Seminggu kemudian,
" Jungkook, kau okay? " Soal Haera. Inilah Salah satu sebab mengapa dia sendiri tidak memberi Jungkook balik ke rumahnya sendiri. Lelaki itu tidak banyak bercakap, lesu dan selalu saja menangis.
Dia mempunyai kemurungan yang agak teruk tidak tahu sejak bila. Rasa bersalah bertandang dalam hati even dia tidak mengenali Jungkook dengan lebih mendalam. Dia tahu lelaki itu baik.
" Aku tak sukalah tengok kau letih dan suka menangis. Aku sukakan kau yang dulu suka tersenyum walaupun kau jarang bercakap. " Ujarnya tetapi Jungkook tetap tak memberi apa-apa riaksi.
" Haera, aku tahu macam mana nak gembirakan aku dan kau. " Jungkook bersuara. Rambutnya terlalu serabut dan wajahnya yang kusut tetapi cuba untuk tersenyum. Haera mengangkat keningnya.
" Jomlah! " Seperti kebudakan, dia menarik tangan Haera masuk dapur. Haera memandang Jungkook dengan penuh tanda tanya. Peti ais dibuka.
" Kau nak buat apa? " Soal Haera.
" Kau suka makan Enoki Kimchi? " Soal Jungkook. Haera mengnggukkan kepalanya perlahan membuatkan dia mengambil Enoki daripada peti sejuk dan diletakkan di atas sinki.
" Kalau macam tu, makan tengahari ni kita makan nasi dengan Enoki tau. " Ujar Jungkook. Haera menghampiri Jungkook yang sedang mengeluarkan Enoki dari plastiknya.
" Kau tahu, Seokjin hyung memang suka dengan Enoki Kimchi so aku pun terikut sekali, " Jungkook memgambil sos kimchi dari peti ais. " Kalau abang aku suka yang itu, aku pun suka yang itu, " Haera hanya mendengar.
" Kalau kau kenal dia, dia memang suami mithali jadi kau untung, " Ujar Jungkook tapi tangannya sibuk letak bahan masakan. " Kalau kau nak dia masakkan makanan yang kau craving, dia akan masakkan. "
Tiba-tiba perbuatan meletakkan sos pada Enoki terhenti dan satu keluhan didengari. Haera memerhati tindakan Jungkook yang tiba-tiba saja berhenti.
" Seban itulah aku sayangkan dia. " Setelah sekian lama dia mendiamkan diri, akhirnya bersuara. Haera hanya berdiam diri sehinggalah Jungkook menoleh ke arahnya dan tersenyum.
Lengan Haera ditarik perlahan lalu dia berdiri di hadapan Jungkook dan Jungkook berada di belakang Haera. Jungkook membiarkan Haera berada di depannya dan memegang sos itu.
Tangan Haera digerakkan olehnya dan disapu pada Enoki hinggakan ia sebati. Haera agak terkejut apabila dia membuat sebegini tetapi dia juga nak Jungkook gembira seperti sekarang.
" Bau dia buat aku nak tak sabar nak makan. " Sampuk Haera setelah lama dia tidak bercakap. Bibirnya terukir satu senyuman manis dan dia perasan Jungkook tersenyum.
" Dah siap! " Ujar Jungkook dan juga Haera serentak. Mereka memandang antara satu sama lain lalu tersenyum. Pinggan bersaiz besar diambil. Enoki Kimchi diletakkan di dalam pinggan.
" Aku akan namakan Enoki Kimchi pertama ni. " Haera bersuara.
" Apa? " Soal Jungkook.
" Enoki Kimchi buatan Beauty and the Bunny. " Ujar Haera. Dan dengan serta merta Jungkook dan Haera turut tergelak dengan nama yang similar dengan Beauty and the Beast.
" Tapi kau tak cantik pun. " Usir Jungkook.
" Jahat punya bunny jantan. Suka ya buat aku marah. " Balas Haera. Enoki itu diambil sikit dan menghampirinya membuatkan Jungkook memandang Haera hairan.
" Sini kau aku sumbat dengan Enoki ni dalam mulut kau. " Jungkook terus tergelak dan menghalang mukanya itu dengan tangannya dari disumbat Enoki dengan sadisnya.
" Ah, maaf Haera. Maafkan bunny yang comel dan kacak ini. " Ujarnya. Haera terhenti dan memandangnya. Jungkook hanya tersengih apabila Haera mengembungkan pipinya.
" Haera, jom makan nanti kita dua boleh jadi gemuk. " Ujar Jungkook.
" Jeon Jungkook! " Jerit Haera.
Ding! Dong!
To Be Continued...
Siapa tersengih sendirian dalam chapter merapu ni? 😂
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...