Haera membaling beg tangannya di atas katil dengan perasaan bercampur baur. Perasaanya tak dapat diungkap. Hatinya berkecai teruk. Kali pertama, dia perlu mengharungi semua ini.
Adakah ini semua salah Jungkook kerana hadir dalam hidup Haera dan Seokjin. Disebabkan dia, kehidupan mereka berdua menjadi kucar kacir. Dalam masa yang sama, dia bersalah.
Jungkook juga manusia yang lebih banyak masalah berbanding dengan dirinya. Dia juga menangis hari-hari dan bertarung rindu untuk Seokjin.
Semua kehidupan telah ditulis oleh Tuhan. Tak ada yang salah tetapi apa yang berlaku, semuanya ada hikmah tersembunyi. Ia mungkin tidak tunjuk hari ini, tetapi esok atau lusa.
Haera sayangkan Jungkook kerana perasaan cinta padanya mula muncul tanpa dia sedar. Bagaimana pula Kim Seokjin? Dia juga masih sayang lelaki itu. Tapi, andainya takdir dia tak akan bersama dengan lelaki itu.
Dia tahu Seokjin sayangkan dirinya, dia dengan merelakan hatinya untuk melepaskan Haera. Jungkook amnesia dan mungkin dia tidak ingat tentang Haera lagi.
Banyak perkara yang membuatkan dia buntu. Dia semakin lemah untuk mengharungi semua cabaran dalam kehidupanya. Semakin hari semakin teruk.
Kedengaran hujan lebat di luar. Dia memandang ke arah tingkap dengan keadaanya terbaring. Cuaca mendung sama dengan perasaan sedihnya dan air hujan yang turun sama dengan air matanya.
Tidak lama kemudian, dia tertidur. Dia penat memikirkan masalah orang yang sudah dewasa seperti dia. Haera akhirnya terjun ke dalam mimpi yang agak lena.
-
" H-hyung, kenapa nampak macam marah pada Kook? " Soalnya. Seokjin cuba untuk keluar daripada wadnya tetapi ditahan oleh Jungkook. Seokjin cuba untuk tidak memandangnya.
Namjoon hanya memerhati telatah adik-beradik itu. Dia ambil keputusan untuk keluar daripada wad, tak mahu masuk campur dalam hal mereka itu.
" Hyung, cakaplah. " Rayu Jungkook. Dia hanya ingat pada Seokjin dan juga keluarganya kecuali Haera dan orang luar yang dia kenal semasa dia hilang ingatan dahulu.
" Hyuㅡ "
" Diam, jangan cakap dengan aku untuk sementara. Aku tak kenal kau. " Ujar Seokjin tanpa memikirkan riaksi Jungkook. Dia mengendalikan kerusi roda itu sendiri keluar daripada wad.
Jungkook agak terkejut. Dia tidak tahu apa sebenarnya salahnya. Dari dahulu sehingga sekarang, dirinya itu dibenci oleh semua orang termasuk abangnya.
Dengan lemahnya, dia berjalan ke arah katil dan memegang cadar katil itu dengan kuat sebelum memanjat naik ke atas katil. Seluruh badannya menggeletar.
Dalam masa yang sama, perasaan Jungkook bercampur baur. Dia masih terfikir kesalahannya. Apa kejadian terakhir membuatkan Seokjin terlalu membencinya.
Dia memandang ke arah tingkap di sisinya. Hujan lebat membasahi bumi. Cuaca mendung menghalang cahaya dari menerangi bumi. Persis dengan keadaannya sekarang.
To Be Continued
Maaf, macam terlalu lambat saja update fanfiction ini.
Idea dah kering jadi maaf sangat kalau chapter latest ini hambar tak seperti selalu.
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanficJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...