25 • Worry

390 58 6
                                    

" Jungkook, hentikan. " Haera cuba untuk menghentikan perbuatan lelaki itu yang mengheret Seokjin dari bilik tingkat atas. Jungkook mengendahkan jeritan Haera lalu menarik abangnya dengan kurang ajar.

Apabila sampai sahaja di hadapan tangga, Jungkook teruskan mengheret Seokjin walaupun dia tahu abangnya dalam kesakitan yang terlampau. Dia mengendahkan kesakitan Seokjin.

Pintu dibuka dengan kasar lalu dia menolak Seokjin sehingga terjatuh di atas lantai sejuk. Beg pakaian Seokjin dilempar kepadanya. Bibir Jungkook tersenyum dengan sinis.

" Kau hanya menyusahkan diri aku dalam rumah ni. Baik kau keluar dari sini dan jangan pernah jejak di rumah aku lagi. " Ujar Jungkook. Haera ingin keluar dan menghampirinya tapi dia dihalang oleh Jungkook.

" Lepaskan aku, jantan tak guna! " Jerkah Haera. Dengan kesabarannya yang sudah hilang, Jungkook menarik Haera dengan kuat lalu menghempas pintu dengan agak kuat. Seokjin tidak bermaya itu cuba menghentikannya.

" Kau memang hilangkan kesabaran aku, kan? " Jungkook menolak Haera terbaring di atas katil. Dia menindih Haera lalu dengan kasar dia meragut bibirnya. Dia tersenyum sinis sambil tangannya meliar di leher jinjangnya.

" I will make this night is more nice and interesting with you, sayang. " Dia menanggalkan tali pinggang, menoleh ke arah Haera yang menangis kerana ketakutan yang melampau. Dia ingin Seokjin untuk sekarang.

-

" Jungkook, " Seokjin mengetuk lagi dan lagi pintu utama itu. Dia risaukan Haera. Kepalanya berdarah teruk dan badannya sakit akibat kelakuan adik angkatnya itu tadi. " Jungkook, tolong buka pintu ni. "

Dia ingin menjerit tak berdaya, dia ingin memecahkan pintu itu pun juga tidak berdaya. Akibat kesakitan yang melampau pada bahagian kepalanya, dia memuntahkan isi perut kosong itu dengan banyak.

" Hyung! " Jerit Namjoon yang baru sahaja tiba di rumah Jungkook untuk memulangkan dompet yang lelaki itu tinggalkan di rumah Jimin semalam. Dia berlari mendapatkan Seokjin.

" Hyung bangun. " Rayu Namjoon. Seokjin membuka mata lalu menatap Namjoon. Mulutnya dibuka seperti ingin berkata sesuatu. Namjoon cuba untuk bertenang tetapi keadaannya membuatkan dia risau.

" Haera ada di dalam. Jungkook nak sakitkan dia. Tolong Haera, Namjoon. Aku merayu. " Suaranya gagap akibat menahan sakit. Namjoon menganguk perlahan lalu memecahkan pintu itu.

Dia naik ke tingkat atas. Dengan tak sengaja, dia terdengar suara Haera di atas sedang menangis ketakutan. Dia tahu Jungkook sedang sakitkan Haera. Dia memecahkan pintu bilik buatkan Jungkook terkejut.

Haera bersandar di kepala katil itu yang masih lengkap berpakaian tetapi Jungkook tidak. Namjoon dengan laju menghampiri Jungkook lalu pipinya ditumbuk kuat.

" Kau memang bodoh, Jungkook. Kau adalah adik yang paling kurang ajar. Abang kau tengah sakit, kau buat macam ni. " Ujar Namjoon lalu toleh ke arah Haera yang masih menangis.

" Jom, ikut saya. " Arahnya lalu dia menghulurkan tangannya. Haera juga turutkan sahaja lalu menyambutnya. Namjoon membantu Haera, sempat dia memandang Jungkook yang diam tak berkutik.

Sampai sahaja di luar rumah, dia dapati Seokjin sudah tidak bergerak. Namjoon dengan cuak cuba gerakkan Seokjin untuk bangkit. Haera masih risau dengan keadaan Seokjin.

" Kita kena hantar dia ke hospital. " Haera mengangguk. Namjoon terus mencempung Seokjin lalu masuk ke dalam kereta. Haera juga masuk ke dalam kereta.

-

" Sibuk gila bodoh! " Jungkook yang masih berada di dalam bilik itu hanya memaki Namjoon. Rahangnya masih sakit akibat ditumbuk oleh Namjoon. " Siapa aku sebenarnya? Siapa lelaki jijik tu? Ugh, serabut sial! "

Jungkook masih berfikir. Dia terus berbaring di atas katil dan hatinya tak henti memaki Namjoon, Seokjin juga Haera. Tidak lama kemudiannya, dia terlelap dan pindah ke alam mimpi.

Mimpi buruk. Satu persatu memori lama bersama Seokjin dari kecil juga Haera. Tetapi itu semua samar, tiada satupun jelas di dalam memorinya. Air matanya jatuh dari tubir mata.

Jungkook terbangun dari tidurnya. Badannya berpeluh dan bergetar dan juga kepalanya berdenyut kesakitan seperti dicucuk beribu jarum halus. Dia mengelap air matanya yang jatuh itu.

" Bila masa aku menangis? " Soal Jungkook sendirian. Dia malas ingin mengambil tahu lalu berdiri lalu dia memgambil tuala mandi. Langkahnya menapak masuk ke dalam tandas.

Seperti biasa, dia akan ke kelab.

To Be Continued

Jungkook terlampau kejam dalam bab ni, kan? 😂❤

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now