E | hazellora

92 11 5
                                    

hazellora

Author yang telah menerbitkan beberapa buah karya di wattpad. Juga mahir dalam bidang editing. Ada juga di antara karyanya yang telah dijadikan sebagai e-book iaitu ;

• Projek Fangirl

Followers : 1.13k
Works : 7

•••

1) Berapa lama ada dekat wattpad?

7 tahun dan masih hidup aman damai! (Again, jawapan tahun lepas hshshs)

2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?

Soalan cepumas ni. Gaya penulisan Haz tak menarik seperti penulis-penulis lain. But, Haz masih ikut gaya penulisan Haz setakat ni.

Untuk kekalkan gaya penulisan yang hebat, mestilah kena membaca dulu sebelum menulis sebab kita nak dapatkan perkataan yang bombastik. Tak perlu pun baca berpuluh buku before menulis. Awak boleh baca satu buku tu dalam 20 pages dan lepas tu boleh menulis. Tapi, kalau mampu baca puluhan buku sebelum menulis, lagi bagus. Ikutlah kemampuan diri.

Bila dah start menulis, jangan stop untuk berlatih and cari gaya penulisan tersendiri. Sesetengah author dia suka ayat hiperbola. Ada juga yang suka straight to the point. Ikutlah nak yang mana satu. You'll eventually akan jumpa and stick to it.

3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?

Saya cakap ni based on experience saya kat Wattpad. Nak followers berdesup ramai bukan senang. Saya pun ambil masa 7 tahun untuk develop naik 1k. Kalau yang dah ada audience kat website lain, lagi senanglah gain followers.

Pertama sekali, jangan ukur followers atau reads. Kalau awak semua mula menilai bakat sendiri guna followers dan reads, semua akan rasa give up.

Kedua, awak kena update consistently. Selalu update walaupun reads tak ramai. As long as effort tu ada, insya Allah ada yang baca.

Ketiga, kalau nak orang baca buku awak, awak kena baca buku diorang dulu. Jadi mesra dengan penduduk Wattpad. JANGAN gain reads dengan mempromosikan karya awak di Message Board orang. Nampak macam mendesak sangat kalau awak buat macam tu. Better awak baca buku orang dengan ikhlas dan interaksi dengan penulis di comment section.

Empat, jangan takut untuk cuba genre lain dari yang lain. Majoriti dalam komuniti Wattpad Malaysia, tulis Romance. Kalau awak rasa terjerumus dalam genre Romance teruskan sajalah walaupun agak kompetetif. Tulis je apa-apa pun asalkan awak enjoy masa menulis. Jangan sebab ramai yang bagi attention kat Romance, awak pun nak ikut jejak sekali sebab awak nak reads.

Masa zaman saya dalam 2014-2015, ramai yang terjerumus dalam Teen Fiction. Saya pun ikut sama Teen Fiction sebab saya rasa tu je yang boleh dapat reads banyak. Tapi, sekarang saya dah sedar yang saya salah. Saya berhenti menulis Teen Fiction dan mula menulis genre Werewolf sebab saya adore Werewolf berbanding Teen Fiction. Karya Teen Fiction saya cuma ada 12k reads. Lepas saya tulis Werewolf, karya saya tu dapat sambutan hampir 80k.

Pengajarannya, tulis benda yang awak suka, jangan tulis sebab nak kejar populariti.

4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?

Hmm, saya tak pernah rasa jatuh setakat ni. Normal aje hidup kat Wattpad selama 7 tahun.

5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?

Semangat nak sebarkan imaginasi saya. For me, my imagination has no limits. Walaupun saya dah cuba stop and tak nak buat cerita baru, the ideas keep coming. Selagi saya tak menulis, selagi tu rasa tak puas hati. So, I guess itulah yang buat saya terus berkarya sampai sekarang.

•••

Terima kasih kepada hazzy kerana sudi berkongsi serba sedikit pengalaman dan tips-tips kepada kami. Bukan biasa-biasa ya. Jarang kita jumpa author yang menulis tentang werewolf. Dan maaf jugak sebab peram lama sangat interview ni dalam draft huhuhu.

Apa-apa pun, kami berharap tips hazzy ni bermanfaat dan dapat membuka minda anda semua.

Ingat ya! Jangan ukur bakat sendiri dengan followers dan reads!

Million DreamsWhere stories live. Discover now