01 • Mystery guy

1.4K 156 45
                                    

" Rindu ke? " Soal tunangnya dalam telefon bimbit Haera. Haera mencebik memandang tunangnya yang amatlah suka mengusik. Dia berbaring sambil memegang telefonnya ke atas.

" Of courselah Haera rindu. Kalau tak rindu, buat apa Haera call baby. " Ujar Haera. Tunangnya itu tersenyum pada Haera membuatkan Haera agak cair dengan senyuman itu. Dia terlalu rindukan tunangnya.

" Lepas saja, abang balik kita terus kahwin okay? " Ujarnya. Haera hanya tersenyum nakal, ingin mengusiknya. Setelah seminggu, tunangnya pergi ke Australia atas sebab kerja, mereka itu sibuk bercalling selama seminggu.

" Baby, jangan cari perempua yang lain okay? Sekeh juga kalau balik sini semula. " Sampuk Haera membuatkan tunangnya tergelak. Haera tersenyum.

" Kalau abang dah sayang awak, tak ada maknanyalah nak cari lain. Abang pula tak sabar nak kahwin. " Ujarnya. Haera tergelak kecil dengan karenah tunangnya itu. Makin rindu pulalah bila melayannya.

" Kalau macam tu, baliklah cepat. " Arah Haera.

" Abang akan settlekan cepat kerja abang. Dahlah, Haera pergi rehat dulu sebab abang nak kena pergi meeting. " Ujar tunangnya sambil membetulkan tali lehernya itu. Haera menganguk kecil.

" Annyeong, saranghae. "

" Nado saranghae. " Balasnya. Haera menutup telefonnya dan berbaring di atas katil menghadap siling. Bibirnya terukir senyuman manis. Dia terlalu rindukan tunangnya.

Setelah tiga bulan mereka tunang, hubungan mereka menjadi rapat dan manis lagi-lagi bila lelaki yang mulut manis. Seminggu, dia tinggalkannya kerana kerja. Haera percaya dengan tunangnya.

Tunangnya adalah CEO terkenal di Seoul. Siapa lagi jika bukan lelaki itu bernama Kim Seokjin. Dua tahun, dia telah menjalinkan hubungan dan dia tunang, tunggu sahaja ingin kahwin.

-

Haera memilih snek-snek kesukaan dengan agak banyak dan juga instant food seperti mi segera. Seokjin masih berada di tempat kerjanya jadi tidak salah, dia memungkiri Seokjin buat kali pertamanya.

Seokjin menyuruhnya tidak makan makanan segera dan snek. Tetapi dia berdegil, tidak mengikuti suruhannya itu. Haera tergelak kecil lalu menuju ke arah kaunter. Semua makanan itu diletakkan di atas meja.

Kedatangan seorang lelaki berbaju hitam, jaket hitam, topi hitam juga dia memakai mask berwarna hitam. Dia di situ agak tidak selesa dengan lelaki tersebut berada di sebelahnya.

" Berapa? " Soal Haera. Beberapa not wang diberikan kepada pekerja di kaunter tersebut. Plastik diambil lalu keluar daripada market. Dia menoleh sekilas ke arah lelaki misteri itu.

Lelaki itu sedang memandangnya.

Haera terus melajukan langkahnya apabila lelaki itu keluar dari market tersebut. Jantungnya terus menerus mengepam darah dengan laju apabila ketakutan mula bertandang. Lelaki itu mengikutinya.

Haera terhenti lalu menoleh dengan perlahan. Tidak diduga, mulutnya itu ditekup dengan kain dengan bau ubat yang kurang menyenangkan. Rontaan demi rontaan tetapi Haera kalah. Dia akhirnya pengsan di dalam dakapan lelaki misteri itu.

To Be Continued

Korang rasalah siapa lelaki tu?

Next chapter kita adakan target.

Vote and comments anda sangatlah dihargai. Terima kasih membaca 💜

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now