P | Penerbitan AHA

326 46 18
                                    

Penerbitan AHA

Sebuah syarikat penerbitan yang bakal menerbitkan dua buah karya dalam tempoh terdekat iaitu :

• Percaya Pada Janji | Karya Cik Mardiah
• Hero Si Pembuli | Karya Farra Farisha

•••

1) Bagaimana cara penilaian syarikat penerbitan?

Penilaian mengambil masa dalam 1 atau 3 bulan... manuskrip dinilai oleh 2 atau 3 orang penilai... Penilaian manuskrip dilihat melalui jalan penceritaan sesebuah cerita, penggunaan ayat dan tatabahasa. Disamping itu penerbit dan penilai akan menilai sikap penulis terbabit supaya dikemudian hari proses kerjasama 2 hala akan berjalan dengan lancar...

2) Boleh beri contoh style manuskrip yang ada potensi untuk diterbitkan?

Style manuskrip bergantung kepada kehendak dan citarasa pembaca... Tetapi kebanyakan pembaca akan suka genre romance dan fantasi dan juga cerita yang tidak berat ataupun memeningkan kepala mereka atau dalam erti kata lain cerita yang relax dan santai tetapi ada nilai-nilai murni dalam penceritaan tersebut... Yang penting fakta kena betul dan tepat... Digalakkan untuk penulis membuat kajian sebelum membuat sebuah cerita...

3) Perlukan surat akuan ke untuk hantar manuskrip?

Ya perlu dan amat penting untuk pemberitahuan kepada pihak penerbit bahawa karya yang diorang hantar kepada penerbit adalah ASLI dan tidak diciplak dari mana-mana penulis lain...

4) Lebih baik dilamar pihak penerbitan ataupun menghantar manuskrip terus ke penerbitan?

Yang ini bergantung kepada situasi... Boleh jer untuk tunggu dilamar dan boleh juga untuk menghantar terus ke mana-mana rumah penerbitan yang anda tahu atau yang dicadangkan oleh rakan-rakan penulis anda yang lain...

•••

Terima kasih kepada pihak Penerbitan AHA kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan daripada kami.

Buat para penulis yang sedang membaca, sekiranya anda mempunyai niat untuk menghantar manuskrip kepada mana-mana rumah penerbitan, semoga maklumat yang kami kongsikan ini dapat menolong anda.

Semoga bermanfaat!

•••

Next?

Million DreamsWhere stories live. Discover now