36 • Ring

345 41 0
                                    

A/N : Actually, sana dah tak ada idea nak kembangkan chapter ni so maaflah kalau bab ni agak teruk or merapu. Hope, enjoy it!

+++

Dengan keadaan yang tergesa-gesa, Jungkook masuk ke dalam suatu kedai emas. Dia pergi ke tempat yang sudah diletakkan pelbagai cincin emas juga perak. Dia tersenyum nipis.

" Ya, encik. Encik mahu cincin yang seperti mana? " Soal pelayan kacukan amerika-korea itu. Jungkook menoleh ke arahnya lalu tersenyum. Dia masih mencari cincin yang sesuai.

" Boleh carikan cincin kahwin yang sesuai. Besar jarinya hm, " Dia berfikir sambil memikirkan Haera. Jungkook menoleh ke arah pelayan itu dan juga tersenyum. " Besar saiz jarinya maybe sama dengan awak. "

" Baiklah, sebentar. " Balas pelayan itu dengan mesra. Cermin dibuka dan dia mengambil pelbagai cincin yang sesuai dan diidamkan oleh Jungkook. Jungkook memerhati kesemua cincin tersebut.

Sebentuk cincin menarik perhatian Jungkook. Terdapat satu kristal sangat bersinar dan berwarna perak. Sesuai untuk jari manis Haera. Jungkook itu tersenyum dan memberikan cincin itu kepada pelayan tersebut.

" Saya nak yang ini. " Ujar Jungkook dan pelayan itu mengangguk. Pelayan tersebut pergi ke satu tempat. Kotak berwarna merah diambil dan cincin tersebut diletakkan di dalam kotak itu.

-

" Hyung rasa lama sangat tak jejak di rumah ni. " Ujar Seokjin. Jungkook yang berada di belakangnya itu hanya tersenyum. Dia menolak kerusi roda masuk ke dalam rumah diikuti Haera.

" Haera nak pergi bersikan diri ya. " Seokjin dan Jungkook menganggukan kepalanya. Haera naik ke tingkat dua dan Jungkook tersenyum memandang Seokjin. Dia mengeluarkan kotak yang berwarna merah tadi.

" Apa senyum seorang diri? " Soal Seokjin menyentakkan Jungkook yang sibuk menilik cincin tersebut. Seokjin memandang Jungkook yang daripada tadi tersenyum seperti melihat wanita yang dicintai.

" Jungkook nak melamar Haera di sebuah restoran malam ni dan kalau boleh esok juga Jungkook nak kahwin dengan Haera. " Balas Jungkook lalu menunjukkan cincin yang dibelinya tadi kepala Seokjin.

" Pandainya Jungkook pilih. Cincin ni sesuai sangat untuk Haera dan juga baju pengantin yang hyung sukakan. " Balas Seokjin. Dia mengusap lembut rambut Jungkook lalu tergelak kecil.

" Kalau boleh, hyung pun ikut dan bawa kawan-kawan. Kalau boleh, aku bagitahu semua yang Jungkook akan kahwin dengan Haera. " Omelnya dan tergelak kecil - teruja dengan perkara yang akan terjadi malam ini.

" Gelak apa? " Soal Haera.

" Eh, tak ada apa. Haera nak masak ke? " Soal Jungkook sengaja menukar topik. Haera hanya melihat perangai Jungkook tetapi inilah yang dia rindu. Keletah dan perangai Jungkook yang sebenarnya.

" Ya, Jungkook, abang nak makan apa? " Soal Haera.

" Enoki kimchi! " Jerit Jungkook dan Seokjin serentak dan tak semena Haera tergelak kecil. Dia menuju arah dapur meninggalkan Jungkook serta Seokjin di situ. Dia tersenyum dengan keletah mereka berdua.

" Okay! "

To Be Continued

Okay, sana tukar.

Bab spoiler sebelum ni mungkin akan dimasukkan bab yang akan datang ksksksks ❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now