Assalamualaikum warga wattpad yang dikasihi. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk membantu penulis-penulis lain bagi mendapatkan semangat mereka semula.
Kami tahu, sekarang ni makin ramai penulis-penulis yang hampir berputus asa. Akibatnya, mereka akan berhenti di tengah jalan, bukan pada garisan penamat. Mungkin antara asbab-asbabnya adalah kritikan daripada pembaca.
Untuk mengasah bakat korang, di sinilah tempatnya. Kami sudah mewawancara beberapa penulis terkenal dan berbakat untuk berkongsikan tentang pengalaman mereka selama mereka berada di dalam dunia penulisan.
Korang boleh ambil semua nasihat dan tips daripada penulis yang kami sudah temubual. Mungkin dengan cara itu dapat kumpulkan semula semangat menulis.
•••
Terima kasih kepada nshrien kerana memberi peluang kepada kami untuk inspirasikan bukunya. Jangan cakap kami meniru ke apa, kami dah minta izin okay!
•••
Buku ini dikendalikan oleh littlewardah aishzy EstelleStars nzqees_ yaracarmine
•••
Kepada author yang kami telah temubual, terima kasih kerana beri kerjasama.
Dan kepada penulis atau mana-mana yang bakal jadi seorang penulis, terima kasih kerana click butang read. Semoga isi-isi penting di dalam buku ini dapat mengembalikan semangat korang semua untuk teruskan berkarya.
•••
Terdapat tiga cabang yang terkandung dalam buku ini. Iaitu ;
1) Pengalaman penulis wattpad
2) Manuskrip
3) PenerbitanBagi mengelakkan kekeliruan, izinkan kami menerangkan setiap cabang di atas.
1) Pengalaman penulis wattpad
= Di bahagian ini kami akan meletakkan pengalaman daripada penulis yang sudah diwawancara oleh pihak kami.
2) Manuskrip
= Bahagian ini pula melibatkan penulis yang sudah menerbitkan buku. Kami akan bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan manuskrip. Manalah tahu ada yang selama ni teringin nak terbitkan buku tapi tak tahu nak mula dari mana kan? Korang boleh ambil isi daripada penulis-penulis ini dan jadikan panduan.
3) Penerbitan
= Bahagian ini melibatkan syarikat penerbitan. Kami akan ajukan beberapa soalan berkenaan cara penilaian dan lain-lain. Yang mana teringin nak terbitkan buku tu, boleh rujuk bahagian ini ya?
Ya, itu ialah tiga cabang yang kami akan pelbagaikan di dalam buku ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengenalan ini. Tanpa membuang masa, marilah kita ke bahagian seterusnya.
•••
"If you want to be a writer, you must do two things above all others: read a lot and write a lot."
~ Stephen King•••
Sincerely,
The Amethyst.
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...