26 • Stage 4

401 58 0
                                    

" Barah otaknya sudah meningkat ke tahap kritikal iaitu tahap 4. Encik Seokjin terpaksa ditahan di sini untuk pemerhatian rapi. Saya minta maaf. " Ujar Doktor Park.

" Berapa lama lagi tempohnya untuk bertahan? " Soal Haera. Haera punyai sesuatu yang akan diberikan Seokjin dan Jungkook. Hatinya menjadi huru-hara apabila melihat keadaan Seokjin yang semakin merisaukan.

" Mengikut jangkaan, dia bertahan dalam sebulan lebih lagi. " Balasnya. Haera mengangguk lalu terima kasih diucapkan.

Namjoon menghempas dirinya di atas kerusi dan menutup mukanya itu untuk meluahkan perasaannya yang sudah lama ditahan. Haera menoleh ke arah Namjoon dan menghampiri dia.

Kedengaran Namjoon menangis di sebalik tangannya. Haera agak hairan tetapi dia mengendahkannya. Haera duduk di sebelahnya membuatkan Namjoon mengelap air matanya itu. Matanya merah akibat menangis.

" Boleh nak tanya awak sesuatu? " Soal Haera.

" Boleh, Cik Haera nak tanya apa? " Balas Namjoon dengan soalan.

" Seokjin penting ke dalam hidup awak? " Soal Haera. Namjoon hanya menangguk dan cuba menahan diri daripada menangis. Dia mengangguk perlahan.

" Seokjin hyung sangat penting dan saya sayangkan dia. Dia saja keluarga yang saya ada. Dulu, dia terima saya untuk duduk serumah dengan hyung. Saya tak ada rumah dan saya adalah pengemis. Dia beri saya kerja.

Saya berhenti sekolah sebab omma dan appa tak mampu nak bayar duit pembiyaan sekolah. Tidak lama lepas tu, mereka meninggal kemalangan. Rumah pun kena tarik, " Kata-kata Namjoon terhenti apabila tangisan Namjoon agak lebat.

" Sejak hyung beri saya duduk di rumah dia, saya pernah minta untuk belajar di kolej. Dia beri saya belajar. Makan dan minum sentiasa diberi. Dia seperti omma dan appa saya dulu.

Jadi bila dengar berita macam ni, saya sedih sangat. Dia saja keluarga yang saya ada. Kalau tak ada Seokjin hyung, mungkin kehidupan saya akan jadi seperti dulu. " Ujar Namjoon.

Haera yang mendengar ceritanya agak tersentuh. Seokjin terlalu baik kepada semua orang. Dia menoleh ke arah Namjoon yang menangis tanpa henti. Dia memeluk Namjoon untuk menenangkannya.

-

" Weh, kau tahu kawan Namjoon hyung masuk hospital sebab katanya adik angkat dia heretnya sampaikan kepala dia terhentak kuat. Namjoon hyung bagitahu. " Ujar Jimin untuk mulakan perbualannya.

" Siapa kawan Namjoon hyung? " Soal Yoongi. Jimin menggeleng tidak tahu. Taehyung hanya berdiam diri kerana dia tahu segalanya walaupun itu sahaja Jimin katakan. Namjoon mempunyai rakan iaitu Seokjin.

Adik angkatnya pula Jungkook. Dia tidak tahu apa hubungan Seokjin dan Jungkook sehingga dia bencikannya. Jungkook pernah kata dia akan buat dengan kejam terhadap Seokjin.

Namjoon baru sahaja sampai lalu duduk di atas kerusi tinggi itu. Jimin memandang Namjoon dengan muka masam. Matanya sembap seperti dia baru sahaja habis menangis.

" Eh Namjoon, kau okay tak? Aku tengok kau macam baru menangis. " Soal Hoseok. Namjoon mengangguk perlahan dan menjeling Jungkook di hadapannya. Jungkook mengendah Namjoon.

" Kawan kau okay? " Soal Yoongi pula.

" Kau tahu kawan aku barah otak dah sampai tahap 4. " Balas Namjoon. Jungkook dan yang lain agak terkejut. Jungkook tidak tahu Seokjin sakit dan keadaan Seokjin yang tak bermaya itu membuatkan dia tertanya.

Jungkook meninggalkan Namjoon dan rakan-rakannya. Dia tergesa-gesa keluar lalu masuk ke dalam keretanya itu. Dia tidak tahu mengapa badannya menggigil teruk dengan kepalanya itu berdenyut sakit.

Enjin ditekan dan kereta bergerak untuk berjumpa dengan Haera juga Seokjin. Hatinya terdetik untuk dia berjumpa dengan Seokjin dan Haera. Hatinta huru-hara tanpa sebab.

Dia tidak dapat fokus pemanduan kerana kondisinya yang tidak berapa stabil tanpa sebab. Tanpa sedar, dia memandu di arah yang salah. Dalam masa yang sama, sebuah kereta laju memandu ke arahnya. Hon kereta di depan membuatkan dia tersedar.

Jungkook menjerit lalu stereng itu dipusingkan dengan keadaan tidak terkawal. Dia terlanggar tiang lampu membuatkan dia terhantuk di stereng itu.

Orang ramai mula berkerumun dan membantu Jungkook keluar daripada kereta tersebut. Sebaik sahaja mereka keluarkan Jungkook, keretanya terus meletup membuatkan ada di antara mereka termasuk Jungkook tercampak.

Keadaan Jungkook merisaukan.

To Be Continued

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now