23 : Unwell

416 61 1
                                    

Author's note :

Some notes di bawah.

Lepas habis baca, boleh baca notes di bawah okay.

-

" Uwek! " Seokjin terjaga apabila dia terdengar bunyi yang agak tidak menyenangkan dan merisaukan diri Seokjin. Jungkook masih tidur tanpa mendengar apa-apa bunyi. Dia terus bangkit untuk mencari Haera.

Bunyi itu kedengaran daripada bilik air. Dia membuka pintu lalu dia menghampiri Haera. Dia muntahkan segala isi perutnya. Seokjin perlahan mengusap lembut belakang badan.

" Kita pergi klinik ya. " Ujar Seokjin. Haera hanya mengangguk lemah. Dia berjalan dengan bantuan Seokjin dan keluar daripada bilik air. Langkahnya terhenti apabila Jungkook turun dari biliknya dan terhenti apabila Seokjin dan Haera berada di hadapannya.

" Apa benda bunyi bising sangat? Aku nak tidur pun tak boleh. " Haera tidak membalas. Seokjin memandang Jungkook lalu menyuruhnya duduk di atas sofa. Jungkook memandang gerak geri Seokjin dan Haera.

" Aku nak bawa Haera pergi klinik. Dia muntah banyak sangat jadi risau kalau dia sakit. Kau duduk rumah dan jaga rumah baik-baik. " Balas Seokjin dengan nada kurang ajar. Dia naik ke tingkat atas untuk menukar baju tapi lengannya ditahan.

" Tak payah, biar aku yang bawa tunang aku ke klinik. Kau tak payah sibuk. Kau orang gaji bukannya asal sini. " Balas Jungkook. Dia lepaskan tangan Seokjin dengan kasar dan dia melanggar bahu Seokjin dan secara tidak sengaja dia tergelincir.

" Jom. " Arah Jungkook tanpa sikit pun memandang Seokjin yang sudah terbaring akibat terjatuh. Nasib baik tidak tercedera. Haera memandang Seokjin risau tetapi dengan dirinya yang tak bermaya, dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Seokjin bangkit secara perlahan lalu duduk di atas lantai tersebut. Dia dapat merasakan denyutan yang kuat pada bahagian kepala. Kepalanya itu terhantuk sikit tetapi kesannya agak mendalam.

" Jungkook, kembalikan diri kau. "

-

" Tahniah, isteri encik mengandung dan kandungannya sudah pun cecah dua bulan. " Ujar Encik Park dengan gembira tetapi tidak bagi lelaki yang bernama Jeon Jungkook. Dia masih keliru dan bingung dengan keadaan sekarang.

Haera sudah lama tahu yang semua ini akan berlaku. Sebelum ini, Haera dan Jungkook tidak sengaja lakukan hubungan secara tidak sah. Manakala dia masih terfikir siapa lelaki pakaian hitam itu. Dia tidak muncul sehingga sekarang.

" Terima kasih, doktor. " Jungkook tersenyum palsu. Jungkook menolong Haera berjalan lalu keluar daripada klinik tersebut. Tanpa sepatah kata keluar dari mulut mereka. Jungkook cuba untuk memahami.

" Awak fikir apa? " Soal Haera.

" Kau ada buat apa-apa ke dengan Seokjin tanpa aku tahu? " Soalnya itu. Haera menggeleng tidak. Dia cuba tak bercakap tentang hal itu kerana takut akan menyakitkan kepala Jungkook mengingati semua memori Lama.

" Kau tunang aku. Kenapa kau nak kena dekat dengan dia? Perangai kau sama sangat dengan jangan tak guna yang jijik tu. Patutnya kau kahwinlah dengan dia, kenapa dengan aku pula? " Ujar Jungkook membuatkan sedikit sebanyak Haera terguris.

" Banyak lagi memori yang awak kena ingat. " Balas Haera. Jungkook cuba menghadam kata-katanya itu tetapi tak ada satu pun yang hadam. Haera mengemam bibir lalu pandang ke bawah.

" Ah, malaslah aku nak ambil tahu pasal korang berdua. Benda tu bukan masalah aku at least bukan aku yang buat kau mengandung. Entah-tah, dia yang buat. Lelaki yang kau sayangkan sangat. " Ujar Jungkook lalu tergelak sinis.

Air mata Haera setitis demi setitis jatuh dan tumpah ke bumi.

To Be Continued

Wah lamanya tak update.

Ayu akan spam update untuk hari ni ❤️

By the way, readers,

Ayu ada buat dua fanfiction baru untuk Jimin stans, Jungkook stans dan Yoongi stans. Please, I need your support untuk buku yang lain juga ❤️

Si Pengemis 1 • Jeon Jungkook

Si Pengemis 2 : Deaf • Park Jimin (Sequel dari Si Pengemis 1)

Ada Apa Dengan Dosa • Min Yoongi.

Ayu tunggu korang semua di tiga buku ini juga ❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now