Author yang telah menghasilkan beberapa karya hebat di wattpad. Juga pernah menerbitkan e-book seperti ;
• Nur Qaseh
• MelindaFollowers : 28.6k
Works : 4•••
1) Berapa lama ada dekat wattpad?
Agak lama jugak lah kalau dikira saban tahun kan. Akak start menulis sejak tahun 2016 sampai sekarang. Dah masuk 4 tahun.
2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Macam mana nak kekalkan gaya penulisan? Menulis dari hati dan jadi diri sendiri. Orang cakap, identiti. Contohnya, apa kita tulis sekarang ini. Genre apa kita tulis. Adakah cerita romantis saja, romantis yang mendedahkan elemen aksi, romantik thriller, romantik komedi atau dark romance?
Kedua, buat research dan isu semasa. Jangan jadikan karya kita kosong semata-mata. Kita boleh selitkan adat budaya orang lain, unsur agama, ataupun sejarah dengan fakta yang sahih untuk memvariasikan gaya penulisan.
Ketiga, try cari ilham. Kalau akak, akak tak cari ilham dengan baca banyak buku tapi cari ilham dari tengok movie, orang di sekeliling kita dan isu semasa sekarang ni 🤗.
Keempat, update gaya penulisan. Mungkin boleh banyak bacaan?
3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?
Nombor 3 rasanya jawapan sama dengan nombor 2.
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
Jatuh berkali-kali dah jadi makanan sebab akak pun bermula dari bawah. Sekarang pun masih merangkak lagi dalam dunia penulisan. Takut juga nak bajet bagus. Jatuh bangun sendiri dan Tuhan saja tahu. Tak ada orang boleh angkat kita balik kalau tak kita sendiri yang bangun balik. Be positive.
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
Jangan mudah putus asa. Hahaha sedangkan diri sendiri pun selalu putus asa 😂 Kalau putus asa cuba rehatkan diri ataupun hiatus dulu. Kalau akak, macam tu lah terapinya.
Nak bagi nasihat dengan orang, akak rasa akak tak layak pun. Sebab penulisan akak pun masih macam ketam berjalan senget. Yang bagus boleh ambik, yang tak bagus boleh campak ke sungai bagi buaya makan 😂.
Aaa gitchewww bak kata sajaatt bin jadooss.
•••
Terima kasih kepada Kak Drizellla kerana sudi berkongsi pengalaman dan menjawab soalan-soalan kami. Semoga apa yang disampaikan itu dapat membuat awak-awak semua lebih bersemangat untuk menulis! Hwaiting!
Lately ni ramai yang down, kan? Jangan berhenti menulis okeys. Terus melangkah dan abaikan orang-orang yang beri negative vibes kepada awak. Don’t give up!
•••
Sorry sebab dah lama tak update huhu. Sibuk dengan urusan masing-masing so tak sempat nak jenguk account ni.
By the way, pengalaman ni ditulis tahun lepas tau tapi kami baru update hshshs. Saja bagitahu.
Nanti kalau ada masa, kami kongsi pengalaman author lain pula.
Stay tuned!
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...