Prang! Haera terkejut lalu bangun dari pembaringannya. Pintu dengan perlahan dikuak dan turun di tingkat bawah. Bunyinya datang dari dapur. Langkahnya diatur menuju ke dapur.
" Jungkook! " Haera menghampiri Jungkook yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Kepalanya itu berdarah dengan teruk. Kaca-kaca di merata tempat. Haera menoleh ke belakang.
Pintu dapur terbuka oleh seseorang membuatkan dia hairan. Haera terus menerus menggoncang badannya itu untuk bangun tetapi dia tidak berikan sebarang respons.
Haera dengan terpaksa memapah Jungkook dan dengan perlahan jalan ke arah dapur. Tetapi langkahnya itu terhenti apabila pintu utama terbuka dari luar. Haera terkaku dan dalam masa yang sama dia takut.
" Haera? " Seokjin di depan pintu dengan beg bajunya memandangnya terkejut. Dia memandang Jungkook yang sudah tidak sedarkan diri dan kepalanya berdarah.
" A-awak? " Haera tidak tahu untuk memberitahu perkara sebenar dalam masa sebegini. Seokjin menghampiri Jungkook lalu memapahnya. Dia terus keluar daripada rumah.
" Ikut saya cepat. " Arahnya dengan suara dingin. Haera akur lalu jalan di belakang Seokjin. Seokjin masukkkan Jungkook di dalam kereta di bahagian belakang. Haera dengan janggal terus masuk ke dalam kereta.
-
" Macam mana lelaki tu ada dalam rumah? " Soal Seokjin tanpa pandang Haera di sebelahnya. Haera bermain dengan jarinya tanpa menjawab apa yang ditanya. Sumpah, dia gerun bila Seokjin menjadi dingin.
" Kim Haera, saya tanya, " Kali ini, Seokjin menoleh memandang Haera dengan pandangan tajam. " Macam mana lelaki tu boleh ada di rumah? " Soal Seokjin lagi. Haera masih tidak menjawab.
" B-bukan sekarang kita nak cakap tentang ni. " Haera bersuara.
" Kenapa bukan sekarang? Dalam beberapa minggu saya tinggal awak semata-mata untuk kerja, senangnya awak bawa lelaki ke rumah. " Seokjin meninggikan suaranya.
" A-awak salah faham. " Ujar Haera. Dia tidak sanggup untuk memandang Seokjin untuk sekarang. Seokjin tidak bersuara lagi lalu memandang depan. Seokjin menilik jam di tangannya.
Dalam beberapa minit, doktor yang merawat Jungkook keluar dari ward. Seokjin dan Haera berdiri di hadapan doktor tersebut. Kelihatan nama pada tag emas tersebut.
Dr. Park Suyeon.
" Macam mana dengan keadaan dia, doktor? " Soal Haera. Seokjin menoleh ke arah Haera dengan tajam sebelum menoleh ke arah doktor Park. Seokjin juga ingin tahu bagaimana keadaan adiknya sendiri.
" Kami dapati ada serpihan kaca di kepalanya yang hampir tertusuk pada otak di bahagian penting dan dengan itu pihak kami terpaksa menjalankan pembedahan membuang kaca. Kalau encik dan puan, setuju? " Soal doktor Park.
Seokjin tersentak lalu memegang kepalanya berdenyut secara tiba-tiba membuatkan dia hampir tumbang itu tapi Haera dan doktor Park sempat menahannya.
" Encik okay? " Soal doktor Park.
" S-saya okay. Doktor, s-saya setuju untuk jalankan pembedahan untuk dia. " Ujar Seokjin masih memegang kepalanya yang berdenyut dan rasa mual terasa tetapi dia menahannya.
" Baiklah, ikut saya. " Arah doktor.
To Be Continued
Double update.
Malam ni ada update lagi. Stay tuned! ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...