Zayn || Arabella
Arabella Bowles. Aku seorang yang naif pada satu ketika dahulu. Namun pengalaman mengajarku untuk tidak terus tertipu dengan muslihat bodoh manusia.
Manusia semua sama. Semuanya mahu mengambil kesempatan. Namun aku tidak mahu terus tenggelam dengan penipuan itu. Aku harus bangkit dan berfikiran luas.
Kini aku bangkit, membuktikan yang aku tidak sakit. Dengan segala perit yang telah diberikan. Aku juga belajar tidak semua benda harus dikongsi. Tidak semua benda harus diberi peluang untuk orang lain. We need to be selfish sometimes.
Itu yang aku belajar dari kesakitan lalu.
***
Zayyan Yilmaz. Aku mencintainya separuh mati. Berjanji untuk sentiasa bersama. Berjanji untuk tidak berpaling tadah. Berjanji untuk setia. Namun tangis yang ku dapat. Semua sia-sia.
Tiada guna penantianku. Lapan tahun bukan waktu yang singkat untuk bercinta. Bersulam kasih. Fikirku akan dibina bahtera bersama. Tetapi sebaliknya, bahtera dibina oleh dirinya bersama sang kekasih baharu.
Tekad dalam hatiku untuk menutup ruang hati dan membuang kuncinya ke dalam lautan dalam. Namun hatiku dipagut rasa sayang apabila seorang wanita bernama Sofea datang memberi sinar.
Namun benarkah dia sudah memulihkan diriku dari penyakit fobia akan cinta? Kenapa mindaku masih terfikir akan dirinya?
All I want is nothing more. I hope Sofea will be my last. But I still can't shake Bella out of my head.
•••
"Awak dah lama tunggu? Maaf saya tertidur." Arabella menyapa sebaik punggungnya selamat mendarat di permukaan kerusi perpustakaan awam itu.
Rasa bersalah pula kerana lambat setengah jam daripada waktu yang telah dijanjikan. Kasihan kekasih hatinya itu memunggu.
"It's okay. Tak lama pun. Lagipun tunggu lama-lama untuk awak tetap berbaloi." Katanya sambil mengenyit sebelah matanya kepada Arabella.
"Ada-ada saja." Arabella tersenyum malu melihatkan wajah kacak milik sang kekasih hati di hadapan ditambah pula dengan kenyitan mata yang benar-benar membuat dirinya cair.
Mereka berjanji untuk berjumpa di perpustakaan untuk belajar. Zayn seorang pelajar cemerlang dan disayangi ramai guru. Bukan itu saja, dia juga aktif dalam kokurikulum, juga dengan pakej wajahnya yang kacak itu, semua berebut memenangi hatinya. Namun hatinya tetap pada Arabella, cintanya sehingga hujung nyawa.
Walaupun Arabella mempunyai rupa paras yang cantik, namun bukan itu sahaja yang membuatkan Zayn terpikat, oleh kerana hatinya yang baik dan perangainya yang naif dan comel itu membuat Zayn ingin terus bersama gadis itu.
Arabella tidaklah pelajar cemerlang seperti title yang dipegang kekasih hatinya. Dia tetap mencuba. Baginya bonus kerana mendapat peneman hidup yang pintar seperti Zayn, boleh juga dia belajar bersama.
•••
7 Tahun Berikutnya-
"Jadi Ara tidak mahu? Ingat Ara, ini wasiat ibu bapa Ara tau. Ketika mereka masih hidup dulu, mereka teringin sangat melihat Ara dan Iqbaal berkahwin." Kata Mak ngah
YOU ARE READING
CHANCES ✔️
Romance[PREVIOUSLY KNOWN AS SEDUCTION] Chance? Mereka benar. Ada sesuatu yang kita tidak sepatutnya bazirkan. Ya. Peluang kedua. Kenapa harus merobekkan peluang yang diberikan? Adakah peluang semurah itu? Love isn't hurt, but loving the wrong person does. ...