A/N : Long chapter
+++
" Haera dah mandi ke? " Jungkook yang sudah terlelap akibat kepenatan di majlis perkahwinan mereka terus terjaga sebaik sahaja isterinya keluar dari bilik mandi dan lengkap dengan pakaian.
" Ya, Haera dah mandi. Kejap lagi, Haera nak masak makan malam dan teman abang awak di ruang tamu tu. Awak mandilah dulu ya. " Ujar Haera sambil menyidai tuala di ampaian.
Jungkook hanya mengangguk dan bangkit daripada tidur. Tuala diambil dan mengeluh kepenatan. Haera yang sibuk menyikat rambut, tersenyum di situ seorang diri dengan Jungkook.
" Suami kita penat sangatlah tu. " Haera tergelak kecil. Jungkook terus menoleh ke arahnya dan bibirnya itu mencebik. Dia menghampiri isterinya dan memeluknya dari belakang, saja bermanja dengan Haera.
" Penat, nak tidur. " Omel Jungkook dengan suara kebudak-budakak yang sengaja dibuat. Haera tersenyum lalu mengusap lembut rambut suaminya itu. Mata Jungkook terbuka dan juga tertutup.
" Awak tidurlah selepas makan ya. Nanti awak mandi, segar dah. Dahlah, pergi mandi. Awak busuk. " Omelnya pula. Jungkook mencebik lalu masuk ke dalam bilik air. Haera tersenyum lalu keluar dari bilik untuk siapkan makan malam.
Jungkook meletakkan tuala itu di atas ampaian. Dia menghampiri sinki tetapi malang tidak berbau, Jungkook tergelincir akibat lantai yang licin itu dan kepalanya terhantuk pada sinki. Jungkook menjerit kesakitan. Sedikit sebanyak memori yang hilang lalu ia muncul semula.
" Jungkook, hentikan. " Haera cuba untuk menghentikan perbuatan lelaki itu yang mengheret Seokjin dari bilik tingkat atas. Jungkook mengendahkan jeritan Haera lalu menarik abangnya dengan kurang ajar.
" Kau hanya menyusahkan diri aku dalam rumah ni. Baik kau keluar dari sini dan jangan pernah jejak di rumah aku lagi. " Ujar Jungkook. Haera ingin keluar dan menghampirinya tapi dia dihalang oleh Jungkook.
" Lepaskan aku, jantan tak guna! " Jerkah Haera. Dengan kesabarannya yang sudah hilang, Jungkook menarik Haera dengan kuat lalu menghempas pintu dengan agak kuat. Seokjin tidak bermaya itu cuba menghentikannya.
" Hyung, apa yang aku dah buat? " Soal Jungkook. Matanya makin kabur dan kepalanya semakin sakit dengan memori yang muncul. Dia menangis dalam kesakitan. Pandangan kelam serta merta.
" Jungkook-ah! "
-
Jungkook terjaga dan bangkit dari pembaringan. Dia terlihat Haera ada di sebelahnya sedang tertidur dan dia menemaninya dari semalam. Seokjin tiada bersamanya. Dia cuba kejutkan Haera dengan perlahan.
" Jungkook, awak okay? " Soalnya.
" Okay, jangan risau. Haera, mana Seokjin hyung? " Soal Jungkook.
" Dia tengah tidur dalam bilik dia. " Ujar Haera. Jungkook turun daripada katil dan keluar daripada bilik untuk ke bilik Seokjin di tingkat satu. Haera mengikutinya dari belakang.
Sampai sahaja, pintu dibuka dan terlihat Seokjin masih tertidur. Mata tertutup rapat dan terdapat kertas di dalam pegangan Seokjin. Satu kotak di atas meja menarik perhatian Haera itu.
" Hyung, irreona. " Badan Seokjin digerakkan perlahan tetapi sebarang riaksi tidak ditunjukkan oleh Seokjin sendiri. Jungkook tidak senang duduk lantas nadi Seokjin dirasa. Jungkook terkejut kerana,
nadi Seokjin terhenti.
" Jungkook, kenapa? " Soal Haera.
Jungkook tidak membalas. Kertas di dalam pegangannya ditarik lalu dia membacanya. Air mata gugur dengan serta merta. Dada Haera berombak laju lalu merasa nadi Seokjin.
Jeon Jungkook dan Jung Haera,
Bila Jungkook dan Haera baca ini, hyung dah tak ada di samping. Haera dan Jungkook, jangan sedih bila hyung dah tak ada sebab korang dah pun ada peneman. Jaga diri baik-baik :)
Jungkook, kau tahu kenapa hyung tinggalkan Jungkook semasa kita dua bergaduh? Aku bukan marah sebab itu tapi aku tak nak kau tahu aku sakit :) Perempuan tu tak curang tapi itu ialah sebahagian dari rancangan.
Aku dah ada penyakit dah lama dan aku tak nak kau tahu. Aku tak nak kau risau. Dia bukan girlfriend aku tetapi dia kawan aku yang dah lama. Inilah sebab kenapa aku marah pada kau.
Maaf, Jungkook. Aku terpaksa buat macam ni. Kau ingat lelaki yang pakai baju hitam, kan? Dia adalah aku. Kau tahu kenapa aku buat macam ni? Ini terpaksa. Aku sayangkan Haera dan aku sayangkan kau.
Malam tu, aku sakit sangat dan aku terpaksa hantar kau yang masih lagi mabuk ke rumah Haera dan culik dia sebab aku tahu apa yang kau buat. Ya, kau mabuk, Jungkook. Dia sekarang sedang mengandungkan anak kau.
Haera, maafkan abang. Abang buat macam ni sebab kita dah tak bersama buat selama-selamanya. Tak sangka, hasrat abang untuk Haera kahwin dan pakai baju gaun putih tercapai. Abang gembira lagi bila tengok Jungkook dan Haera kahwin.
Jungkook, Haera, maaf.
Semoga jumpa di alam sana ❤️" Hyung!! " Jungkook memeluknya dan menangis teresak-esak. Dia tidak dapat mengawal diri malah Haera di situ cuba menghadam mesej terakhir Seokjin. Air matanya tumpat dengan lebat.
Tak semua perkara yang disayangi, akan kekal selama-lamanya :)
To Be Continued
740+ words.
Fanfiction ni akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi :)
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...