Dua bulan kemudian,
Kandungan Haera sudah mencapai sembila bulan dan menunggu sahaja masa untuk melahirkan anaknya itu yang pertama. Semakin hari semakin bahagia Haera bersama Jungkook.
Disebabkan Haera mengandung itu Jungkook mengambil cuti kerja untuk beberapa bulan. Jungkook tidak mahu Haera membuat kerja berat jadi biar sahaja dia yang membantu.
Jungkook tersenyum apabila Haera masih tertidur lena di atas sofa. Lelaki itu menghampiri Haera dan duduk di bawah sebelah isterinya. Rambutnya diusap dengan lembut lalu tersenyum.
" Happy birthday, " Bisik Jungkook di telinganya. Jungkook bangkit dari tempat duduknya dan menuju semula ke arah dapur untuk menyiapkannya - makanan dan minuman di dapur.
Kek diletakkan di dalam peti. Enoki diambil, bawang merah, daging Korea dan bermacam lagi. Dia meletakkanya di atas sinki dan telefon dibuka untuk mencari resipi yang sesuai dan sedap.
-
Haera terjaga daripada tidur dan dia terbau makanan yang sedap dari dalam dapur. Dia melihat Jungkook sedang menyusun pelbagai hidangan di atas meja. Dia tersenyum sendirian.
Haera menuju ke dapur. Jungkook menoleh ke arahnya dan tersenyum. " Banyaknya awak masak. " Haera agak terkesima dengan semua masakan di atas meja tersebut. Jungkook pergi ke arah Haera.
" Mestilah. Jemputlah duduk wahai puteri. " Jungkook menarik kerusi dan mempelawa duduk. Haera hanya akur lalu tergelak kecil. Jungkook menuju ke arah peti dan kek yang sudah letak di dalam pinggan besar diambil.
" Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Haera,
Happy Birthday to you. "Haera terkejut. Dia langsung tidak mengingati hari ini hari jadinya. Dia agak terharu dengan Jungkook yang cuba membuatnya gembira hari-hari. Jungkook tersenyum dan duduk atas kerusi.
" Saya buat majlis kecil untuk kita berdua saja. Walaupun tak istimewa tapi saya harap awak gembira. " Dia memandang Haera yang tersenyum kegembiraan.
" Saya dah ada awak pun gembira sangat. Terima kasih untuk semua ni. " Balas Haera lalu memeluk Jungkook dengan erat. " Saya sayangkan awak. " Haera bersuara lagi dan melepaskan pelukan.
" Seokjin hyung pun ada beri hadiah untuk awak, " Kotak hadiah kecil yang disimpan Seokjin diambil dan dibuka. Seutas rantai diambil. Haera terpana dengan kecantikan rantai itu. " Ini dia rantainya. "
Jungkook memakaikan rantai itu di leher Haera. " Neomu yeppuda. " Ujar Jungkook. Haera teringat Seokjin dan disebabkan itu dia mahu menangis di situ buat kesekian kalinya. Jungkook
perasan akan itu." Uljima, saya ada. " Ujar Jungkook. Haera tersenyum. " Jom makan dulu. " Jungkook mengambil Enoki Kimchi itu dan disuakan ke dalam mulutnya. Haera tersenyum suka. Enoki buatan Jungkook selalu sedap.
" Mashiseo. " Puji Haera.
" Biasalah, saya yang masak, kan? "
" Eh, berlagak eh. " Balas Haera.
Jungkook menjelir lidah.
" Kalau macam tu, saya suapkan awak makanlah. " Balas Jungkook.
" Tak nak, nak makan sendiri saja. " Jungkook akur. Dia meletakkan nasi ke dalam pinggan dan diberikan pada Haera. Haera mengambil lauk yang sudah dihidangkan di atas meja itu.
" Sedap tak? " Soal Jungkook.
" Sedap. " Balas Haera.
" Macam tak ikhlas. " Sampuknya.
" Awak punya makanan sedap gila. Kalau boleh saya nak habiskan semua sekali. " Balas Haera membuatkannya tergelak. Haera tergelak kecil lalu dia kembali menikmati makanan itu.
To Be Continued
Dah nak habis :)
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...