Do votes and comments.
Thank you, readers / sweeties.
❤️
+++
" Haera, kau masih befikir? " Soal Jungkook lalu melabuhkan punggung di sebelah Haera. Dia menatap Haera yang termenung jauh - tidak tahu dah sampai ke mana. Haera menoleh arah Jungkook lalu tersenyum nipis.
" Aku... rindukan tunang aku. " Ujar Haera. Jungkook mengangguk lalu dia menyandarkan dirinya di kepala sofa. Setelah suasana menjadi diam, segera Jungkook memandang Haera.
" Hei, boleh aku tahu siapa tunang kau? " Soal Jungkook.
" Boleh. Aku akan tunjukkan kau gambarnya. " Ujar Haera lalu telefon bimbit kepunyaannya diambil lalu dia menekan aplikasi galeri. Gambar Kim Seokjin dicari tetapi tak sempat Haera mencari, telefonnya berdering.
Jungkook dan Haera memandang antara satu sama lain apabila nombor tersebut adalah nombor Seokjin. Bibir Jungkook ditekup membuatkan lelaki itu agak tersentak. Membuntang mata Jungkook dengan kelakuan Haera.
" Kau jangan buat satu bunyi masa aku sedang bercakap dengan Seokjin, okay? " Soal Haera. Jungkook terkejut membuatkan dia tak dapat menjawab malah mengangguk mahupun geleng.
" Yeoboseyo? "
" Sayang, I miss you so much! " Ujar Seokjin dengan penuh manja dan juga kegedikan. Perangai itu keluar apabila bersama dengan Haera sahaja jika tak sepanjang masa wajah dingin seperti Min Yoongi dari kumpulan bangtan.
Jungkook dari tadi tidak bercakap dan hanya membisu. Dia mendengar setiap bait-bait kata daripada Seokjin terhadap Haera. Dia terlalu kenal dan tahu siapa pemilik suara tersebut. Dia menunduk.
Air matanya bergenang, dia tidak mahu Haera melihatnya menangis di sini kerana dia tidak mahu memberi tahu perkara sebenar kepada Haera. Telinganya menadah setiap perbulan dari Seokjin dan Haera.
-
Setelah perbualan tamat, dia terus menoleh ke arah Jungkook. Tersengih dirinya melihat Jungkook yang sudah tertidur dengan posisi duduk. Haera tahu dia bercakap bersama Seokjin agak lama.
Haera terperasan sesuatu. Air yang mengalir dari tubir matanya buatkan Haera tertanya sendirian. Pantas saja Haera mengelap air mata lelaki yang tak dikenali itu.
Tangannya direntap kasar olehnya membuatkan Haera terkejut. Adakah Jungkook mengigau ataupun berpura tidur. Mata Jungkook masih tertutup. Haera masih berfikiran positif.
" Jungkook tak buat semua tu dan bukan Jungkook yang buat. Dia yang nak hyung bencikan Jungkook sebab itu dia buat macam tu. Maafkan Kook, hyung. " Ujar Jungkook dalam tidur.
" Aku perempuanlah bukan lelaki. " Ujar Haera sendirian. Jungkook masih menangis membuatkan dia tertanya. Haera semakin curiga dan perasaan Jungkook tidak teratur apabila dapat mengecam suara Seokjin.
Tangannya yang digenggam, dengan perlahan dilepaskan. Badan Jungkook dipeluk bagi menenangkan dan tidur semula. Haera menepuk belakangnya dan dengan serta merta dia tertidur.
Haera tersenyum sendirian.
" Kau dah banyak bantu aku jadi tak salah kalau aku pula cuba bantu kau. " Haera membaringkan Jungkook perlahan-perlahan di atas sofa itu lalu selimut diambil menyelimutkannya.
Haera menepis perasaan baru yang cuha bertandang dalam jiwanya. Dia setia dengan Seokjin bukan Jungkook.
To Be Continued.
Macam mana dengan chapter 5?
Makin hambar atau makin baik?
Do support and comments ❤️
YOU ARE READING
[√] Pregnant.
FanfictionJeon Jungkook, seorang lelaki naif dan baik hati. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Kim Seokjin. Pada mulanya, hubungan mereka baik tetapi pada satu ketika, perkara buruk berlaku. Hubungan mereka renggang. Jung Haera, dia berjumpa dengann...