Seperti yang dijanjikan, sweetest chapter untuk bab 7.
Vote dan comments if you enjoy ! ❤️
+++
" Kau bawa aku pergi sini? " Haera dalam keadaan terkejut menyoalnya. Jungkook tersengih memandang Jung Haera di sebelahnya. Dia mengangguk kecil lalu memandang ke hadapan.
" Tapi untuk apa? " Soal Haera. Dia memandang lelaki itu dengan hairan tapi Jungkook tak menjawab. Lengan Haera ditarik masuk ke dalam butik.
Ya, Jungkook membawanya pergi ke kedai butik tetapi tujuan lelaki itu masih dia tidak ketahui. Mereka terus berhenti di hadapan satu patung yang memakai white gown.
" Aku nak kau pakai gaun putih ni. " Ujar Jungkook.
" Untuk apa? " Soal Haera. Jungkook memanggil seorang perempuan yang menjaga kedai itu untuk mengambil gaun berwarna putih susu itu. Haera masih memerhati tindakan Jungkook.
" Nah, pakai. " Arah Jungkook lalu gaun itu diberi kepada Haera. Haera mengambil gaun tersebut lalu masuk ke dalam bilik mencuba pakaian. Dia masih tertanya.
Jungkook tersenyum sehingga gigi arnabnya kelihatan. Dia melabuhkan punggunya di atas kerusi empuk itu sambil menunggu kehadiran Haera. Dia teringat kata-kata abangnya.
" Hyung ingat nak belikan gaun ni untuk future wife hyung. " Ujarnya di hadapan Jungkook. Dia memandang gaun putih itu dari atas sehingga ke bawah sebelum menoleh.
" Mestilah cantik untuk bakal isteri hyung. Jungkook boleh imagine hyung pakai tuxedo dan gaun ni dipakai oleh isteri hyung berjalan di atas red carpet mesti kacak dan cantik! " Ujarnya.
Abangnya tergelak melihat telatah Jungkook yang sememangnya sangat kuat berangan dan berimaginasi. Dia mengusap lembut rambut Jungkook.
" Macam-macamlah Jungkook ni. Dah jom kita balik! " Arahnya.
" Jungkook, " Panggil Haera dengan badannya yang dah dipakaikan gaun putih kesukaan abangnya. Jungkook agak terpegun dengan kecantikannya itu. " Macam mana dengan gaun ni? "
" Kau... cantik. " Ujar Jungkook dan serta merta wajah Haera membahang. Jungkook tersenyum dan fikirannya melayang jika abangnya ada di sini melihat Haera memakai gaun yang dia idamkan.
-
" Kenapa kau belikan aku gaun tu? Lagipun tarikh berkahwin aku belum dekat lagi. " Soal Haera sambil ambil angin di sungai Hana.
" Alah, biarlah aku beli awal pun. Kalau kau tunjuk pada tunang kau tu mesti dia suka punya. " Balasnya dan dia juga melihat pemandangan. Haera terhenti lalu memandang Jungkook.
" Kau ni peliklah, Jungkook. Sejak aku jumpa kau, kau terlalu baik dan naif. Kau banyak bantu aku dan yang buat aku tertanya, kau suka menangis dalam tidur. " Ujar Haera. Jungkook di situ terkejut lalu menoleh ke arahnya.
" Kau ada masalah ke? " Soal Haera dengan nada yang perlahan. Dia takut jika dia mengguris hati Jungkook. Dia memandang Jungkook yang seperti tak mahu membuka mulut tentang masalahnya.
" Kalau kau tak mahu kongsi, ta- "
" Aku sebenarnya ada abang yang aku sayangkan sangat tapi disebabkan satu perkara, hubungan kami sangat renggang. Kau nak tahu siapa abang aku? " Soal Jungkook setelah masalah dia dirungkai.
Haera hanya mendiamkan diri dan membiarkan Jungkook bersuara. Dia tahu Jungkook mempunyai masalah tetapi dia tahan. Bibir Jungkook terus bergetar seperti menahan tangis.
" Tunang kau adalah abang tiri aku, Kim Seokjin. " Ujar Jungkook. Haera membulatkan matanya terkejut dan lagi terkejut apabila Jungkook dengan relanya menangis - di hadapannya.
" Aku takut... takut sangat kalau dia tak terima aku. Bila dapat tahu siapa tunang kau, aku makin rindukan dia. Tapi aku takut nak berhadapan. Takut kalau dia tak terima aku lagi sebagai adik dia. " Tambahnya.
" Jungkook-ah, " Haera menghampiri Jungkook lalu dipeluk erat. Dia hanya membiarkan Jungkook menangis atas bahunya kerana dia tahu ini masanya untuk Jungkook meluahkan sakitnya.Tanpa mereka sedar, Seokjin sorok di satu tempat memandang Jungkook dan Haera. Dia menunduk menahan rasa sebelum meninggalkan tempat itu.
To Be Continued...
HaeKook atau HaeJin? 😂❤️
Jemput baca dua buku romance Ending Scene | Namjoon dan juga Autism | Jimin. ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...