17 • Where

478 70 2
                                    

" Haera, " Seokjin memeluknya dari belakang membuatkan Haera terkejut dengan tindakannya. Dia tak bersuara dan tidak mahu melayannya. " Maaf. " Seokjin memerhati tindakan Haera.

Haera tidak menjawab. Sup kimchi yang diletakkan dalam mangkuk tadi dipegang dengan hati-hati. Dia cuba melepaskan tangan Seokjin itu lalu menghampiri meja makan.

" Saya dah makan jadi awak makan seorang untuk hari ni. " Apron merah kepunyaannya dibuka lalu disidai di kerusi sebelum dia melangkah untuk naik ke bilik. Kring! Kring! Langkah Haera terhenti apabila telefon Seokjin berdering.

" Yeoboseyo? " Soal Seokjin.

" Hyung, saranghae, " Ujar Jungkook dari dalam talian dengan suara lemah tidak bermaya. Seokjin semakin risau apabila suaranya makin menghilang. " Kook nak jumpa omma. "

" Jungkook, jangan buat apa-apa. Kau kat mana? " Soal Seokjin tetapi tiada apa-apa balasan dari Jungkook selepas itu. Pap! Bunyi telefon jatuh di atas lantai mengejutkan Seokjin.

" Jungkook! " Jerit Seokjin lalu dia terus bangkit dari kerusi lalu kunci kereta diambil. Seokjin memandang Haera sekilas lalu menarik lengannya keluar dari rumah.

-

" Awak tahu rumah Jungkook dekat mana? " Soal Seokjin.

" Saya tak tahu. " Jawab Haera. Dia memandang ke hadapan dan tertanya keadaan Jungkook. Jungkook masih lagi sakit dan diberi perhatian. Dia risau jika perkara buruk berlaku.

Seokjin mengetuk stereng kereta mengejutkan Haera di sebelah. Dia memberhentikan kereta dan sudah hampir jam 11:00 tidak menjumpai Jungkook.

Dia merehatkan kepalanya di atas stereng kereta. Haera hanya menatap Seokjin yang mungkin risau dengan keadaan Jungkook. Seokjin ingin saja menjerit tetapi niatnya terbatal bila Haera berada di sebelah.

" Saya takut kalau apa-apa jadi pada dia. " Ujar Seokjin. Haera mrmgambil telefon Seokjin lalu membuka lokasi di mana Jungkook berada. Lokasi di dalam telefon Jungkook terbuka.

" Location Jungkook dalam telefon terbuka. Awak ikut saja. " Ujar Haera. Seokjin mengangkat kepalanya lalu telefon dari tangannya diambil. Dia terus menekan enjin kereta dengan laju.

-

Knock! Knock!

Seokjin mengetuk pintu tetapi tak ada siapa yang membuka. " Jungkook, awak ada di dalam? " Soal Haera. Dia mengetuk pintu sekali lagi tetapi tak ada juga yang menjawab.

" Haera, pintu tak berkunci. " Ujar Seokjin. Dia membuka pintu dengan perlahan-lahan lalu masuk ke dalam rumah. Rumahnya gelap, sukar untuk melihat. Lampu dibuka tetapi tiada siapa di situ.

Seokjin dan Haera naik ke tingkat satu di mana bilik Jungkook berada. Mereka membuka pintu biliknya dan lampu dibuka. Matanya membulat apabika melihat biliknya bersepah.

" Jungkook. " Seokjin berlari ke arah Jungkook yang sudah terbaring lemah tidak sedarkan diri. Muka yang pucat dan darah kering melekat di kepala. " Jungkook, bangun. " Nadinya dirasa.

Lemah.

Seokjin mengangkat Jungkook lalu membawanya ke bawah. Haera hanya mengikuti Seokjin dari belakang. Air matanya serta merta mengalir bila melihat keadaan Jungkook. Dia harap tiada apa yang berlaku.

To Be Continued

Malam ni, inshaAllah ada update.

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now