Author's note :
Don't try to 'maki Jungkook' challenge in this chapter. 😂
-
" uh, " Jungkook terjaga daripada tidurnya yang lena. Kepalanya yang masih berdenyut sakit dipegang lalu bangkit daripada pembaringannya. Kelihatan Seokjin berada di sebelah sedang tidur dengan lena.
Disebabkan dia tidur di atas sofa, Seokjin juga turut berada di sebelah dan tidur secara duduk. Di atas meja, terdapat mangkuk berisi air dan juga tuala. Jungkook mendengus menahan amarah.
" Bangunlah. " Dia menolak bahu Seokjin dan mengarah Seokjin dengan agak kurang ajar. Haera yang berada di dapur serta merta keluar dari situ apabila terdengar suara Jungkook itu. Seokjin kemudiannya terjaga lalu dia memandang Jungkook.
" Jungkook, kenapa? " Soal Seokjin.
" Kau buat apa pada aku semalam? " Soal Jungkook pula.
" Hyung tak ada buat apa-apapun. " Balas Seokjin. Senyuman sinis terukir pada bibir Jungkook sebaik saja ayat Seokjin dihabiskan. Jungkook dengan sengaja menolak Seokjin sehingga dia terbaring di atas lantai.
" Tak payah nak gelarkan diri kau sebagai hyung sangatlah. Aku bukan kenal kau pun. Kau sibuk sangatlah dengan kehidupan aku. " Ujarnya lalu mangkuk berisi air diambil. Jungkook memandang tajam Seokjin.
" Aku bukanlah budah kecil yang perlu dijaga lagi-lagi orang tak kenal macam kau yang menyusahkan dan jijik depan mata aku ni. " Mangkuk yang berisi air itu disimbah padanya dan dibaling ke arahnya.
" Bodoh! " Jeritnya. Jungkook agak terkejut apabila terlihat Haera berada di ruang tamu juga sedang perhatikan perlakuannya. Dia menjelingnya lalu naik ke tingkat dua meninggalkan dia dan Seokjin di ruang tamu.
Haera berlari ke arah Seokjin yang masih terbaring dengan badan basah kerana disimbah air. Dia membantu Seokjin untuk bangkit dan bersandar padanya. Air mata Haera tidak henti keluar.
Dia kasihan dengan Seokjin.
Dia kecewa dengan Jungkook.
" Abang okay? " Soal Haera.
" Abang okay. Kenapa menangis ni, sayang? Uljimayo. " Ujar Seokjin lalu mengelap air mata Haera dan bibir Seokjin mengukir senyuman nipis. Dia juga agak kecewa dengan sikap Jungkook.
-
" Woi, Jungkook. Kenapa nampak layu aku tengok kau. " Ujar Taehyung, rakan kelabnya. Hari-hari dia datang ke kelab untuk berjumpa dengan dia. Lagipun, tempat ini dapat tenangkan fikirannya.
" Aku serabutlah dengan lelaki kat rumah aku. Macamlah aku budak nak melayan aku macam tu. Semalam aku elok di kelab, dia ambil aku. Itu je aku ingat. " Balas Jungkook. Dia meminum arak itu satu teguk sehingga habis.
" Malam ni, kawan aku nak ajak kau pergi rumah dia buat parti. Kau mahu ikut? " Soal Taehyung. Mata Jungkook membulat dan tersenyum sinis pada Taehyung.
" Siapa yang ada di rumah kawan kau? " Soal Jungkook.
" Geng aku. Aku malas nak sebut so kau ikut aku. Kau on tak? " Soalnya.
" Ya, aku okay. Malaslah aku hadap lelaki dalam rumah aku hari-hari. Dia menyemakkan dan menyusahkan tau. " Ujar Jungkook dengan nada amarah dan geram. Taehyung tergelak dengan telatah Jungkook itu.
" Kau halaulah dia daripada rumah kau. Apa susah? " Ujar Taehyung dan dia bersandar di kerusi. Dia berikan jelingan pada Taehyung sebelum dia membuka mulut.
" Aku memang nak halau dia dari rumah tapi masalahnya Haera yang dia sayang sangat pada Seokjin ada jadi susahlah sikit. Lagipun, Seokjin kata Haera tunang aku. Entah masa bila aku tunang. " Ujar Jungkook lalu menoleh ke arah Taehyung.
Taehyung hanya mengangguk.
" Tak sangka yang kau kejam juga rupanya ya. " Ujar Taehyung lalu dia tergelak. Jungkook tersengih dengan kata-kata Taehyung itu. Kemudian, dia tersenyum sinis apabila satu idea menerjah fikirannya.
" Itu baru kejam sikit, nanti kau akan nampak kejamnya aku bila aku buat sesuatu yang lagi kejam pada Haera dan Seokjin. " Ujar Jungkook sinis.
To Be Continued
Jangan sakit hati dulu.
Itu baru sikit, nanti aku bagi banyak untuk watak sial Jungkook.
Hope enjoy with this chapter. ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...