Aku menikmati secawan lagi kopi kurang gula yang hangat.Sudah semalaman aku berada di cafe coffe 24 jam ini.Mata yang sudah membengkak aku tahan juga dari terlelap.Rupaku usah dikata,dah serupa dengan panda! Jam ditelek sekilas.
5.30 a.m.
Aku menonyoh mata dan memerhatikan keadaan sekeliling.Pandanganku kelihatan agak kabur dan fikiranku dikala ini tidak dapat berfungsi dengan baik akibat mengantuk yang keterlaluan. Lagak sudah seperti orang mabuk.
Telefon yang berada di dalam kocek seluar skinny jeans aku keluarkan.Nombor driver aku cari.Namun disebabkan penglihatan yang tidak jelas, aku hanya menekan sahaja number disitu secara rawak.
"Hello?"Kata seseorang di hujung talian.Suaranya seperti serak basah.
"Woi, ambil aku."Aku berkata dengan longlai.
"Ambil kau? Ape kau mengarut ni ?!kau kat mana ni ha?!"
"Aku dekat cafe coffe 24 hours tu lah, kau ni dah kenapa Lee?cepatlah aku mengantuk nih"Mata ditonyoh lagi.
Lee tu driver Tzuyu ye -author
"kau buat apa dekat situ pagi buta macam ni ha?!"Aku sudah menggaru kepala kasar.
Eeeehhh dia nii aku dahlah mengantuk, banyak tanya pulak.Selalunya mana pernah dia tanya macam macam. Apa masalah entah dia malam ni. Eh silap, pagi.
"Suka hati aku lah.Kau ni kenapa?! Dahlah, kalau kau tak nak amik ,aku jalan kaki sendiri!"Aku mengugut.
"Jangan kau berani! Tunggu situ aku ambil kau! Jalan pergi mana mana!"
"ok bye see you later~"Aku mematikan panggilan. Malas hendak melayan. Sudahlah mata tidak dapat nak ditahan lagi.
Aku berdiri di hujung jalan sambil kesejukan.kepala ditoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat kereta.Dan akhirnya sebuah kereta honda civic membelah jalan.
Kereta siapa pulak ni?
Kereta itu berhenti betul betul di hadapanku.Aku terpinga.Kemudian seseorang keluar dari bahagian pemandu.Aku mendongak untuk melihat.
Eunwoo?
Aku menggosok mata berkali kali. Kot kot lah salah nampak. Mustahillah Eunwoo boleh ada kat sini.
"Kau pandang ape?"Eunwoo bertanya kepadaku yang sepertinya baru pertama kali bertemu dengannya.
"Kenapa muka kau macam sorang mamat ni eh?"Aku bertanya sambil menelik muka Eunwoo.
"Pffft-"Eunwoo menahan tawa.
"mesti mamat tu hensem kan?"
"ha? Hensem?Jauh bezanya"Aku berkata dungu.
"Kau ni memang menyakitkan hati betul! Nasib baik lah kau ni comel"Eunwoo berkata perlahan.
"Apa? "
"Sibuk nak tahu.Dah,masuk dalam kereta cepat, nanti selesema aku juga yang susah"Aku mengangguk .
"A-A-Achoo"
Eunwoo berpaling melihatku lalu menggeleng.
"Aku dah kata."Eunwoo berjalan ke arahku lalu dia letakkan jacket nya dikeliling pinggangku.
"Ehh kejap"Eunwoo menahanku dari berjalan. Dia lilitkan sebuah selendang dileherku pula.
"Ha, okay, dah"Tutur Eunwoo .Muka merah aku kawal.
Keadaan yang sunyi di dalam kereta membuatkan ku semakin terbuai buai.Sekejap aku terlelap, sekejap aku terjaga. Kepala tersengguk sengguk aku biarkan.
Kemudian aku dapat merasakan sesuatu menarikku lalu diletakkan kepalaku di atas sesuatu. Sentuhannya membuatkan ku selesa.Lalu aku terus ke alam mimpi.
*Eunwoo's pov*
Aku yang sedang memandu mencuri pandang ke arah Tzuyu di sebelah. Kepalanya sekejap ke atas sekejap ke bawah.Matanya juga turut begitu.
Haihh kau ni kan nerd, tak boleh kan kalau tak susah kan aku sehari pun?
Aku menarik kepalanya lalu diletakkan di atas bahuku lembut. Terasa seperti renjatan elektrik mengalir di tubuhku saat kepalanya menyentuh bahuku.Kepala aku gelengkan lalu pipi ditepuk berkali kali.
Sedarlah, Eunwoo!jangan letak harapan tinggi pada dia!
"Jungkook.... "Aku menoleh ke sebelah.
"aku... "
"maafkan aku...."
Aku memandang wajah Tzuyu dengan pandangan yang sayu.
Kau ni dalam mimpi pun boleh mengigau dia kan? Ni dah sahlah yang kau betul betul sukakan dia.Tapi kenapa kau cakap dekat aku yang kau tak tahu dengan perasaan kau? Kenapa kau bagi aku harapan palsu?
"Tak kira lah apa pun yang terjadi, aku tetap akan sukakan kau, Tzuyu. Aku harap kau bahagia walaupun bukan dengan aku. Aku akan pastikan kau bahagia tak kira apa." kata Eunwoo sendiri.
Bab kalini agak melalut dan kucar kacir ye. Maaf kalau readers tak faham 😭sis tak tahu camne nak buat bagi ayat lagi teratur 😭😂hmm sis selalu over 😂
apa yang akan terjadi pada Eunwoo dengan Tzuyu lepasni ye? 😭rasa rasa nya Tzuyu akan terima Eunwoo tak, satu hari nanti? 😱Jomlah stay tune untuk tahu ~bye bye much love ❤❤✨
YOU ARE READING
Hot Guy meet Nerdy Girl
FanfictionCliche and cringe and merepeks story. Love triangle? Siapakah yg bakal menjadi pilihan hati si gadis? Adakah si dia yg sentiasa ada ketika susah dan senang atau si dia yg baru hadir namun segera menarik perhatian si gadis? "Can you be my girlfriend...