40 • Strong

436 46 2
                                    

Di pemakaman Seokjin,

Hari ini adalah hari yang tak akan dapat dilupakan oleh Jungkook, adik kepada Seokjin. Namjoon menunduk sedih dan menoleh ke arah Jungkook. Haera masih berada di sisinya untuk menenangkan Jungkook.

" Seokjin hyung dah pergi. " Haera memeluk Jungkook dengan erat. Dia menahan diri untuk tidak menangis di hadapan Jungkook. Hari ini adalah hari yang paling mengejutkan dirinya.

Namjoon mendekati Jungkook yang sedang menangis teresak-esak. Haera melepaskan pelukan untuk memberi laluan kepada Namjoon memeluknya pula. Jungkook tidak dapat mengawal dirinya.

" Seokjin hyung tipu yang dia akan bersama dengan Jungkook dan Haera selepas kahwin. Dia tipu Kook, hyung. Dia tipu! " Jungkook memukul kepala sendiri dengan kuat, lantas Namjoon menahan tangannya.

" Kau kena ingat yang dia sentiasa ada bersama kau. Kau ingat apa yang dia kata pada kau, kan? Kau gembira, dia akan ada bersama kau. " Namjoon cuba menenangan Jungkook. Haera sekadar memerhati.

" Aku rindukan dia. Tolonglah bagi Seokjin hyung pulang balik. Jungkook tak nak dia pergi. " Dia seperti kurang waras apabila berkata sebegitu. Haera tidak tahu bagaimana ingin comfort si suami. Dia tahu perasaan Jungkook.

Jungkook sudah lama bersamanya daripada kecil sehingga sekarang jadi tidak mustahil jika Jungkook menjadi sebegini. Tetapi dia tahu, semua akan berakhir dengan kegembiraan. Haera yakin Seokjin sedang gembira.

Apapun, dia perlu kuat berhadapan dengan Jungkook. Dia harap keluarga kecilnya akan menjadi bahagia suatu hari nanti walaupun tanpa Seokjin di sisinya lagi. Dia pun mengandungkan anak Jungkook sendiri.

-

Jungkook membuka tombol pintu bilik Seokjin dan melangkah masuk ke dalam. Biliknya kosong, cumanya ada pakaian, buku-buku dan barang kerja Seokjin. Jungkook mengeluh.

Dia cuba menahan tangis. Seokjin adalah abang angkatnya. Dia sayang padanya kerana Seokjin, hidupnya itu penuh dengan kasih sayang seorang abang angkat. Dia juga menghadapi kemurungan.

Sejak ibu dan bapanya bertindak menceraikan antara satu sama lain kerana ibunya fikir bapanya curang, itu yang berlaku. Mereka tinggalkan Jungkook dan Seokjin bersama dalam rumah itu.

Dan disebabkan itu, Seokjin adalah abang yang menjaga Jungkook penuh perhatian dan kasih sayang. Dia agak terkilan juga dengan tindakan Seokjin yang memarahinya tetapi itu semua rancangan.

Dia tahu Seokjin sayangkan dia.

Matanya tertancap pada kotak kecil seperti kotak hadiah dan kertas putih yang dilipat. Dia menghampiri kotak tersebut dan mengambilnya. Kertas itu diambil dan dibuka.

Jung Haera,

Abang ada berikan hadiah kepada Haera. Sayang nampak kotak hadiah, kan? Buka dan pakai. Abang dah lama nak beri hadiah ni tapi tak ada masa. Sayang pun tahu masalah yang kita hadap.

Abang tahu semua salah abang tapi abang buat macam ni untuk kebaikan Haera. Maaf, sebab saya hancurkan keluarga kita. Saya bukan tak mahu kahwin dengan awak tapi saya pun dah tak lama.

Abang harap awak gembira dengan Jungkook. Kalau awak rindukan saya, tataplah hadiah dan cincin yang saya beri pada awak.

Haera, I love you.

Jungkook mengambil kotak hadiah itu dan dibuka, terdapat seutas rantai perak dan kristalnya persis cincinnya untuk Haera. Jungkook tersenyum lalu menyimpan semula rantai itu di dalam.

" Hyung, bogoshipo. "

To Be Continued

Mungkin dua chapter lagi dan akan tamat ❤

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now