13 • Rude

558 78 8
                                    

Seokjin dan Haera berada di sisi katil di mana Jungkook masih tidak sedarkan diri. Haera tertanya siapa yang membuka pintu dapur. Tidak mungkin Jungkook.

" Awak masih tak nak bagitahu? " Soal Seokjin setelah sekian lama wad Jungkook sunyi tanpa suara. Haera di situ automatik terkaku. Dia tak berani untuk bersuara. Seokjin memandang Haera.

" K-kalau Haera bagitahu perkara sebenar, awak akan percayakan saya ke? " Soal Haera tanpa memandang Seokjin. Dia memandang Jungkook.

" Bagitahulah. " Ujar Seokjin. Haera bermain dengan jarinya sebelum dia bersuara. Dia terfikir dan agak takut jika Seokjin tidak percaya apabila dia beritahu perkara sebenar.

" Sebenar- "

" Haera, " Kata-kata Haera terputus di tengah jalan apabila Jungkook dah terbangun. Jungkook memandangnya lalu menoleh ke arah Seokjin dengan agak terkejut. " Hyung? "

Seokjin menggigit bibir apabila dia bertentang mata dengan adiknya itu setelah sekian lama mereka langsung tak berjumpa. Dia cuba membuang ego tetapi tidak boleh.

" Hyung, bogoshipoyo. " Jungkook memegang tangannya dan digoncang. Seokjin tidak membalas tetapi tetap berdiam diri. Haera hanya menatap tindakan Jungkook dan Seokjin.

" Lepaskan aku, Jungkook. " Ujar Seokjin dingin sambil cuba lepaskan tangan Jungkook tetapi semakin dia cuba lepaskan, semakin digenggam tangannya. Seokjin menepis tangan Jungkook.

" Haera, jom balik. " Ujar Seokjin lalu menarik tangan Haera. Jungkook yang menjerit memanggilnya tanpa henti dibiarkan. Sehinggalah mereka terdengar bunyi orang terjatuh,terus langkah mereka terhenti.

Kelihatan Jungkook terjatuh dari atas katil semata-mata untuk pergi ke arah Seokjin dan Haera yang semakin menjauh. Seokjin mengendahkannya lalu menarik tangan Haera keluar dari wad.

Sehinggalah pihak hospital masuk ke dalam wad Jungkook. Mereka juga terkejut melihat Jungkook menangis bukan dari atas katil tetapi di lantai.

-

Dua pil ubat tahan sakit diambil dan ditelan bersama air kosong. Dia membaringkan dirinya di atas katil dan memandang siling putih. Fikiran Seokjin melayang tentang Jungkook.

" Aku memang bukan abang yang baik. " Ujar Seokjin sendirian apabila fikirannya melayang tentang adiknya menangis kerana merindukan dia itu. Dia mengeluh sendirian.

Seokjin menoleh ke arah kanan di mana Haera meletakkan gaun warna putih. Seokjin bangkit lalu gaun putih itu disentuh dan bau lavender Haera. Dia tersenyum sendirian.

" Awak suka? " Soal Haera. Seokjin tersentak lalu memandang Haera dan tersenyum. " Awak tahu yang belikan gaun ni, Jungkook. " Seokjin berdiam diri dan tak menghalang Haera dari bercakap.

" Dia tahu apa yang awak suka dan apa yang awak tak suka. Dia belikan gaun putih ni untuk saya sebab awak pernah kata yang awak nak gaun tu untuk future wife awak. " Sambung Haera lalu tersenyum.

Haera mendekati Seokjin lalu dia memeluk lehernya. " Dia tahu awak dan Jungkook sukakan Enoki Kimchi sebab itulah sebelum awak balik, dia buatkan saya Enoki Kimchi. Dia kata dia rindukan awak. " Ujar Haera.

" Awak memang tak sayangkan adik awak ke, Seokjin? " Soal Haera.

Seokjin melepaskan pelukannya itu dan keluar daripada bilik. Seokjin tak mahu bercakap tentang adiknya masa ini.

" Saya tidur luar dulu hari ni. " Ujar Seokjin sebelum dia keluar daripada bilik meninggalkan Haera yang masih cuba memahami tindakan Seokjin itu.

To Be Continued

Maaf, aku hiatus tanpa bagitahu.

Response, macam mana chapter ni by the way? Semakin hambar atau semakin korang enjoy?

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now