Dua minggu kemudian,
Sudah dua minggu setelah kejadian tersebut, Jungkook disahkan koma di hospital besar Seoul akibat kuman di bahagian kepala dan bengkak kerana Jungkook menghentak kepalanya itu.
Haera berada di sisi Jungkook dan menggenggam tangannya. Seokjin di tempat kerja masih berkerja dan tak ada masa untuk melawat adiknya itu. Kadang-kadang, dia seperti mengelak dirinya untuk melawat.
Pintu wad dibuka. Seokjin berjalan masuk ke dalam dan terhenti apabila melihat tangan Jungkook digenggam Haera. Dia menghampiri Haera dan Jungkook.
Baru sahaja dia mahu melepaskan tangannya, Seokjin menahan tangan Haera dan Jungkook. Bibirnya terukir senyuman manis sebelum menoleh ke arah Jungkook yang masih tak sedar.
" Jungkook macam mana? " Seokjin menyoal. Haera menggeleng tak tahu dan keadaannya masih sama. Baring dan tidak membuka mata. Dia duduk di sisi katil dan wajah Jungkook itu dipandang.
" Huh, " Suara Jungkook berbunyi menyentakkan Haera dan Seokjin di situ. Seokjin lantas menekan butang merah memanggil para doktor untuk melihat keadaan Jungkook. Matanya terbuka dan memandang siling putih.
" Jungkook? " Suaranya itu buatkan Jungkook memandangnya. Haera juga dipandang. Kedengaran pintu wad itu dibuka dan doktor Park masuk dalam wad tersebut. Doktor Park memerhati Jungkook.
" Jungkook, gwenchana? " Haera menyoal.
" Kau berdua siapa? " Soalnya.
" Jungkook-ah, " Seokjin seakan tak percaya apa yang dia dengar dan apa yang dia lihat. Seokjin bangkit dan tak sengaja rebah tidak sedarkan diri dan doktor Park sempat menangkapnya.
-
" Kenapa awak tak bagitahu yang Seokjin sakit?! " Namjoon menunduk apabila Haera sedang marah dan juga menengkingnya. Air mata Haera tidak berhenti mengalir kerana dapat tahu Seokjin sakit.
" Kenapa awak sorokkan daripada saya yang dia sakit?! Tunggu dia mati dulu baru bagitahu! " Semakin naik amarahnya apabila Namjoon diam tak berkutik tanpa menjawab soalan. Namjoon tidak berani untuk melihat Haera ketika ini.
" Maaf, Seokjin hyung yang suruh rahsiakan. " Balas Namjoon dengan nada yang perlahan. Haera terduduk menyentakkan Namjoon. Namjoon tahu Haera tak dapat terima Seokjin dalam keadaan sakit.
" Sebenarnya cik Haera, Seokjin dah lama menghidapi barah otak dan kini dia telah naik ke tahap 3. Ikutkan saya memang nak buat pembedahan tetapi Seokjin tak benarkan. Saya harap cik Haera bertabah dengan ujian seberat ni. " Kata-kata doktor Park memang sangat menyakitkan hati.
Lagi sakit apabila orang yang dia sayang sakit. Jungkook koma dan dia sekarang amnesia manakala Seokjin menghidapi barah otak tahap kritikal iaitu tahap 3. Haera dengan lemahnya masuk ke dalam wad Seokjin.
Seokjin menoleh ke arah Haera dan tersenyum nipis. Haera mengenggam tangan Seokjin dan menangis. " Maaf sebab buat awak macam ni tapi saya tak nak awak risau. " Ujar Seokjin.
" Awak memang dah tak sayangkan saya sebab tu awak sorokkan perkara ni dari saya. Awak memang jahat, kan Seokjin? " Soal Haera.
" Saya sayangkan awak, " Balasnya. Seokjin bangkit dari pembaringannya dan duduk menghadap Haera. " Awak tahu walaupun saya sakit tapi sayang saya terhadap awak tak pernah pudar tau. Percayalah, saya nak masa masih ada ni untuk spend time dengan awak dan Jungkook. "
Haera tidak membalas sebaliknya dia menangis. Seokjin tersenyum lalu menarik Haera ke dakapannya. Haera berharap yang dia akan bahagia bila bersama Seokjin tetapi sebaliknya tak.
Namjoon mencuri perbualan Haera dan Seokjin. Dia menunduk sedih lalu keluar daripada wad tersebut. Seokjin membelai rambut Haera lembut.
To Be Continued
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
Fiksi PenggemarJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...