Maaf, sebab lama tak update.
Ada yang masih menunggu?
So, here we go!
+++
Setelah dua hari kejadian yang tak disengajakan itu, kehidupannya tidak berapa terurus kerana perasaan yang takut dan risau membaluti tebal pada jiwanya. Haera tidak tahu apa ingin di jawab pada Seokjin nanti.
Haera berharap yang tidak ada satu perkara diingini berlaku. Haera terus mengambil telefonnya lalu nombor si Jeon Jungkook didail. Dia tidak mahu curang, tetapi dia tak ada seorang pun di sisi untuk meluahkan perasaan.
Hanya Jungkook sahaja yang ada untuk meluahkan perasaan yang agak sakit dengan mendalam ini. Keluhan dilepaskan lalu dia menelefon lelaki itu. Tidak mengapa, Seokjin masih tak ada di rumahnya.
" Hello? " Jungkook memulakan.
" Jungkook, boleh kita berjumpa? " Soal Haera.
" Di mana? Rumah kau? " Soalnya.
" Ikut suka hatilah asalkan aku nak jumpa kau juga. " Balas Haera seakan dia terdesak. Matanya memberat bila air mata mula bertakung dan seakan perasaanya tidak menentu sekarang. Haera menunggu balasan dari lelaki itu.
" Tak apalah, kau duduk di rumah kau dan biar aku datang bawakan kau makanan. Aku tau kau tak makan lagi tengahari ni. Annyeong! " Ujarnya lalu panggilan ditamatkan. Haera segera meletakkan telefonnya.
" Perangai Jungkook sama seperti Seokjin dan dia buat aku makin rindu dengannya. " Ujar Haera, serta merta air matanya yang bergenang di tubir matanya tadi mengalir perlahan bagai hujan lebat. Satu sahaja perasaannya sekarang - takut.
-
" Terima kasih pinjamkan telinga kau untuk dengar masalah aku. " Ujar Haera membuatkan Jungkook segera tersenyum manis. Kopi buatan Haera disisip perlahan. Matanya tidak lepas memandang ke arah Haera.
" Tak ada apalah lagipun memang aku suka beri bahu aku pada semua orang termasuk kau. " Ujar Jungkook pula. Haera hanya tersenyum manis. Jungkook perasan akan mata Haera merah seperti baru menangis.
" Kau menangis? " Soal Jungkook.
Haera dengan segera menggeleng.
" Jangan sorokkan apa-apalah dari aku. Mata kau merah dan sembap tau. Aku tahu kau menangis. Jangan risau, okay? Aku ada di sisi kau. " Jungkook masih lagi tersenyum dan fikirannya melayang tentang seorang lelaki yang agak curiga di hadapan rumahnya ㅡ sebelum dia datang ke sini.
" Perasaan aku tak menentu jadi tak usahlah kau risau. Aku tahu untuk jaga diri aku. " Ujar Haera. Jungkook mengangguk dan mukanya mula jadi serius memandangnya.
" Haera, boleh aku tanya sesuatu? " Soal Jungkook.
Haera mengangkat kening.
" Tadi, masa aku nak pergi rumah kau... aku nampak ada seorang lelaki ni depan rumah aku pakai mask, topi dan jaket kulit hitam. Dia macam aku pernah sebelum ni. Masa aku mabuk dua hari lepas. " Ujar Jungkook. Serta merta Haera tersedak mendengarnya.
" Lelaki tu, " Bicara Haera terhenti lalu matanya membuntang luas. " Dia juga yang aku lihat sebelum pengsan sebab ubat busuk tekup pada muka aku hari tu. " Sambungnya.
" Haera, situasi aku dan kau sama. " Ujar Jungkook serius.
To Be Continued.
Dah macam detective pulak cerita mengarut ni.
Nanti kita adakan sweet moments antara Haera dan Jungkook.
Anggaran 25 chapters, fanfiction ini akan tamat.
Do votes and comments.
Thanks, sweeties ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...