Aku berjalan ke kantin diiringi dengan Mina dan Sana.Sedang rancak kami berbual sambil menuruni tangga,tiba tiba sahaja Sana terlanggar badan seseorang.
"Eh sorry tak nampak" kata Sana sambil mengusap dahinya yang terhantuk pada badan seseorang itu.
"eh tak apa saya pun-"Mata Sana dan dia terbuntang.Sama juga aku dan Mina.
"Taehyung? "kata Sana tidak percaya.
Ya, orang dihadapannya sekarang ini ialah Kim Taehyung.Sana membelek muka Taehyung.Kemudian dia menilik pula nametag taehyung.
"err kenapa ni? "Taehyung yang merasa pelik bertanya kepada Sana. Lagak Sana sudah seperti sedang mencari bahan bukti di badan Taehyung.
"Saya nak pastikan awak ni orang sama macam Taehyung yang saya kenal tu ke tak" Sana masih lagi mebelek setiap inci tubuh Taehyung.
"Sana, dia memang Taehyung yang tu"Aku menarik lengan Sana untuk menghentikan gadis itu dari terus membelek.
"jjinja?"Aku dan Mina menganggguk.
"Sorry kalau buat awak terkejut. Saya Taehyung yang sama awak jumpa dekat cafe haritu. Saya kerja sambilan kat sana." Kata Taehyung lemah lembut.
Haih nasib baiklah aku dah ada jungkook kalau tak mesti aku dah cair dekat si tae o ais ni.
"tak sangka kita satu sekolah"kata Mina ceria.
"sebanarnya saya dah lama tahu kita satu sekolah"Jujur Taehyung.
"apa? Habistu kenapa awak tak tegur saya? "Tanya Sana.
"tegur kau je ke Sana? "Usik ku.
"i means tegur kitorang"Muka Sana berona merah menuturkan ayat.
"Korang kan popular, takkanlah saya yang tak ada apa ni nak tegur korang"kata Taehyung merendah diri.
"Awak hensem lah Taehyung,tak perlu nak merendah diri"Kata Sama tanpa malu.
"amboi Sana"Mina menjongketkan kening.
Ye la, Sana ni pemalu orangnya. Tapi sekarang pandai pulak si Sana ni bercakap.
"Eh kitorg masuk kelas dulu ye, dah lambat bye bye" Kataku dan Mina lalu mengundur diri.
"Yah! tzuyu! mina! "Aku dan Mina tidak menghiraukan panggilan Sana dari jauh.
Takkanlah nak kacau daun kan?
P/s:Mina dan Tzuyu satu kelas tapi Sana tak.
aku dan Mina memasuki kelas kami bersama.Kelihatan Jungkook dan Jimin sedang berbual di meja kami.
Amboi tuan punya meja tak de korang boleh buat harta pulak ye!?
"Tzuyu"Panggil Jungkook setelah bangun dari kerusi untuk diberikan kepadaku.
"hmm? "
"aku ada sesuatu nak cakap"Aku memandang Jungkook kehairanan.
"cakaplah"
"Tzuyu tolong berhati hati mulai sekarang boleh?"Aku sudah menggaru kepala.
Dah kenapa pulak. Aku bukannya budak kecil tak reti nak hati hati.
"kenapa? "Soalanku dibiar sepi oleh Jungkook.Dia mengatur langkah ke tempatnya semula.
Kenapa bila aku tanya kenapa je mesti dia tak jawab. Hmmm.
*****************
Aku melihat Mina yang berjalan menghampiriku dengan sekotak air susu di tangan. Dia melabuhkan punggung di sebelahku."Korang join tak sukan sekolah sabtu depan? " tanya Momo sambil meyuapkan onigiri ke dalam mulut.
"Sabtu depan ke? Aku ingatkan khamis minggu ni" Kata Nayeon.
"Khamis ni percubaan untuk pilih atlet" Jawab Jeongyeon pula.
"Aku mesti datang."Kata Sana girang.
"Nak jumpa Taehyung lah tu"Usik Jihyo.
"Yah! Macam mana kau tahu?"Sana bertanya keresahan.
"kitorang semua tahu"Kata kami semua serentak kemudian ketawa.
"Tzuyu and Mina mesti datang. Korang kan atlet sekolah" Kata Chaeyong yang dari tadi berdiam diri.
Ya, aku atlet memanah. Mina pulak atlet balet.
"Kitorang terpaksa (╥﹏╥)"Kataku dengan memek muka yang dibuat sedih.
"Jangan risau Tzuyu, kitorang akan bagi kau semangat!"Tutur Dahyun dengan tangan sengaja diletakkan di atas bahuku.
"Tzuyu!"Eunwoo tiba tiba sahaja berdiri disebelah meja ku dengan peluh yang mereneh di dahi.
Semua mata memandang kami pelik.Mana tidaknya, datang tiba tiba lepastu terjah orang. Nasib baik jantung aku ni tak lompat keluar.
Dia ni dah kenapa?
Honestly sis cuba untuk buat scene mystery gitu tapi mslhnye sis ni tak ada bakat menulis so hmm kalau hambar sikit tu faham faham lah ye. Bye bye.
Don't forget to vote ! Bye ❤😛

ANDA SEDANG MEMBACA
Hot Guy meet Nerdy Girl
Hayran KurguCliche and cringe and merepeks story. Love triangle? Siapakah yg bakal menjadi pilihan hati si gadis? Adakah si dia yg sentiasa ada ketika susah dan senang atau si dia yg baru hadir namun segera menarik perhatian si gadis? "Can you be my girlfriend...