Here's double update !
Enjoy it ! ❤️
+++
" Haera, " Sahut Jungkook tapi tiada respon daripada Haera. Sejak perkara semalam, Haera berkurung di dalam bilik langsung tidak keluar bejumpa Jungkook. " Haera. " Sahut Jungkook.
Jungkook mengeluh apabila tiada sebarang suara dari Haera. Jungkook tahu Haera memarahinya dan benci kepadanya. Dia bersandar pada pintu dan duduk di situ.
" Haera, aku nak kau dengan yang aku sayangkan kau. Disebabkan kau, aku berubah dan bukan penakut lagi. Kau dengar semua luahan hati aku ni. Sekarang, aku dah tak ada siapa lagi selain kau.
Kau tahu, bila aku luahkan semua perkara pada kau, hati aku jadi lebih tenang sama macam abang aku dulu. Dia dengar masalah aku dari sekolah rendah. Tapi dia dah tak ada di sisi. " Ujar Jungkook.
Dia menelan air liurnya perit dan menutup matanya menahan air mata dari mengalir. Jungkook menoleh ke belakang - pintu yang masih bertutup itu. Jungkook mengeluh kesekian kalinya.
" Jung Haera, terima kasih bersama aku walaupun sekejap. " Ujarnya lalu berlalu daripada situ. Dia tidak mahu menganggu Haera yang masih marah itu. Dia patut keluar daripada situ.
-
" Jung Haera, terima kasih bersama aku walaupun sekejap. " Ayat terakhir sebelum suara Jungkook menghilang. Haera memandang pintu di hadapan. Tidak tahu mengapa dia begini - tidak mahu bersua muka.
Walaupun bukan Jungkook sengaja lakukan sebegini. Tetapi, Seokjin akan tahu semua ini walaupun disorokkan berapa lama sekalipun. Dia sayangkan Jungkook dan Seokjin.
Haera mengeluh lalu berbaring di atas katil menghadap siling putih. Dia teringat kata-kata Jungkook yang dia bukanlah seperti lelaki lain. Jungkook tidak ubah seperti Seokjin.
" Aku akan cakap pada tunang kau perkara yang sebenar. " Jungkook, dia seorang lelaki naif dan baik tak ubah seperti Seokjin. Dia rasa bersalah bila melakukan Jungkook seperti itu. Dia mengeluh sekali lagi.
Prang! Haera terkejut lalu bangun dari pembaringannya. Pintu dengan perlahan dikuak dan turun di tingkat bawah. Bunyinya datang dari dapur. Langkahnya diatur menuju ke dapur.
" Jungkook! "
To Be Continued
Maaf, lambat.
I hope you enjoyed it ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...