan masuk campur dalam urusan peribadiku. Muka memang hensem. Nak kata tak popular tak juga.
Hanmin=
Lelaki ini menjadi pujaan semua wanita di sekolah ini. Tapi satu aspek yang membuat aku pandang rendah terhadap jejaka ini. Dia banyak masalah disiplin. Juga tidak berapa aktif dalam akademik. Hanya aktif di bidang kokurikulum.
"Min-ah, jom rehat sesama nanti." Kata hanmin.
"Takpa." Jawab aku.
"Kenapa? Ohh.. sebab kau nak rehat dengan kawan kau yang tah pape tu?" Tanya hanmin dengan senyuman sinis.
"Eh, apa masalah kau ni hah? Suka sangat sibuk hal aku. Kalau aku kata takpa tu takpa lah. And one more, kawan aku tu limited edition. Bukan macam kawan fake yang datang bila perlu je." Kata aku lalu menutup loker. Atau lebih tepat menghempas loker itu.
"Ehh... lek lahh... apsal nak hentak loker ni? Ha sayang?" Kata hanmin menarik tangan aku.
"Kau tepi lah! Jijik!" Kata aku lalu menarik tangan aku.
"Jijik huh? Jijik pun kau akan suka aku juga lah sayang..." kata hanmin lalu menarik aku sehingga aku bersandar di loker manakala hanmin pula di hadapan aku cuba merapati jarak muka kami.
"Ih! Apa ni!" Kata aku lalu menolak hanmin sedaya upaya. Tapi tidak berdaya. Dia kan atlet di sekolah. Walaupun dengan kekuatan aku, tak boleh malawan kekuatan lelaki dia. Kalau orang lain senang je aku smackdown... tapi kalau dia tak boleh... otot dia pun sudah terlalu menonjol.
"Hei!" Jerit suara yang aku pasti taehyun.
Tumbukan terkena tepat pada tulang pipi hanmin. Hanmin tersungkur di lantai.
"Kau okay?" Tanya taehyun pada aku.
"Aku okay."
"Dia sentuh kau?" Tanya taehyun.
"N--, taehyun!!" Kata aku. Tapi belum sempat aku menolak taehyun dari ditumbuk oleh hanmin yang berang itu, dia sudah terkena dahulu. Maka dengan itu, terlemparlah taehyun ke lantai.
"Heh, apa jadi ni?" Tanya beomgyu yang baru tiba dengan soobin, areum dan huening.
"Taehyun, kau okay?" Tanya huening.
"Min-ah... kenapa?" Tanya areum.
"Huh... lemah. I will come again babe." Kata hanmin lalu pergi. Aku masih terkaku melihat taehyun cedera dengan teruk kerana aku.
"Eh kau jantan galah! Kau mari sini! Ihh... betullah... kalau aku dapat dia nii... memang aku--" rungut areum tapi dipotong oleh soobin.
"Dahlah... aku takut keluar lagi psycho kau tu... sekarang kita bawa taehyun pergi nurse room." Kata soobin.
"Yelah yelah." Kata areum. Beomgyu pun mendukung taehyun.
---------------
"Weh min-ah! Asal taknak cakap apa apa? Cerita lah apa jadi!" Kata areum.
"Min-ahhh!" Kata soobin pula.
"Weh min-ah, kalau kau tak cerita sekarang aku buang taehyun ni pergi longkang." Kata beomgyu yang masih mendukung taehyun sambil berlakon seperti hendak mencampaknya ke longkang.
"Ehhh... jangan lahhh! Korang ni bila lah akan jadi serius? Taehyun tengah sakit pun boleh main main?" Kata aku.
"Entah... diri aku taknak jadi serius... apa aku boleh buat?" Kata areum.
"Whatever... nanti aku cerita." Kata aku.
"Weh korang, tenaga kelelakian aku dan habis lah nak mengangkat taehyun ni. Dia ni dahlah berat sebab badan dia sado. Siapa nak ganti?" Tanya beomgyu.
"Meh bagi aku. Apelah... lembik macam pudding betul." Kata heuning. Beomgyu pun perlahan lahan memberi kan taehyun kepada huening. Baru satu saat taehyun berpindah ke tangan hueningkai, dia dah merungut. "Weh... berat sia... tolong tolong.. takleh nafass... ambil dia.." kata huening.
"Taupun." Kata beomgyu.
"Kau curi ambil kereta sorong pakcik kebun tu." Arah soobin.
"Siapa?" Tanya areum.
"Kau lah ongok.. kau kan memang suka bab bab mencuri ni." Kata soobin.
"Eeee... aku siku jugak kang pala kau tu." Kata areum lali menuju ke arah kereta sorong itu sambil memandang sekeliling.
"Berjaya! Seperti biasa, areum berjaya sekali lagi melakukan penculikan." Kata beomgyu.
"Tengok lah siapa." Kata areum.
#abaikantypo
Ye ye.. saya tahu ini bukan masa yang sesuai nak tutup cerita but it's okay lah
YOU ARE READING
(✔)It's Fate (Taehyun-TXT);malay°
Teen Fiction‼️⚠️ CRINGE WRITING ⚠️‼️ Bermula dari persahabatan zaman muda, hingga akhirnya ditemukan semula di sekolah menengah. Kehidupan bahagia bersama dengan rakannya amat dihargai. Namun... Kehadiran seseorang mengubah gula kepada garam. Dan hadir seseoran...